Pelakon Reza Hasbi tak mampu beli susu, lampin anak, “Balik kampung pun pinjam duit mak, sampai rasa nak minta zakat”

KURANG seminggu sahaja lagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, pelakon Reza Hasbi berdepan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan.Perkara itu disebabkan Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Habullah, 30, lebih dua bulan tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.Menurut Reza, dia juga tidak mampu untuk membeli keperluan dua orang anaknya sehingga pernah merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat.

“Saya amat mengharapkan job besar untuk teruskan kehidupan. Sepatutnya pihak pengurusan tolong promosi artis tapi tak nampak mereka buat apa-apa pun. Dah masuk dua bulan lebih saya tiada kerja.

“Sekarang ni saya duduk bersama keluarga di kampung, Kuala Kangsar, Perak dan hidup atas ihsan mak ayah, menumpang makan daripada mereka.

“Saya memang tiada duit langsung sampai terpaksa pinjam duit isteri untuk isi minyak. Lampin dan susu anak pun isteri saya yang keluar duit. Nak balik kampung pun pinjam dengan mak. Sampai satu tahap saya rasa nak minta bantuan pusat zakat,” katanya kepada mStar.

Selain itu, pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini meluahkan rasa kesal terhadap pihak produksi yang menguruskannya kerana menganggap menjadi punca dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Malah, terasa seperti dianaktirikan oleh syarikat terbabit.

“Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku. Seolah-olah tak menghargai bakat dimiliki anak seni.

“Ia membuatkan saya rasa sudah putus asa dalam industri bila jadi macam ni. Bila tengok kawan-kawan lain, job mereka back to back. Rasa seperti dipinggirkan.

“Saya sangat mengharap pihak pengurusan dapat buat promosi untuk saya. Tak pernah saya tak dapat job langsung. Kalau sampai bulan Julai ini tiada tawaran saya terpaksa tinggalkan bidang seni,” katanya.

Reza antara pelakon drama Dia Menantu Rahsia.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Reza turut terkilan dengan sikap sebuah produksi tempatan yang didakwa tidak melunaskan bayaran berjumlah RM5,000.

Menurut Reza, pelbagai alasan diberikan syarikat berkenaan namun sehingga hari ini tiada bayaran diterima.

“Dah lima bulan saya tunggu bayaran. Mereka asyik beri harapan akan bayar tapi sampai hari ni tiada bayaran.

“Sudah minta banyak kali sampai tak tahu nak cakap macam mana kerana sudah malu nak minta.

“Kalau anda tak dapat penuh tidak mengapa, bayar RM1,000 dulu pun saya terima,” ujarnya.

Reza dan isterinya, Rosedarlila mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhamad Risqi Danial, 2 dan Muhamad Rafie Dayan, berusia dua bulan.

Apa komen netizen :

Oney FH :Bossku nak malu apa muka nak letak mana.. Contoh terbaik Shima penyanyi lagu teringin, aku rasa artis yang paling win dan top bukan saja di Malaysia tapi sampai ke luar negara semua terkenal penyanyi simah sebut saja siapa tak kenal lagu2 simah ke dengaran di radio Tapi bila hidup susah ada s4kit dia simah usaha sendiri berniaga nasi campur di bawa flat dia tempat dia tinggal dengan suami… Berbanding kau itu orang pun tak kenal sebagai pelakon jadi nak malu apa Jadi bro kau cari kerja atau niaga ada akal yang sempurna fikir lah sendiri.

Asma Iman : Daripada plan nak minta bantuan Zakat baik gi minta keja kat mana2, bdn sihat boleh keja usaha la cara lain kalau dah plan A gagal, hidup kena ada back up plan A,B,C. Kat luar sana ramai lagi org yg sgt susah lebih layak terima bantuan zakat.

Ila Saad : Tak menyimpanke masa ada duit. Baru dua bln xde job sampai dah kering trs. Cari kerja sampingan sedara. Tgk shuib, dah brpa biji dobi dia ada, buat plak madu kelulut, skang dh tambah dgn ubat spry hapus seangga dlm kereta..

Zulkamal : Ko g ambik lesen Lori bawak Lori… Industri seni Kat malaysia NI bukan hot sangat… Yg aku nampak hidup Pon pelawak2 …

Shaf Shazz : jgn ingat ko status artis..ko malu nk kerja selain berlakon..aku nmpk cm ko malu dan memilih kerja..aku lebih respet artis atiqah tu. xde job.kna kecam isu gambar.tp dia kerja cashier..now dah ok..dia kembali ke industri..jgn ego bro

Mi na Mi : Nk tgu tawaran blakon ko pn tk brp org nk kenal…keja je kilang, tk pn cri je la keja2 lain buat sementara gaji kecik tk pe jnji ada duit… tu pn org nk ajo ke

Fidaiyyin : Muhasabah diri lah…ada orang kena pecat dan diberhentikan kerja nak survive 2-3 bulan tetapi usaha jugak buat kerja lain utk tampung kehidupan sebelum dapat kerja tetap.

Mengadu mcm ni dalam media nampak mudah kena pertikai dengan orang teramai sbb tiada ikhtiar atau daya usaha.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*