“Pakai handbag berjenama, Kereta Mewah Tapi”, Erma Fatima ‘Mencelah’ Kisah Umie Aida Dikhianati Sahabat Baik

Kontroversi berkaitan luahan hati pelakon Datin Seri Umie Aida mengenai dirinya dikhianati sahabat baik makin berpanjangan apabila kakaknya Erma Fatima turut menyuarakan pandangan mengenai isu berkenaan. Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 51, berkata, kesenangan yang dimiliki hasil kesengsaraan sahabat baik sendiri adalah tidak berkat.“Satu pengajaran untuk semua juga. Kalau nak rasa hidup senang, afdalnya cari dari hasil titik peluh.

“Baru berkat. Buat apa pakai beg tangan berjenama, pakai kereta mewah, bagi makan anak dan bagi belanja mak dari hasil duit haram.

“Jadi d4rah daging nanti susah hidup tak dapat berkat dan rahmat,” kata Erma.

Umie sebelum ini memuat naik luahan tersebut tanpa menyebut nama individu yang didakwa meluukai hatinya apabila memilih kemewahan berbanding persahabatan antara mereka.

Susulan itu netizen membuat andaian bahawa individu yang dimaksudkan Umie itu adalah pelakon Erra Fazira selepas mendapati kedua-dua sahabat baik itu berhenti mengikuti Instagram masing-masing.

Kata Umie, 46, dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.

Bagaimanapun, status luahan itu telah dipadam selepas bebeberapa jam dimuat naik.

Dalam pada itu, Erma dalam kenyataan yang sama turut mendakwa individu tersebut sudah terbiasa hidup dalam kesenangan atas kesengsaraan sahabat sendiri.

“Untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan. Opsss… lupa, orang kalau dah biasa hidup macam tu dari dulu macam mana nak berubah. Payah,” ujarnya.

Antara komen netizen untuk post yang dimuat naik oleh Umie Aida.

“Rasanya bkn erra la.. ataupun salah faham je. Erra lg femes, biasa erra bf pon bujang. Erra mulut x laser, dan kwn2 dia semua cm elok2. Takde pon dia kwn sgt dgn org sksi2, social.. bkn erra ni. Jd fitnah kalau x betul tau.”

“tu la.. erra kwn dgn org2 matured2 cm kak habsah hassan,.. xkan la dia nak kacau.. dia independent. tak pernah dgr kakak abg mak backup dia dlm sesuatu isu. Dia je sorang2 hadap. Dr mata kasar sy erra x mcm itu.. wallahualam”

“kecewa kena khianat sahabat sendiri tk bermakna perlu meroyan bkk aib org yg pernah bergelar sahabat then post kt socmedia.. mayb ada silap nya tapi flashbck la juga kebaikkan dia buat.. pernah ada dgn kamu.. tak kan se zarah pun takde kebaikkan dia..sampai semua aib tulis kt ig & igs.. huhuu..”

“so far tak nampak pula Umie buka aib sesiapa dengan menyebut nama sesiapa. Dia hanya berkongsi dan meluahkan. Tak mention nama pun. Dimana buka aibnya?”

“kalau betulla “SAHABAT” dan kalau betulla isu ni ttg erra…umie dan zahida ni 2×5 bebal… sbb apa? sbb dorg ni dah mulakan war dlu dgn mengumpat/mbawang psl erra.. c zahida tu dah siap2 warning hati2 bkawan dgn erra… means… dorg bdua ni tak bkawan ikhlas dgn erra. masih ragu2. depan erra acah2 good. pdn muka dorgla sbb bkawan tak ikhlas. kalau erra buat mcm tu goodla for her…mgkin dia dah tau dua ekor ni dah byk mbawang psl dia. Erra xpyhla nak kawan dgn org yg btalam dua muka ni.. diri sdri lg penting! xm4tila takde kawan yg btalam2 ni.”

Ada netizen yang memberikan komen negatif dan ada juga yang memberi komen positif. Apa-apa pun kita doa dan fikirkan yang baik-baik utk mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih.

Sumber: mstar dan ig via asia kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*