Makin Menjadi Jadi Kak Su Sekarang, Ini Biodata Reen Rahim Yang Ramai Tak Tahu

Biodata ringkas Reen Rahim pelakon drama. Pelakon cantik manis ini merupakan antara pelakon yang di minati ramai. Aku nak tanya ni, korang kenal ke dengan Reen Rahim ni ? Hehehe, mungkin ada yang kenal dan ada yang tak kenal.Tahun 2017 dulu, Reen Rahim pernah berlakon drama jangan ikut aku, Tauke jamu, Geng Tadarus Suriram Suri, Selamat Malam Tan Sri, Mencari Qiblat dan Raisha 2.

Yang terkini, dia membintangi drama pujaan hati kanda. Berlakon sekali dengan mira filzah pula tu. hehe Watak yang dibawa kali ini adalah sebagai Suria kakak kepada Tiara.

Bagi yang belum kenal siapa reen ini , berikut merupakan info maklumat berkaitan Reen Rahim. Jom baca.

1. Noreen Ashikin Binti Abdul Rahim merupakan nama penuh Reen.

2. Lebih dikenali sebagai Reen Rahim.

3. Dia dia lahirkan pada 3 November 1988 dan kini reen berumur 30 tahun (2018)

4. Reen rahim berasal dari Klang, Selangor

5. Instagram : https://www.instagram.com/reenrahim/

Reen Rahim sering kali menjadi sasaran media untuk mencipta kontroversi yang berlaku yang melibatkan nama dia. Kadang-kadang sampai tenggelam bakat yang ada pada dia ni.

Pencapaian terbaik Reen pada tahun 2018 adalah dia tecalon untuk Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 tau.Fuhh bukan senang nak tercalon dalam anugerah besar macam tu.

Semoga tahun 2019, akan menjadi tahun yang lebih baik buat pelakon ini. Lakonan Reen juga semakin baik. Kalau tak percaya, korang tengok drama pujaan hati kanda.

Tengok lah, boleh nampak dia menjiwai watak lakonan dia. hehe .

Trivia menarik tentang Reen Rahim

Merupakan graduan Diploma Hair Stylist dari Thomas & Guys Academic. Pernah bekerja sebagai pendandan rambut sebelum menyertai program Pilih Kasih 3.
Memiliki daa rah campuran Melayu, Pakistan, Bugis dan Arab.

Jika tiada masa bersenam di gimnasium, Reen lebih suka bersenam di rumah dengan aktiviti lompat tali dan turun naik tangga.
Akan memastikan berat badannya tidak melebihi 50 kilogram (kg).

Figura ini pernah tercalon dalam top 5 kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 3.0 dan Pelakon Pembantu Wanita Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2015.

Si tinggi lampai ini menetapkan sasaran untuk menamatkan zaman solonya di usia 30 tahun.Digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak dan bertubuh sasa, Mustaqim Baharon.

Reenduyou Official adakah nama kelab peminat Reen Rahim.Memiliki lebih 400,000 pengikut di Instagram miliknya.

Mengenai Cinta Reen Rahim

Pelakon Reen Rahim memberitahu dia dan kekasihnya masih dalam proses mengenali hati budi dan belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 30, bagaimanapun berkata, dia dan lelaki istimewa itu sudah bertemu dengan kedua-dua belah keluarga.”Keluarga kami pun dah pernah berjumpa. Tapi kami masih dalam proses mengenali satu sama lain.

“Kami belum ada sebarang perbincangan pun mengenai soal perkahwinan ini,” kata Reen kepada mStar Online.Reen ditemui ketika majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache’s, Sek ksyen 26, di sini pada Jumaat.

Tambah Reen lagi, dia mengenali lelaki yang hanya dikenali sebagai Mr AR itu menerusi rakan-rakan.Malah pada syawal yang lalu, Reen bercuti bersama lelaki itu dan keluarganya selama dua minggu di London.

“Saya kenal dia daripada rakan-rakan. Pada hari raya ketujuh, saya pergi bercuti di London bersama dia serta keluarganya selama dua minggu,” ujarnya.

Reen berkata, dia menjalinkan hubungan cinta jarak jauh memandangkan lelaki itu kini bekerja dan menetap di Scotland. Menurut pelakon drama bersiri Suri Ram ini, dia berasa selesa bersama jejaka itu biarpun jauh terpisah.

“Setiap hari kami akan membuat panggilan video untuk berinteraksi.”Saya selesa dengannya kerana dia tak pernah buat saya rasa jauh walaupun kami terpisah beribu batu,” katanya.

Reen sebelum ini pernah kecewa putus cinta selama dua tahun sebelum bertemu lelaki berusia 28 tahun itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*