“Nora Sayang. Ibu Sayangkan Awak. Ibu Di Sini,” – Fasha Sandha Mohon Bantuan Cari Nora Quoirin, Remaja Ireland Yg Hilang

Kelibat Nora Quoirin, 15 sehingga kini masih belum ditemui dan pasukan penyelamat masih giat menjalankan operasi pencarian. Fasha Sandha turut meluahkan keprihatinan dan memuat naik poster memohon bantuan netizen agar turut sama menyumbang tenaga dan membantu pencarian remaja tersebut. Lebih menyayat hati, menerusi perkongsian pelakon ini, misi pencarian diteruskan dengan menggunakan suara ibu mngsa, Meabh Jaseprine Quoirin yang mengatakan “Nora sayang. Ibu sayangkan awak. Ibu di sini”.

“#prayfornora. Sesiapa yang berada di seremban dan berjumpa Dengan Nora, mohon hulurkan bantuan , Tolong!

Semoga Nora dapat ditemui dalam keadaan selamat, Amin aqidahazizi #noraannequoirin,” tulisnya.

Terdahulu remaja berasal dari Ireland ini dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu di resort di Pantai, Seremban dipercayai mnggalkan bilik penginapan.

Pihak polis menyifatkan kawasan sekitar resort yang diselubungi hutan tebal menyukarkan pasukan penyelamat mengesan keberadaan remaja terbabit.

Penduduk setempat pula mengaitkan kehilangan remaja perempuan itu dengan kehadiran makhluk halus.

Sedikit update terkini berkenaan Fasha Sandha. Aktres Fasha Sandha, 35, mengaku belum bersedia untuk mengenakan hijab dan masih dalam proses belajar ke arah tersebut. Namun pelakon ini bersyukur kerana ramai peminat setianya tidak lekang terus mendoakan yang terbaik buat dirinya untuk berhijrah.

“Terima kasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik. Alhamdulillah, mereka tidak pernah jemu mahukan yang terbaik buat saya dan anak-anak.

“Memang benar, ramai yang suka saya bertudung dan mengharapkan saya terus memakainya.

“Saya faham dengan apa yang mereka mahukan tapi saya sendiri masih belajar bertudung buat masa sekarang.“Doakanlah yang baik-baik dan segalanya dipermudahkan,” kata Fasha Sandha.

Kata pelakon drama Semua Salahku ini, suaminya Aidil Aziz tidak memaksanya untuk berhijab secepat mungkin dan memberi kebebasan dan ruang untuknya belajar.

“Suami tidak pernah suruh atau minta pakai tudung. Dia tidak pernah kisah sebab dia tahu mana yang terbaik untuk saya.

“Dia bagi ruang untuk saya belajar perlahan-lahan dan tidak mendesak,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di sebuah hotel di Seri Kembangan petang tadi.

Sumber:Ig Fasha Sandha via klmenjerit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*