Pelik mertua ngadu biras dah lama xbalik. Tak sgka mertua mcmtu, puting susu kecil pn jadi punca

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum. Ini lagi kisah mertua yang aku ingin kongsikan. Aku bertemu dan berkenalan dengan husband dalam masa yang singkat. Berkawan bertunang berkahwin dalam tahun yang sama. Husband ada sorang abang (berkahwin) dan sorang adik. Masa aku baru sangat kahwin mertua ada jumpa aku cerita perihal biras aku yang dah lama tak pulang ke kampung, tak bertanya khabar. Sampai menangis nangis dia cerita. Aku dengar je la sebab nak komen lebih aku tak kenal biras aku.

Bila dah kena batang hidung sendiri baru aku tahu kenapa biras aku perangai macam tu. First aku kena bila aku ambil cuti raya panjang untuk pulang ke kampung husband aku di selatan dan separuh cuti ke kampung aku di timur sepatutnya la.

Janji tinggal janji sebab mertua aku bagi pelbagai alasan tak bagi pulang beraya sebelah aku. Jalan jem la jauh la letih badan la and so on. Aku rasa annoying gila sebab macam dia sengaja nak anak laki dia cuti lama di kampung dia.

Start dari situ aku stop hulur duit dekat mertua sebab dia punya tak bagi aku balik tu sampai minta habis sokongan saudara mara yang lain. Ramai2 datang basuh otak aku. Aku menangis tak berlagu raya tahun tu.

Sebelum ni masa bujang husband aku tak hulur duit sebab duit mertua aku pun lagi banyak daripada dia tapi aku rasa tak adil sebab aku hulur kepada mak aku so aku hulurkan juga ke mertua duit aku tapi melalui tangan husband. Biar la dia fikir anak dia bagi tapi lepas kejadian tu aku stop hulur sebab skit hati.

Lepas tu aku bersalin berpantang dengan mak aku. Dia datang jenguk pastu bising dekat husband sebab aku tak pakai param pilis bagai. Macam nak cakap mak aku jaga pantang macam tak pantang. Dia ada juga cakap nak jaga aku pantang so agaknya dia sentap bila aku reject tu dia banyak complain. Ok situ aku pendam.

Lepas tu anak dia buat hal. Tengah aku ada konflik laki bini dia lagi datang rumah menambah bara aku. Aku keluar rumah bawa baju nga anak sekali. Dia call mak aku cakap dia nak balik hari yang sama juga sebab aku tak layan dia. Mak aku cakap orang tengah marah biasa la tu. Laki aku pun tegur mak dia masa tu sebab asyik cari salah aku padahal terang2 kot anak laki sendiri buat hal.

Masa anak aku membesar ada je yang dia complain. Lubang puting susu kecil anak tak puas hisap la. Anak aku tak suka buai dia sibuk nak letak buai la. Macam2 lagi la. Serba tak kena dengan cara aku jaga anak. Situ aku pendam lagi.

Dia add facebook aku. Aku up status dia komen. Lepas tu complain kat laki aku cakap suka mengeluh. Pulak dah. Status aku tu macam status kawan2 aku jugak. Facebook aku kot. So aku remove dia. Tak suka tengok jadi tak usah la tengok. Ye dak? Situ aku pendam.

Ada sekali tu mertua aku datang bandar rumah adik laki dia. Kira bapa saudara laki aku la. Kami join sekali berkumpul. Lagi dia complain sebab aku tak salam adik laki dia. Laki mak saudara aku pun aku tak salam ini lagi adik laki dia. Apa kena la mertua aku ni. Aku nak kata dia tak tahu hukum pelik juga aku.

Untuk pengetahuan, in law aku ni orang yang 5 waktu di masjid ye. Hari2 baca quran punya orang. Pakai bertutup litup berbaju kurung 24 jam. Masakan dia tak tahu yang aku tak boleh salam dengan adik laki dia.

Haih kena complain lagi. Situ aku pendam juga. Oh tukang menyampai mesti la laki aku sebab mertua aku pesan dengan dia minta tegur bini yang tak beradab ni. Huhu.

Laki aku dapat beli rumah. Hias la rumah dia, beli dapur beli oven buat kabinet semua pakai duit sendiri. So laki aku nak pakai penyedut asap kat dapur tu. Masa tu bincang kat rumah biras yang pakai benda alah tu jugak. Masa tu biras aku masak sardin. Dan2 tu juga dia perli “eleh kalau pasang benda tu setakat masak sardin baik tak payah”.

Aku tak tahu la biras aku terasa ke tak tapi aku buat tak tahu je sebab pakai nanti dekat rumah anak laki dia sendiri juga bukan rumah aku. Situ memang aku take note dah orang tua ni memang tak suka menantu. Anak2 dia je elok semua anak orang tak guna.

Then mertua aku ni suka hantar ayat2 bergambar bunyi lebih kurang ” setiap susu ibu yang mengalir umpama penat lelah dalam membesarkan anak2.Jadi jangan derhaka kepada orang tua yang membesarkan mu”. Ayat2 gitu banyak la tapi semuanya pasal ibu bapa takde sikit pun cakap pasal tugas laki terhadap bini.

Balik2 ayat pasal mak ayah. Balik2 tugas anak2 terhadap ibu bapa. Latest ni dia pos ayat “jangan dihalang anak lelaki berbakti kepada ibunya kerna kelak kau akan mempunyai anak lelaki yang akan berbakti kepadamu di usia senjamu. Ramai anak derhaka kerana ayahnya juga derhaka kepada ibunya sendiri”. Post pula dekat facebook. Dah macam aku ni pula yang halang anak dia buat itu ini.

Mertua aku ni tak fikir ke bila dia pos macam tu confirm2 kawan2 dia cakap mesti menantu dia kontrol anak laki dia ni. Menantu dia siapa? Aku la. Aku juga yang jahat.

Padahal semua keputusan laki aku buat. Nak balik kampung dia pun aku iyakan je walaupun aku tahu kena hadap perangai mertua aku ni. Tak pernah sekali aku halang laki aku. Lepas daripada pos tu aku rasa macam nak meletup je.

Sebab bagi aku memang dah melampau sampai mak aku sendiri tanya pos tu tuju dekat aku ke? Mak aku friend dengan mertua dalam fb. Allah geram betul aku. Sudahnya aku mampu nangis je la. Nak marah tak boleh.

Kemuncaknya bila dia mesej laki aku. Pesan cakap harap2 lepas ni aku makin rajin. Tak jadi pemalas lagi. Eh memang la orang tua ni. Kurang sopan sungguh. Aku ni orang bekerja 6 hari seminggu. Rumah aku ni tak berkemas sebab aku ada anak kecil. Aku dah kemas anak aku sepahkan balik. Anak dia cuti 2 hari seminggu anak dia la kemas.

Cuti aku yang sehari itu pun dah bawa anak2 keluar berjalan. Balik berjalan aku juga iron baju kerja kami laki bini. Kemas baju anak2 untuk hantar rumah pengasuh. Lipat baju susun baju. Dah macam aku kerja 7 hari seminggu. Pemalas ni juga tolong anak dia bayar bil itu ini.

Pemalas ni juga keluar duit tanggung cucu2 dia sebab anak dia dah tak mampu nak tanggung sebab dok bayar hutang pinjaman yang dia sendiri minta anak laki dia buat zaman bujang dulu. Aku skit hati punya pasal tahu dia cakap aku pemalas sampai migrain.

Aku ni bukan orang jenis penyabar. Mulut lancang. Ikut hati nak je aku basuh mertua aku ni tapi sebab aku kesian dengan laki aku yang tersepit aku senyapkan je. Sampai bila? Aku sendiri pun tak tahu. Aku sendiri ada anak lelaki.

Hari2 doa minta jauh aku layan menantu aku macam ni. Jangan aku tua esok2 menyusahkan anak2. Cukup sahaja anak2 aku tak lupa aku. Kita membesarkan anak2 untuk anak2 jadi orang berjaya dan bahagia bukan untuk nak hadap perangai tak semengah kita bila dah tua nanti.

P/s : maaf kalau jalan cerita berterabur sebab aku tak biasa taip panjang2 dan banyak sangat nak disampaikan.

Antara komen netizen :

Norliza Mustafa –Confessor, ko jgn lupa plak share pos ko ni kat Wall ko, tag sekali mak mertua ko n sedara mara belah laki ko…

N srh mak ko up status kat fb “Kita ni sbg mertua tak payah la nk sibuk hal rmh tangga anak2, rajin kan diri buat ibadat. Sekian.” haaa.. Tag skali mak mertua ko…

Normawati Ramli –Xboleh salahkan mertua dia jgk..salahkan laki dia sama.. knpa xjd pendamai yg baik antara isteri dan mertua? Perlu ke jujur sgt bgtau apa yg mertua ckp pd isteri? Xboleh ke betulkan keadaan cerita hal isteri yg baik2 pd mertua..

Na Rai Na –MIL aku suka forward wasap psl dosa anak derhaka, pahala buat baik dgn org tua bla bla bla. Mcm nk perli cara halus. So, apa aku buat? Aku forward blk wasap2 yg menyentuh isu keibubapaan.

Mcm, ciri2 ibu bapa yg derhaka pd anak, turutan nafkah seorg anak lelaki, org tua penunggang agama (jenis yg n kn pakai dalil anak derhaka bila x ikut ckp dia) n so on. Sampai skrg dh nk masuk setahun dia xde forward satu apa pn kat aku lg. Aman hidup.

Kiki Lala –Sis, benda simple. Block je dari FB. Remove tak payah dia still boleh nampak FB sis. Macam saya, saya hanya layan my MIL bila balik rumah dia jer & dia dtg rumah saya. Selebihnya takde pun saya nak contact dia . Kalau husband call dia ada la saya pesan kirimsalam or tanya khabar.

Sebab saya perasan my MIL layan anak2 dia macam puteri & menantu perempuan dia layan biasa2 je. So saya & biras buat balik. Haha. Dia nak menantu lelaki yg bagus2. Macam kitaorang tak bagus pulak. Haha tapi still hormat la. Takde burukkan dia. Nak lebih2 tu tak ada lah sebab saya & biras2 perempuan lain banyak kali dah terasa dengan dia.

Kalau dia tegur pape buat pekak je. Pasal isu balik kg pernah jugak jadi dekat saya, tapi saya cakap direct pada husband. Jangan halang saya balik rumah mak saya, saya pun masih ada orang tua nak berbakti bukan awak sorang je. Kadang kami balik asing.

Pedulilah emak dia nak cakap apa, asalkan husband saya bagi keizinan . Saya rasa dah cukup baik sebagai menantu tapi itulah menantu kan tetap orang luar

– NA (Bukan nama sebenar) via iiumc/edisimalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*