Mak cik menjuihkan bibir ketika suami aku melabuhkan punggungnya di sblh aku rupanya ada niat tersirat dia dtg sini

Foto sekadar hiasan. Salam semua,da masuk 14 ramadhan kita pada mlm ni.Harap kita memperoleh ibadah puasa yang diberkati dan diredhai olehNYA.Opss sebelum terlupa nama aku Suhana (nama samaran) berumur 24 tahun dan sudah berkahwin dengan seorang anggota tentera. Tentera tao suami aku,hensem..rambut petak, kemas..dan yg paling penting dia berdisplin dan dia sayang kan aku dgn seadanya. Apa yg aku nk ceritakan mlm ni mungkin bnyk konfliks dlm penceritaan aku kali ni.Korang kena baca sampai habis ok.

Bermula…aku kehilangan kedua ibubapa ku ketika aku berumur 11 tahun akibat kemlangan jalan raya. Dan setelah itu aku dibesarkan dan dijaga oleh Pak Cik dan Mak Cik aku.

Sepanjang tempoh aku tinggal bersama mereka hanya air mata yang menemaniku. Aku dilayan seperti anak tiri dan pendek kata aku dibesarkan seperti seorang hamba abdi.Nasib aku tak diberi makan katak je lagi time tu..hihi

Aku dibenarkan bersekolah itupun jika aku mencari duit sendiri. Maka setelah tinggal bersama mereka aku bekerja di sebuah kedai runcit di dalam kampung ku.

Bukan aku tidak mendapat duit bantuan dari jabatan jabatan tertentu, aku dapat tetapi semuanya masuk ke dalam poket pakcik dan makcik aku.Bukan sekali dua, tapi setiap kali duit masuk , semua akan di transfer kan kepada pakcik dan makcik aku terus.

Sehinggalah aku melangkah ke alam sekolah menengah aku mula belajar menjahit di rumah ketua kampung. Dengan hasil duit menjahit baju aku dapat menampung perbelanjaan sekolah aku. Mak cik dak pakcik tak pernah belikan aku baju atau kelengkapan sekolah.

Semua aku usahakan sendiri. Pak cik dan makcik mempunyai dua orang anak. Seorang berumur 20 tahun dan seorang lagi sebaya dengan aku. Mereka selalu mengejekku di sekolah. Mereka kata aku anak yatim yang menumpang kasih ibu bapa mereka, tetapi hakikatnya aku tak pernah merasakan kasih sayang dari mereka.

Siapa tak sedih sepupu sendiri yg mengejek aku..sehinggalah aku dipaksa berhenti sekolah oleh mak cik aku kerana ketika aku di tingkatan tiga, pak cik disrang s4kit kcing manis dan terpaksa dip0tong kaki.

Disini bermula lah episod deritaku yang seterusnya, sejak menjaga pak cik aku sudah tak boleh menjahit. Hasil pencarian aku terbantut. Makan minum aku terabai.

Bukan mak cik tidak beli lauk, dia beli tetapi mereka sorokkan dari aku. Kadang-kadang kalau aku lapar aku pergi kerumah sahabat baik aku dan menceritakan padanya jadi dapat lah aku sedikit makanan.

Pak cik juga sebenarnya berperangai miang keladi. Dia selalu bercakap kotor dengan aku ketiak makcik tiada di rumah. Sungguh aku takut. Korang bayangkan tinggal dirumah hanya pakcik dan aku. Nasib aku sempat tempis segala “hint” yg diberikan pakcik..Kalau tak mesti aku da jd “lauk” dia.

Akhirnya ketika aku berumur 18 tahun aku berhijrah ke Langkawi untuk mencari kerja dan di sanalah aku bertemu dengan suami aku sekarang. Selepas dua tahun di sana aku pulang semua ke kampung.

Pak cik dan mak cik seperti biasa melayan aku acuh tak acuh. Sehinggalah aku memberitahu mereka yang aku ingin berkahwin. Lantang menolak dan tidak setuju dengan apa yg aku inginkan perkahwinan kami ini.

Mereka melarang sekeras kerasnya. Mereka kata aku tak boleh berkahwin kerana aku perlu menjaga mereka. Anak mereka yang sulung sudah belajar di Johor.

Jadi tiada siapa yang boleh menjaga mereka. Tetapi aku berkeras. Aku tak mahu menderita lagi. Anak mereka yang bongsu menarik rambut aku dan makcik melempang muka aku. Kau ingt aku bdoh sgt nk tertipu kali ke 2, aku tak sanggup nk kembali ke zaman drita aku suatu ketika dulu.

“Itulah degil aku cakap tak payah jadi tak payah lah! ” jerit mak cik. Aku menangis. Aku menelefon suami aku ketika itu dan dia datang ke rumah makcik.

Suami bercakap baik baik dan mak cik mula memburukkan aku. Aku hanya mampu menangis dan mak cik kata aku perlu jaga pakcik yang skit sebagai balasan mereka menjaga aku dulu.

Tetapi suami aku berkeras. Dia bawa aku keluar dari rumah itu. Alhamdullilah syukur suami amat memahami aku ketika itu dan terus uruskan persiapan wali bg aku.

Semua urusan perkahwinan aku dan keluarga suamiku yang uruskan. Mak cik dan pak cik langsung tidak ambil tahu. Sehinggalah kami pulang semula ke kampung dan memberikan kad jemputan perkahwinan. Muka makcik time memang tak puas hati sgt time aku bg kad. Dia rampas kad time aku bg dkt tngan dia.

Aku sangkakan mereka tidak ingin datang ke majlis kami tapi sangkaan aku meleset, mereka datang dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Mak cik menghampiri aku dan memeluk tubuhku. Dia menangis dan meminta maaf. Aku degan rela hati memaafkan.

Sehinggalah tiga bulan selepas itu aku disahkan hamil mak cik datang bersama anak sulungnya. Suamiku ada di rumah ketika itu, aku menjemput mereka duduk. Mak cik menjuihkan bibir ketika suami aku melabuhkan punggung di sebelah aku.

“Mak cik datang ni nak meminang suami kau untuk Nina.” jatuh jantung aku. Suami aku mengerutkan dahi. Tanda tidak mengerti. Suami aku menanyakan maksud makcik yang sebenar.

Rupanya Nina telah mencintai suami aku. Suami aku menolak secara baik. Korang rasa bijak tak permainan mereka ni? Tak habis2 dengki dan cemburu kan kesenangan dan keselesaan yg diberikan suami. Mereka fikir yg aku ni tak layak terima keselesaan mcm ni.

Dan selepas itu tiada lagi cerita dari mereka. Ada juga aku pulang untuk melawat tetapi mereka tiada di rumah. Bukan sekali, tapi bnyk kali aku sudah pergi ke rumah itu tapi tiada, yg hanya aku nmpk cat merah yang bersepah depan balkoni rumah. Habuk dan sawang seprti tidak berpenghuni sudah lama.

Aku merancang raya pada tahun ini aku ingin menjahit baju raya untuk mereka empat beranak. Aku ingin berbaik dan aku sebenarnya tidak berdndam. Aku dengar cerita dari kawan aku di kampung mereka sekarang hidup susah.

Ahlong cari mereka kerana Nina meminjam duit ahlong untuk memulakan perniagaan tetapi perniagaan itu hanya bertahan separuh jalan. Aku pun da paham sgt perangai Nina yg berfikiran pendek itu akan buat pinjaman ah long punya.Padahal bnyk lagi inisiatif lagi dia ada buat utk jalankan bisnes.

Doakan kami dapat bersatu semula dan semoga pakcik dan makcik dapat berubah ke arah yang lebih baik. Sejauh mana jahat pun mereka mereka juga yang menjaga aku walaupun aku terabai tetapi aku tetap sayangkan mereka.

Pengajaran dari cerita aku ini adalah kita tetap harus memaafkan walaupun sebesar mana kesalahan orang terhadap kita. Kerana kita juga hamba Allah yang kerap melakukan dosa. Salam Ramadhan.

Kredit media ohsem via detikberita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*