Minta tlg suami angkat bakul berat tp dia sibuk ‘main’ game. Hasilnya aku kegguran anak 6 bulan

Foto sekadar hiasan.Salam admin… Mohon sangat hide profile member ni ye. Die lupe nak log out.So kite pinjam ler. . Saya seorang isteri serta ibu kepada 4 anak n sepatutnya bakal menyambut kelahiran bayi ke 5 selepas saya awal nanti. Saya merupakan penjawat awam yang bkerja syif. Anak umur antara 2-9tahun.

So masudnya paling kecik 2thn la. Dlm keadaan saya sedang sarat mengandung dan penat bekdrja siang malam, saya mempunyai seorang suami yang sangat-sangat menguji kesabaran. . Suami saya ni takda krja tetap. Maksudnya dia hanya brniaga sendiri. . Tapi, income harian dia mampu capai rm200-300 sehari… Alhamdulillah. . Rezeki dia. . Kenapa saya ckp rezeki dia?

Sebabnya.
1) dia hanya tolong bayar sewa rumah which is sebulan RM450
2) Dia hnya beli makanan apa dia nak makan
3) dia hnya beli apa dia nak. Saya ni krja biasa sangat. Gji bersih saya dlm RM1200 sahaja. .

Tapi saya perlu:
1) byr yuran+keperluan sekolah anak sebulan rm800.
2) susu+pampers anak rm200 sebulan.
3) bayar bil2 utiliti rumah dlm rm150 sebulan.
4) beli keperluan dapur sndiri.
5) isi minyak kereta n motor.

Bayangkan min, semua kerja rumah saya buat sendiri.Dia hanya duduk dpn tv, isap rkok… Kalau saya tak menyapu rumah, bersepah2 la segala abu rkok n sisa tmbakau kat lantai… Kadang2 saya sengaja tingal kan pinggan kotor sikit dalam sinki, 5 hari saya biarkan 5 hari la macam tu rupa nye. Takda berubah.

Saya kadang2 brtungkus lumus memasak untuk dia n anak2. Sebelum pergi kerja saya pesan suap anak makan. Bila blk saya tengok tak bersentuh makanan. Saya tanya anak2, semua belum makan, cuma makan roti je sebab ayah beli roti. Luluh hati saya min bila nak2 kelaparan saya tanya dia kenapa tak makan dan tak suap anak makan jawapan dia senang ‘tunggu ko balik hidang nasi untuk aku la’.

Last2 lauk tak abes semua ke longkang. . Padahal saya macam nak matti mencari duit nak mak makanan untuk anak2. Allahu. Jarak saya ulang alik kerja sehari lebih kurang 100km min. 50km pegi, 50km blk. Saya terpaksa pergi kerja naik moto je sebab nak jimat duit… Kadang2 je drive kalau kerja malam.Tu pun kadang2 redah gak nek moto kalau da takde duit sangat…

Kadang2 min, saya nak gak rasa dia belanje saya sesuatu. Kalau dia singgah kedai je, saya mintak belikan sesuatu, macam air coklat ke (feberet saya). N dia tnya, ‘duit mana duit? ’…

Maka saya keluarkan dompet dengan air mata brgenang min. . Bagi die duit syiling pun die amik tak ade pun nak menolak… Tp min, stiap kali saya balik kerja, macam2 dia mintak kirim belikan. . N malangnya kirim air liur je…

Suami saya culas bab nafkah. Dia buat tak endah. Saya tak mtk pape min, dapat bagi sehari rm5 pun saya da bersyukur sangat. Oh ye, segala kelengkapan rumah dan kenderaan yang ada, semua hak saya.Hasil titk peluh saya…

Sebelum ni kami mulakn hidup dengan zero. . TAKda pape. . Dari tido bralaskan toto je. . Sekarang semua keperluan asas lengkap. . Tu pun atas kehendak dia. . Bila nak beli mesin basuh semi auto, die cakap beli auto kan senang nanti dia leh tolong basuh baju dan sidai terus. .

Sekarang min, dia cakap tak pndai lak pakai mesin auto. Bile saya da siap basah bju, hrp dia bntu sidai time saya krja. . Mmg hrpan tgl hrpan jela min. . Smpai busuk balik baju dlm mesin tu. . Kdg2 saya basuh bju byk2 then decide nak keringkan kt dobi layam diri je. .

Saya mtk die angkatkn bakul berat tu masuk dlm kereta yang kalau bukak pntu belakng tu, tak smpai 10 tapak. Haram die nak buat min. Saya tgh mngandung saya gak la mngangkat seberat2 beban tu smpai skit pangkal rahim saya. Dan akhirnya, dlm usia kandungan saya dah 6 bln, saya keguguran. Puncanya? Ntah.

Saya trlalu penat dan letih nak fikir cara nak bagi kesedaran kat suami saya ni. Sekarang ni min, saya tak mintak kecaman atau mintak nasihat brunsur negatif dari bawangrangerz… Saya cuma perlu tmpt untuk luah tekanan.

Tolong jangan nasihatkan saya supaya bercrai dan tak guna hdup dengan lelaki macamtu. . Dia bukan biawak hidup sebab saya tak tanggung keperluan dia. Saya tnggung anak2 je. Sekian luahan seorang isteri.

PS : Admin simpati dgn TT kerana suami beliau tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya yg menyebabkan keharmonian rumahtangga terjejas. Jika suami dan isteri tahu tugas masing2, sudah tentu perselisihan tidak berlaku. Min harap TT dapat bersabar kerana manusia tidak akan berubah dalam masa satu malam.

Luahan di atas mendapat perhatian ntizen :

Jaa Musniza : Sis kena berterus terang dgn suami sis.. Cakap je apa yg terbuku dlm hati sis tu.. Jgn pendam… Tapi klu dia tak peduli juga.. Ajak dia pergi kaunseling dekat pejabat agama.. Sekarang ni sis kena mainkan peranan.. Tanggung jawab nafkah atas suami.. Klu kita sbgai isteri tidak ikhlas atas perbelanjaan nafkah dlm keluarga, suami berdosa dn dikira berhutang dgn isteri.. Klu mti dlm berhutang faham2 jelh ya.. Cakap dekat suami sis mcm tu..

Nurin Rani : Maaflah ye sis. Sefaham sy, perkahwinan ni satu perkongsian. Tp nmpknya suami sis bela diri dia sdiri je. Mmg lah dia bkn biawak hidup sbb bekerja jgk. Tp sis dah mcm kuli dia jer. Kalau isteri dia tak kan layan mcm ni. Nafkah isteri dan anak2 wajib ye sis. Igt tu… jgn terlalu manjakan suami tu. Lama2 mmg dia jadi mcm tu.

Norhayati Madani: Ko taknak kitorang suruh kau becrai ? So takpelah kami bagi nasihat yg good2 skit .

Sila lah bertahan ye jgn angkat kaki , tmbah anak lagi smpi 10org ye , lpastu pg cari keja part time takyah rehat sbb anak dah bnyk stkat rm1.2k mna ckup nak tanggung sbb tahun depan nak tmbah anak lagi .

And one more thing , pliss pliss pliss , lpasni jgn mgadu kat sni lagi dah ye sbb kat sni bawang ranger smua . Pompuan yg ada akal , ada pendirian , jd pendapat kitorang mmg akan bercanggah dgn kau .

Marlin Marlina : Suami ni mcm tahap pemalas ngan kedekut tahap gaban.. Xleh ke puan fikir elok2.. Dh mcm ibu tunggal.. Rancang family puan kalau nk stay ngan dia.. Kita isteri bkn hamba.. Keputusan atas tgn puan.. Tegurlah sebaik mungkin suami puan.. Kadang2 kne wat luahkan apa yg terbuku dlm hati pd suami.. Bkn disini.. Kalau dia nk marah marahlah masa tu.. Agak2 kr0nik carilah sesiapa yg dia hormat utk nasihatkan dia..

Jgn sesekali bercerita masaalah puan pd kuarga dia mmg xkan selesai.. Mybe akan bertambah teruk.. Mungkin puan lebih jelas dari kami hal itu.. Good luck puan.. Carilah kekuatan utk meluahkan perasaan puan pd suami tu..Via KRT olahan Edisi Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*