Nmpak kelibat wnita masuk blik Amin, tak tahan tiba2 ada bunyi, rupanya tgh sedap Amin dok geletek pinggang dia

Foto sekadar hiasan.Salam dan hai pada pembaca semua, perkenalkan diri aku Ain. Aku ni berasal dari pantai timur, kelantan. Yup, budak kelantan mencari ilmu di KL. Bukan senang boh.. nk guano, kino cr jugok sbb kawe nk jd doktor. Aku anak ke 4 dari 5 beradik. Aku mempunyai abang dan kakak seorang, dan adik lelaki.Ini kisah abang aku (Amin). Aku study kolej dan menumpang rumah Amin. Ayah aku dah meningal dan mak aku tinggal bersama nenek di kampung. Adik aku yang bongsu tu la mak dgn nenek dkt kampung. Tahun ni dia SPM.

Untuk pengetahuan korang, Amin dah kahwin dan punya seorang anak. Sekarang isteri Amin hamil 5 bulan. Disebabkan kak ipar aku ni kerap emosi, jadi dia dan Amin boleh kata hari2 bergaduh mulut sampai kak ipar aku ambil keputusan nak balik rumah mak dia senyap2 sebab dah tak tahan.

Aku rase mungkin sebab alahan.. Banyak kali kak ipar cakap bau badan amin busuk, bau ketiak masam!! Dia tak boleh terima semua tu. Pernah satu malam tu dngr la dari bilik aku kak ipar jerit suruh Amin keluar dr bilik sebab tak tahan bau Amin. Aku rs kak ipar alami alahan teruk dkt suami dia kot.

Da lebih kurang 2 minggu kak ipar balik kampung tanpa sebarang, dibawa sekali anak nya Aiman ikut balik ke kampung.Cuma aku just nasihatkan amin la hal kecil2 jangan dibesarkan, jangan digaduhkan. Jadi sekarang aku tinggal berdua dengan Amin sebab sampai sekarang dorang berdua tak contact.

Pernah lah Amin contact nak pujuk kak ipar aku balik, tapi mak mertua dia pulak masuk campur marah2 Amin. Kalau mak mertua da masuk campur mmg susah la. Yela orang ketiga ni kalau masuk campur mmg susah nak diselamatkan lg rumahtangga.

So, Amin pon malas nak ambil tahu pasal bini dengan anak dia lagi tapi still hantar duit nafkah. Dan sekarang dorang dalam proses nak bercrai. Lepas je kak ipar aku bersalin, Amin akan craikan dia. Mak dan nenek kt kampung pun da tahu k3s Amin dan kakak ipar aku ni hanya diam saja. Dia serahkan kt Amin pikir lah mana yang terbaik untuk dia dan family.

Aku pon tak nampak effort Amin untuk berbaik dengan bini dia. Cuma aku kesian pada bini dan anak dia. Tapi, biarlah tu urusan rumah tangga dorang aku malas nak campur. Aku boleh pendengar bila abg aku becerita dan buat luahan aku akan dengar saja.

Tapi ini bukan point yang aku nk ceritakan, kl1maks bila Amin buat hal lain pulak!!

Biasalah lelaki hidung belang. Bila bini tak ada sekali, mulalah dia pasang lain. Sejak dua menjak ni aku selalu nampak Amin bawak balik perempuan tiap kali dia cuti. Amin pandai cover line. Time bila dia bawa masuk perempuan tu pun aku tak sedar. Pd hal aku study dalam bilik je kot.

Tapi aku tak pernah nampak kelibat perempuan tu keluar dari bilik Amin. Cuma dengar ada suara perempuan dari bilik tu dan kasut dia dekat pintu luar. Ye, dorang buat mksiat dalam bilik tu tiap kali Amin cuti.

Rumah ni kawasan Cina, jadi memang masing2 tak amik port hal jiran. Aku diamkan selama ni sebab aku tahu aku cuma menumpang dan duit belajar aku pon Amin yang tanggung. Serba salah aku dibuatnya.

Ada sekali tu bunyi macam mengerang pon teresak2 menangis pon ada, aku curi2 dgr, rupa rupanya Amin tgh sedap dok main geletek pingang budak tu sbb aku dgr ” jangan lah main pinggang geeli”

Tapi makin lama makin menjadi2 perangai Amin. Disebabkan aku diam selama ni, hari2 dia bawak perempuan tu balik. Hidup macam suami isteri. Tapi perempuan tu bijak, dia tak tunjuk kelibat dia bila aku ada dekat rumah. Perempuan tu dan Amin mmg pandai cover line sgt. Amin pula sekarang sejak perempuan tu balik, aku jarang bercakap dgn Amin.

Jadi sampai sekarang memang aku tak pernah nampak muka dia cuma aku tahu dia bertudung (nampak dari belakang). Hati aku berdegup kencang tgk kelibat dia dari belakang, sbb aku jd takut. Aku jadi tak tentu arah sebab bersubahat selindung mksiat dorang. Aku rasa berdosa pada Allah dan pada mak.

Sekarang aku hanya mampu share pasal dosa berz*na dekat dalam group whatsapp family supaya Amin terasa. Tapi hampeh, masih sama bawak balik perempuan tu. Macam takde perasaaan. Siap Amin tunjuk good lagi ada dlm group tu..Aduhhhh!!!

Ok, kalau dia orang tak buat benda yg boleh menimbulkan direjam sekali pun, tapi da duduk berduaan dalam bilik da dkira khalwat. Kalau ikut hati aku nk amek pembesar suara je kejutkan mereka Jabatan Agama Islam datang depan rumah. Aduh.. Tapi tak sampai hati la pulak.. Dia abg aku!

Minggu lepas mak call cakap Amin nak bertunang. So, aku assume mungkin dia nak bertunang dengan perempuan tu. Mak cakap perempuan tu selalu call tanya khabar mak, mak selalu puji perempuan tu baik. Puihh! Belakang mak depan pijak semut pon tak mti, belakang pijak jgn dipijak, ludah pun semut tu da mti

Dalam hati aku membuak2 nak beritahu pasal maksiat yang dorang buat, tapi lidah aku kelu sebab tak sampai hati nak buat mak menangis sebab Amin anak harapan dia. Dan nampaknya minggu depan dorang akan bertunang. Aku nak muka mcm mana nnt bila berdepan dgn perempuan tu? Aduh!!

Tapi sekarang aku rasa bersalah pada kak ipar dan mak. Apa perasaan dorang kalau tahu perangai setan Amin. Dan aku lagi bersalah pada Tuhan sebab sampai sekarang aku ibarat menghalalkan perbuatan dorang. Aku dah tak sabar nak keluar dari neraka ni sebab study aku dah nak habis tak lama ni.

Mana tak kesiannya kt kak ipar, dia baru lepas bersalin, tapi Amin pula belum craikan dia. Amin pula kahwin tak bg tahu kak ipar. Anak Amin? Emm… Jangan ditanya, Amin buat tak tahu saje. Aku rasa mcam nk report pon ada, tapi kalau aku report confirm majlis pertunangan Amin musnah ni nnt. Kesian pula mak aku.

Tolong lah guys. Apa patut aku buat.. Macam mana aku nak beritahu pada mama dan kak ipar aku. Atau adakah tak perlu untuk aku beritahu.. Aku takut sangat kalau2 mti nanti aku dipersoalkan atas dosa orang lain.

Aku planning lepas majlis pertunangan mereka selesai jika diizinkan aku nk keluar terus dari rumah Amin supaya aku tak nak jumpa perempuan tu, hatiku jadi panas. Mereka da macam game kan mak dan nenek. Padahal mereka dibelakang lah puaka.

Aku harap cerita ni boleh jadikan sempadan buat semua. takde nilai yg baik dlm luahan aku ni, cuma kalau korang ada cara nak hadapi benda ni, boleh korang komen. Sekian.

Sumber : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*