“Memang bkn mudah nak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan”, Saya pilih untuk berhijab sepenuhnya – Serina Redzuawan tampil ayu berhijab

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, pelakon Serina Redzuawan mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Keputusan anak kepada Chef Wan itu didedahkan kepada umum menerusi entri terbaru yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam tadi. “Alhamdulillah, sempena bulan Syawal yang mulia, Serina mengambil kesempatan ini nak maklumkan I dah berhijab sepenuhnya.

“Memang bukan mudah nak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan dan guru untuk beri tunjuk ajar. Juga semangat dan dorongan dari keluarga dan sahabat tersayang,” tulisnya di entri tersebut.

Alhamdulillah..sempena bulan Syawal yang mulia, Serina mengambil kesempatan ni nak umumkan i dah berhijab sepenuhnya, memang bukan mudah nak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan & Guru untuk beri tunjuk ajar , serta semangat & dorongan dari Keluarga & Sahabat tersayang. Terima Kasih kepada ustazahasmaharun.official kerana banyak memberi Inspirasi & ilmu. Doakan Serina Istikhomah. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna.

Malah ruangan komen dalam Instagram Serina dipenuhi dengan kata-kata yang menyokong dan menyambut baik keputusannya itu.

Di antaranya ialah pasaangan suami isteri, Khai dan Rosma, Zarina Zainuddin, Zakiah Anas, Tunku Hanis dan Datin Emylia.

Serina Redzuawan, 36, berkahwin dengan warga Britain, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, 42, pada Januari 2010.Namun pasaangan ini bercerrai dengan talak satu pada Ogos 2017.

Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 8, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 7.

Apa komen netizen

Cik puan ina, Alhamdulillah.kita cuba buat mn yg mampu .in sha allah.mg allah tetapkan iman dan hati kita utk buat yg terbaik utk diri dan agama kita

Sayed Yusuf, Alhamdulliah…semoga Allah memberkati dan memberi hidayah kpd anda untuk selama2nya. In Sya Allah…Aamiin

Noraz Husin, Alhamdulillah…semakin cantik dgn bertudung…semoga Allah sentiasa limpahkn hidayah buat Serina

Halimah Fadzil, Alhamdulillah cantik n ayu pegang hidayah jangan jadi macam artis yg lalu .pelajari agama sedalam2-supaya tidak terpesong akidah .hebat .

Unaishah, Alhamdulillah..Cantik…moga istiqamah berhijab mengikut syariat Islam yg betul..Bukan sekadar ikut trend semata2.

Sumber: MHE TV via mediaohsem/menujukebenaran

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*