Muka ketat awalnya Ili dan Ana tak setuju mak nak kahwin dgn Uncle Man, dah tua kan- Perjuangan mak bahagian 2

Foto sekadar hiasan .Hai salam semua, bagi sesiapa yg belum ikuti part 1 cerita ni ,korang boleh baca dekat bawah ni. Throw back last episod tadi, bulan lepas aku, mak , aku dan Fina ( anak aku, baby lagi pun) keluar bertiga. 3 generation day out gitu. Mak nyatakan hasrat dia nak kahwin.Aku terkedu terdiam seribu bahasa. Aku pandang tepat dalam mata. Adakah ini serius atau cobaan??

Aku: Cepatnya mak move on. Baru dua tahun

Mak aku hanya senyum

Mak: Dua tahun bercrai. Lagi lapan tahun tu? Macam mana tu? Hihi

Mak aku tak gedik tapi bila aku fikir balik arghhhh serabut.. Aku btol2 blur biar betul mak aku ni.. Mungkin petang ni mak nak bawa aku jumpa uncle Man tu.

Ok mak bawa aku jumpa uncle man petang tu, orang nya krus dan tinggi, boleh tahan handsome juga even dimamah usia. Aku rase uncle man ni time dia muda2 dulu mesti handsome orang nya. hihi

Long short story, Uncle Man ni sebenarnya kawan lama mak aku yang dia orang kenal sejak dia sekolah dulu. Satu kampung. Mak sambung belajar di ITM dan bawa haluan masing-masing. Tapi hati budi keluarga semua memang kenal sangat sebab sekampung.

Untuk pengetahuan korang Uncle Man ni duda. Tak ada anak. Mungkin sesuai la kot dengan mak aku janda. Cuma mak aku ni baru je janda 2 tahun lepas.

Uncle man ni dah bercrai 10 tahun. Da lama sgt da becrai. Jangan salah anggap ye uncle man bukan punca pencerraian mak dan ayah aku. Mak jumpa uncle dekat pasar time beli ikan. Mak aku pon memang da sedia maklum uncle man ni duda da lama da.

Apa lagi, uncle man masuk cucuk la da alang2 mak aku ni janda. Tapi bukan janda berhias la. Janda da bercucu, hihi. Tapi masih anggun gitu.

Sebenarnya time uncle man cerita punca dia bcrai dgn bekas isteri sebab isteri dia kantoi ada lelaki lain. Aduh, yang paling tak tahan uncle man cerita laki yang suka kan ex wife dia tu Bangla ada kebun lagi tu.

Time dulu uncle man ni berhempas pulas pulun OT di kilang untuk kesenangan isteri. Tapi selama mereka kahwin 15 tahun tak ada anak. Sebab wife dia ada masalah fertility. Opss sebelum terlupa uncle man technician kilang je. Sampai sekarang masih kerja dikilang yg sama.

Uncle man suka hidup sederhana tapi cukup. Yang penting dia dah ada rumah sendiri dan kereta sendiri yang sudah habis bayar. Uncle man ni orangnya beterus terang. Aku bangga uncle man time dia cerita kereta dia da habis bayar. Kereta proton preve lagi tu. Untunglah mak aku…..hihi

Aku banyak tahu pasal uncle man ni sebab aku soal siasat uncle Man macam mana mak soal siasat suami aku masa nak nikah dulu. Kerja apa? Asal mana? Tinggal mana? Sattus? Over tak aku. Orangnya peramah. Sebaya mak.

Aku cakap pada mak untuk beri aku masa untuk fikir. Aku balik dan bincang dengan suami aku.

Aku: Mak nak kahwin la awak. Macam mana eh?

Suami: Kalau bukan suami orang biarlah

Aku: Tapi…Apa orang kata..Mak dah 55 tahun kot, tak malu ke, kang vral pula nanti

Suami: Bukan nya mak kena tangkap khalwat ke apa. Mak kahwin. Dia nak bersanding pun biarla..

Aku: Entahla B… Saya pon blur2.. Tapi tgk perwatakan uncle man tu baik orangnya

Suami: Ayah awak tu dah bahagia. Dah move on. Dah seronok dengan isteri baru. 10 tahun dah pun. Biarla mak bahagia.. Kita kasi chance la kt mak sama..

Fikir punya fikir. Aku rasa aku patut sokong mak cari bahagia dia. Mungkin Uncle Man dapat bahagiakan mak. Kalau uncle Man permainkan mak, aku orang pertama akan simbah cat merah atas kereta Proton Preve dia yang dah habis bayar tu.

Dan after mak dah ready, kami bincang dengan lagi 3 orang tu. Adik2 aku biar dia orang paham keadaan mak sekarang.

Pada mulanya Akmal nampak unpleasant. Tapi dia anak yang taat. Dia setuju dengan pilihan mak untuk nikah lagi. Yang lagi dua orang tu buat hal.

Ili: Apa mak? Technician? Agak agaklah. Babah manager kot. Cari la yang setaraf babah at least

Ana: Mak ni tak malu ke nak kahwin lagi.

Ili: Mak, ayah sayang mak lagi tau. Jom la rujuk semula. Ili dah bincang dengan ayah..Besar sangat ke dosa ayah sampai mak tak nak maafkan dia?

Aku: Yang tinggalkan pergi bercuti di Bandung, Singapore, Medan, Phuket tu babah kau yang manager tu lah. Manager tapi dengan anak tiri mampu. Anak sendiri kedekut.

Aku: Mak nak malu apa! Halal. Yang kau berkepit dengan boyfriend kau tu yang patutnya malu. Nak rujuk bukan atas kau ye. Atas mak. 8 tahun mak bertahan. Aku rasa cukup la peluang mak bagi kat ayah.

Dan mak kahwin dengan siapa pun, kita semua tetap berbin dan binti kan babah. Macam mana pun babah tu tetap drah daging kita.

Akmal diam masa tu sebab dia masih terkejut.Sekarang ni perempuan dua orang tu on strike. Tengah mogok tak nak cakap dengan mak. Aku kesian dengan mak. Ini mungkin peluang mak untuk temui bahagia dia.

Dan melihatkan Ili dan Ana, tak mustahil mak akan lupakan hasrat dia untuk berkahwin. Supaya hubungan anak dia tak keruh. Dan ayah pulak tak membantu. Jadi lelaki gla talak. Dan cakap dengan Ili nak rujuk semula.

Aku rasa kami sebagai anak tak ada hak nak halang mak kahwin. Tak ada hak sama sekali. Aku nak tengok hari2 tua mak penuh perasaan gembira. Lupakan apa yang ayah pernah buat dekat mak dulu.

Aku ambil masa lebih 2 3 minggu juga untuk pujuk si Ili dan Ana tu supaya setuju dgn keputusan mak. Mulanya mereka macam mengeras untuk bersetuju sebab mak da tua. Uncle man pon da tua. Yaa itulah punca utama mereka tak bersetuju.

Tapi alhamdullilah, akhirnya mereka bersetuju juga dengan muka yg agak ketat. Mak berhak untuk bahagia di usia zaman fasa mereka tua. Uncle man pon da berjanji dengan mak nk bawa mak dan keluarga kami pergi menunaikan umrah guna duit pencen dia. hehe..

Syukur alhamdullilah.. sekurangnya ada juga planning uncle man ni untuk bawa kami beribadat. Tak macam ayah asyik berkepit dengan family satu lagi tu. Kami di abaikan. Geram sangat.

InsyaAllah kalau takde aral melintang, mak dan uncle man bakal diijab kabulkan pada 23.6.2019. Dengan hantaran 10k. Banyak juga duit uncle man ni, hihi. Senyum lebar la uncle man dapat mak aku ni. Aku doakan yang terbaik untuk mak dan harap mak kekal bahagia hingga akhir hayat mak.

Sumber : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*