“Nampak riak tapi saya nak bagi semangat pada anda” – Dato Alha Alfa

Semua orang mempunyai impian tetapi tidak ramai yang mencapainya. Kebanyakan orang akan terhenti separuh jalan ketika cuba berusaha untuk menggapainya. Tetapi tidak untuk pengasas jenama k0smetik Alha Alfa, Dato Alha, beliau telah berjaya membina nama bukan sahaja didalam industri perniagaan k0smetik tetapi juga didalam industri hiburan. Baru-baru ini telah dihebohkan beliau telah melangsungkan perkahwinan beliau bersama pasaangan, Azlin Ismail di Hotel Taiping Perdana.

Di laman instagram beliau, beliau telah berkongsi sekeping resit beliau telah membayar bunga untuk pelamin untuk majlis persandingan beliau yang seterusnya.

“abg nasgreatidea_weddings kata ni baru bunga belum masuk sponge n upah org yg nak gubah bunga tu nanti..ni baru part bunga .. sudut -ve nya nampak menunjuk..nampak riak..tapi,satu sy nak bg semangat kepada anda..

anje,sy simpan kat sini gamba resit ni supaya nanti anak2 kite dapat tgk.. tekan hastag #alhaalindreams ,depa akan tau ape yg berlaku sepanjang majlis kite,..org tanya,kenapa nak membazir,..bg sy,..sy keje kuat..keje siang malam utk dapatkan kepuasan sy..lain org, lain cara.

dr sy susah n xde ape2..anje ada kat sisi..xpenah merungut msg lambat balas..xpenah marah bila call xangkat,..org tanya nape tak kawen2..ini alasannya,..ini cara sy menghargai pasaangan..duit boleh cari,memory kite nanti nak citer kat anak2 kite tu yg xternilai..

5 tahun dlu,sy pun xde ape2..bayar keta alza pun terkorek2..tapi sbbkan nak “jaga anak org” kite kene keje keras n plan masa depan..ada separuh mmg dtg dr family kaya raya tu syukur alhamdulillah..jadi inilah yg sy hadiahkan kepada awak..tq dr dlu smpi now sentiasa memahami..

yg kat luar sana jgn paksa “bakal” anda kalau depa tak mampu,..tapi sentiasa bagi semangat supaya depa pun bekerja keras utk anda, betul xsemestinya majlis beria2 baru bahagia,.sederhana pun boleh bahagia ,.ikot cara masing2 menghargai antara satu sama lain.

YANG PENTING JANGAN BERHUTANG TAU!! korg yg nak tgk perjalanan majlis alha esok, boleh ke FB PAGES : ALHA ALFA, kita ada live feed jam 8 mlm ke atas insha allah.. #semusimmerindu #alhaalfa #alhaalindreams ” – kata Dato Alha dilaman instagramnya.

Dikatakan juga bahawa pelamin itu mempunyai rekaan yang begitu rumit dan berharga rm500k. Mengikut dari kongsian Dato Alha, pelamin tersebut direka oleh Nasgreatidea Weddings. Menurut di laman instagram Nasgreatidea Weddings, pembawaan papan pentas memerluukan beberapa buah lori dan ini adalah perpindahan terbesar yang pernah dibuat oleh pihaknya. Wah! Tak sabar untuk melihatnya.

Rata-rata netizen memberikan komen positif akan kongsian Dato Alha itu. Ada juga yang mengatakan beliau boleh menjadi inspirasi kepada golongan Mslim muda dalam memajukan diri. Dan ramai juga yang mengucapkan tahniah atas kejayaan dan perkahwinan Dato Alha dan pasaangan.

Kami juga ingin mendoakan kejayaan Dato Alha dan mengharapkan beliau dan pasaangan akan berkekalan hingga ke Jannah.

Sumber : Ig alhaalfa, nasgreateidea_weddings

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*