Marzuki buat kecoh depan rumah mak, pintu diketuk kuat sekali mcm nak roboh- Marzuki Bahagian 3

Foto sekadar hiasan.Da pkul 2 pagi mata masih tak boleh nk dilelapkan terkenang kisah lama, tindakan yg tak sepatutnya aku buat, aku da buat sekarang! Rasakan! Sebelum terlupa Hai Assalamualikum semua.. Masih pada aku? Masih ingat pada kisah suami aku Marzuki? Harini aku nk sambung part last sekali dalam hidup aku..

Throw back last episod bahagian 2 sebelum ni, Masa ni lah terbuka semua pekung di dada apa yang Marzuki buat dekat aku. Semua aku ceritakan pada mak dan ayah. Mak bnyk beristgfar malam tu bagaikan tak percaya menantu dia selama 20 tahun ni mcam tu perangai nya.

Ayah aku pula hanya hentak hentak kaki dekat lantai kayu rumah kami. Mungkin menahan geram apa yang terjadi selama ni. Hanya mulut ayah terkumat kamit, Marzuki! Marzuki!

Malam tu mak yg sapu dan sapu ubt dekat pipi dan dahi aku, mak cakap aku kena banyk bersabar. Tapi kali ni mungkin tak lagi. Aku akan menuntut fasakh di mahkamah. Kita tengok siapa game siapa? Aku da hilang sabar kali ni . 20 tahun aku besabar.. 20 tahun aku besabar..

Time mak aku tengah sapu ubat kat pipi aku malam tu, tiba- tiba pintu rumah mak di ketuk dengan kuat.. Tap!! Tap!! Tap!! Bukak!! Bukak!!.. Salam tak bagi tetiba suruh buka pintu.. Aku dengan mak berpandangan sendirian, adakah itu Marzuki, da pkul 10.30 malam da ni.. Biar betul..

Mak bangun lalu pergi ke depan untuk buka pintu.. Sah, itu Marzuki, dari jauh aku dengar suara dia..

Marzuki: Mana dia mak!! Mana dia mak!! Mana dia mak!!

Mak: Ko ni da kenapa Marzuki, salam tak bagi tetiba tnya mana dia mak, mana dia mak!!

Marzuki: Arghhhhh, mana isteri saya mak!! Eh, Assalamualaikum.. Mana isteri saya mak? Kenapa dia keluar rumah tak bagi tahu saya ha.. Penat2 dr jauh sy datang.. Dia ingat dia siapa!

Mak: Astaghfirullah hal hazim Marzuk, ko bawa mengucap Marzuki, mak bukan apa, mak kalau boleh tak nak masuk urusan rumah tangga korang.. Tapi kau da melampau Marzuki

Marzuki: Apa yg saya da buat mak? tetiba mak nak sound saya.. Salah anak mak tu la, keluar rumah tak bagi tahu sy, isteri jenis apa macam ni!

Mak: Muka anak aku da lebam sana sini, badan tak bermaya, ko boleh tanya lg apa yg kau buat! Menantu tak sedar diri

*Time ni mak kelihatan nk pkul Marzuki dekar kepala, mak tolak badan Marzuki sambil menangis, tak tahan mungkin muka aku bengkak dikerjakan Marzuki. Mak betul2 tak dapat tahan kemarahan lagi tgk Marzuki semakin kurang ajar dgn mak sendiri.

Klimaks bila ayah baru balik lewat malam tu, mngkin ada meeting di masjid. Dengar bunyi moto ayah aku da cam. Ayah turun je moto, macam orang kungfu, terus sergah si Marzuki depan tangga rmah aku tu. Ayah tepuk kepala Marzuki terus.

Ayah: Apa kau da buat dengan anak aku?!! Aku jaga dia dari kecil, smpai besar tak pernah tangan aku hinggap dekat pipi dia, inikan kau pula yan tampar dia! Tendang dia! Jantan tak guna.

Ayah betul2 naik angin dengan marzuki malam tu, kemarahan ayh tak dikawawal lagi. Time aku datang tapi duduk sebelah mak.

Aku: Saya takkan balik ikut abang lagi, saya takkan balik ke rumah abg tu lagi. Saya nk mohon pencraian esok. Sy tak tahan diperbodohkan mcm ni. Awak balik la!

Marzuki: Tak semudah tu aku nk lepaskan kau, hahahah, tak semudah tu.. Takpe aku balik hari ni.. mana anak2 aku, aku nk bwa balik!

Aku: Tak boleh,mereka akan ikut aku.. Lebih baik kau balik sebelum aku call polis!

Marzuki balik malam tu dgn penuh kemarahan dalam hati. Aku memang da tak sanggup nak balik ke rumah tu lagi. Hanya esok saja hari penentuan aku.

Esok awal paginya aku bangun awal ditemani mak ayh aku, kami pergi ke mahkamah di bandar tempat aku tinggal. Puas satu malam aku berfikir, inilah jalan terbaik bagi aku dan keluarga ini. Aku perlu keluar dari masalah ni sblm terlambat lagi. Kasihan anak anak aku.

Pagi tu dengan hati yang rela aku memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah. Sebelum itu aku dinasihati supaya mengikuti sesi kaunseling bersama Marzuki supaya ingin dapat menyelamatkan keluarga kecil ni. Tapi aku menolak sekerasnya. Aku da tak sanggup.

Aku cerita dari A sampai Z kepada ustaz dan ustazah time supaya mereka memahami keadaan aku selama 20 tahun bersama Marzuki. Ditipu berkali kali mengenai wang dan kereta, nafkah memang culas lagi lah, dan paling terbaru Marzuki main nombor ekor di mana wang dia habis main beli nombor tu.

Aku jelaskan pada hakim aku cukup tertekan dgn masalah yg dihadapi sekarang, aku tak sanggup lagi dengan syarikat guaman nk blacklist nama aku kali ke 2, bila ajak sembang dgn marzuki, dia buat endah tak endah je, pada hal dia yg buat masalah semua ni.

Hakim menerima tuntutan aku, alhamdulillah. 4 5 kali aku turun naik mahkamah juga selesaikan masalah ini. syukur.. Aku seperti bebas bebanan di kepala, terasa ringan sgt di kepala, aku hanya perlu fikir pasal anak dan mak ayah saja.

Pasal masalah 4×4 yang dibuat oleh Marzuki tu, aku akan clear kan nama aku sikit2 dulu, biar lah kereta kena tarik pon, aku da serik kali pertama dulu blacklist juga disebabkan Marzuki tak guna tu. Kalau siapa nak 4×4 tu kasi halo aku, aku memang tak lalu nk sara lpas 2 biji kereta.

Opss sebelum terlupa, aku juga menuntut wang nafkah untuk anak2 sebanyak RM 1,000 sebulan. Biar rsakan si Marzuki tu, aku nk ajar dia cukup2 kali ni, kau tak bayar nafkah anak2, kau siap, aku failkan terus je nnt. Muka marzuki merah sgt dan tertunduk. Biar dia rasakan. Aku wanita bukan boneka bagi dia.

Moral kisah perjalanan hidup aku selama 20 tahun berkahwin ni, kalau boleh yg muda tu baru nak berkahwin cari lah calon yang menyayangi kita, bukan kita yg sayang , nnt kelak korang yg mrana. Percaya lah cakap aku, ini lah dunia sebenar. Bila kau dah kawin baru korang akan hadap benda ni.

Alhamdullilah anak anak aku juga memahami situasi aku time tu, mereka pon da berpindah di sekolah kampung. Syukur mereka sudah ada kawan baru, dunia baru bersama aku.

Baru baru ni ada Whatsapp aku ckap rindu la, minta maaf dekat aku, sorry to say pisang tak kan berbuah 3 4 kali. Asalamualiakum.. Doakan aku semua untuk kehidupan baru sekarang.. Amin yaa rabbaala’alamin…

Sumber : Dunia Kini via edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*