“Mohon Pian Dan Ayra Bercinta ” – Peminat

“Jika ku tengok keluar, yang ku dapati hanyalah gemuruh petir nan hujan. Sedang jauh dalam lubuk hatiku yang terdalam, rinduku padamu sedang bersuara lantang dan menunggu jawapan. Namun apalah daya, kini ku hanya mampu menanti waktu membawa keajaiban.” Lain macam je puisi ini, memang kena sangat je dengan Sufian dan Ayra.

Sufian Suhaimi berada di Brunei bersama produk AINAA sempena 1st anniversary AINAA kosmetik. Kebetulan Ayra ini ikut sekali menjayakan program tersebut bersama dengan Sufian Suhaimi. Kebetulan atau suratan takdir ye? Apa apa pun min suka tengok, Sufian dan Ayra nampak sepadan bersama.

Ada bunga di tangan Pian, untuk Ayra ke tu?

Sweet berdua Sufian dan Ayra

Sebelum ini seperti yang di khabarkan Ayra pernah di gosipkan dengan Sufian Suhaimi selepas Ayra berlakon dalam musik video di matamu baru baru ini.

Selepas tular didakwa sebagai pengganti Elfira Loy dalam hati Sufian Suhaimi, model untuk muzik video Di Matamu, Ayra Messi kini mengintai peluang terjun ke bidang lakonan.

Ayra atau nama sebenarnya Nur Shakira Shah Kirit, 21, menyifatkan peluang terbabit dalam muzik video tersebut telah mencetus minatnya untuk mencuba bakat sebagai pelakon.

“Saya memang ada minat berlakon. Dapat peluang jadi model muzik video Di Matamu pun dah cukup buat saya teruja.

“Walaupun tak pernah berlakon dan tak ada asas dalam lakonan, saya suka cabar diri. Saja nak tengok sejauh mana kemampuan untuk kembangkan bakat,” ujarnya yang masih terkeejut dengan gosip didakwa bercinta dengan Sufian Suhaimi.

Ayra yang juga model mus limah ini baharu sahaja menamatkan pengajian diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan di International Islamic College (IIC).

Dia yang juga kakak kepada instafamous Tasnim Shah menganggap gosip tersebut sedikit sebanyak membuatkan namanya lebih dikenali.

“Selepas gambar Sufian memberikan saya bunga tular di media sosial, pengikut Instagram mula bertambah. Saya pun tak sangka bila ‘gambar acah-acah’ yang diambil jurufoto Aqo Imran itu tular teruk.

“Saya masih single dan hanya berkawan dengan Sufian, takde apa-apa pun antara kami. Kalau nak cari teman lelaki pun saya nak yang memahami dan tak kuat cemburu,” jelasnya kepada MHE TV.

Sebelum ini, Selepas gambar memberi bunga kepada Ayra tular di media sosial Sufian Suhaimi juga menjelaskan yang itu bukan gimik percintaan antara dia dan Ayra.

” Bagi peminat yang menonton muzik video ini mesti kenal dan tahu. Ayra adalah model dalam muzik video berkenaan. Kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti diperkatakan. Dalam erti kata lain, dia bukan keka sih saya.

Cuma, semalam saya dijemput menghadiri acara pembukaan butik di Batu Pahat. Kebetulan, Ayra ada sekali. Jadi, kami terjumpa di situ. Memandangkan juru foto majlis itu rakan saya, kami pun acah-acah buat sesi fotografi ” – Sufian Suhaimi

Tetapi sekali lagi gambar dan video bersama Ayra tular di media sosial. Adakah masih kebetulan? atau cinta benar2 dah berputik? sama sama kita tunggu penjelasan Sufian Suhaimi atau Ayra. Kita doakan yang terbaik untuk Sufian Suhaimi.

Sumber : Ig aqoimran/sufianators/MHE tv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*