Macam perigi cari timba. Aku dgn selamba mesej sorang ustaz “Awak, Saya suka awak”. Akhirnya ini respon ustaz itu buat jntung aku gugur

Foto sekadar hiasan.Hi. Nama aku Ira (bukan nama sebenar), berumur 22 tahun, dan masih menuntut dalam tahun akhir di sebuah universiti tempatan. Harini aku nak cerita sikit pasal tajuk ‘Perempuan & Perigi Cari Timba’ ni. Aku tahu kita sebagai perempuan malu sangat nak mulakan sesuatu dalam hubungan yang macam ni kan, lagi-lagi kalau umur makin lama makin meningkat.

Okay, berbalik pada tajuk asal aku tadi, macam biasa, kita dah dibiasakan dengan mentaliti perigi cari timba ni kan.

Nampak tak manis, nampak murahan, macam-macam lah bila perempuan yang mulakan dulu. Tapi percayalah, kalau kau buat benda ni dengan niat yang baik, InsyaAllah akan dipermudahkan. Senang cerita, bila kau mulakan untuk serious pilih bakal suami kau. Pernah dengar kan, bila kita nak kahwin, kita boleh tentukan siapa bakal imam kita.

Kita yang mencorakkan nak imam yang macam mana. Kita yang nak bina masjid, kita lah kena berani memilih. Memang orang akan kata, tapi biarlah. Kita pilih untuk kehidupan kita, biarlah kekal dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Aku bukanlah seorang perempuan yang baik, yang sopan-santun, cakap lemah-lembut. Bukan. Aku jenis seorang yang agak kasar sikit, suka gelak kuat-kuat, banyak cakap, senang cerita aku seorang yang happy go lucky! Tapi nak ditakdirkan macam mana, aku tetiba tersuka dengan seorang lelaki ni.

Amir (bukan nama sebenar) berumur 26 tahun, graduan UIA, dan sudah mempunyai kerjaya sendiri. Aku tahu Amir ni seorang lelaki yang baik, berasal dari keluarga yang alim-alim, yang mak & kakak-kakak dia semua memakai tudung yang labuh, dan ada juga yang berpurdah.

Tapi dari sudut hati aku, memang aku tahu dia anak yang baik pada mak ayah dia. Dari situlah, entah macam mana, aku pernah terdetik nak jadi isteri dia.

Hahahaha kelakar kan? Nak tahu sebab apa kelakar? Sebab aku pernah jumpa dia sekali je, tu pun sekejap sangat. Tak sempat nak berkenalan apa-apa pun. Tapi aku tahu semua benda tu dari Fcebook dia lah.

Aku tahu orang mesti kata “Betul ke dia ni, baru je kenal dah pikir nak jadikan orang tu laki” Entah, tapi aku rasa dia boleh bimbing aku untuk ke-Syurga Allah. Aku pasti, walaupun aku tak tahu macam mana aku boleh rasa macam ni. Aku berdoa supaya dia jodoh aku.

Tapi bila difikirkan balik, aku rasa aku tak layak. Yelah, orang tu dari kecik dah dibesarkan dalam suasana yang macam tu, yang agamanya insyaAllah cukup. Sedangkan aku, solat pun kadang-kadang berlubang tertinggal-tinggal lagi. Jauh sangat nak dibandingkan dengan dia yang serba-serbi cukup.

Bila rasa macam ni, aku teringat satu janji Allah ; “Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.” Terus aku teringat dosa-dosa aku yang lalu, Allah, malunya..

Sejak dari tu, aku cuba nak jadi perempuan yang baik-baik. Aku cuba untuk cukupkan solat 5 waktu aku. Aku cuba untuk labuhkan tudung aku sikit-sikit (tutup dada), belajar cakap yang baik-baik. Tapi dalam sudut hati, aku berdoa supaya Tuhan jodohkan aku dengan dia. Aku pun ada impian nak jadi perempuan solehah, perempuan yang Tuhan sayang.

Bila aku cerita dengan kawan-kawan aku pasal ni, seloroh je “Nak ke ustad alim-alim tu dengan perempuan yang suka gelak macam saiton ni?” Hahahaha entahlah. Aku cuba. Dan pada malam tu, aku text Amir tu, then aku luahkan apa yang aku rasa.

Aku cerita macam mana boleh timbul segala perasaan ni. Buat pertama kali dalam seumur hidup, aku sendiri yang confess kat Amir. Malu bukan kepalang. Sampai ke harini tak hilang lagi aku punya malu tu hm

“Awak, saya suka awak.” Text pertama yang aku hantar kat dia. Hahaha aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan nak hantar text macam tu dekat seorang lelaki, ustad UIA pulak tu, kau rasa? Hahaha time tu Tuhan je yang tahu macam mana hati aku ni, nak tercabut jantung semua ada.

Aku siap cakap dekat hosmet aku, “Nak amik final paper pun tak teruk macam ni lah nervous dia.” Yelah, kalau kena reject kan malu. Lagipun, aku sedar jugak diri ni kalau nak dibandingkan dengan Amir tu. Dia orang baik-baik, tapi aku.. Hm rasa tak setaraf betul kalau nak digandingkan, lagi-lagi bab ilmu-ilmu agama. Hm

Tapi takpelah, at least aku mencuba kan, dari nanti sendiri yang frust gigit jari bila tetiba dapat kad kahwin dari ustad tu hahaha then after a few text, he give me a positive response. Mungkin dia pun nervous kot tetiba dapat text macam tu dari seorang perempuan. Tambah pulak Amir ni jenis yang agak pemalu sikit dengan perempuan.

Then bila aku dah confess macam tu kat dia, tetiba rasa macam lega sangat. Aku taklah suruh dia paksa terima aku ke apa, tak. Apa pun feedback yang dia bagi lepasni, aku terima. Sekurang-kurangnya aku dah bagitahu apa yang aku rasa, then aku berbangga sebab berjaya confess soal hati ni. Hahaha

Bila aku bagitahu kawan-kawan aku semua, all of them support me! Yelah, dalam antara kawan-kawan aku, aku ni perangai yang lain macam sikit. Tak macam perempuan lain yang sopan-sopan, lembut lemah gemalai tu, hahaha Bila jadi macam ni, rasa macam terharu sangat. Tapi dalam banyak-banyak kawan aku, ada satu ayat ni yang buat aku tersentuh ;

“Takpelah Ira, mungkin Tuhan nak bagi kita peluang dengan bagi jodoh yang baik-baik kat kita. Doa banyak-banyak.”

“Takpelah, kau dah cuba. Kenalah ada doa dengan usaha, baru menjadi. Kalau doa je takde usaha, tak jadi jugak kan. Macam kau cakap kau nak dekan sem ni, tapi kau tidur je hari-hari. Boleh ke dekan macam tu? Samalah macam jodoh ni, kena usaha sikit. Lepastu tawakal, serahkan semua kat Tuhan.”

Dan sekarang, aku terima je apa yang jadi lepas ni. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde pun, takpelah. Siapa yang tanak jodoh baik-baik ni kan? Bila kau rasa kau dah serious pasal jodoh ni, kau akan pilih yang lebih kepada agama. Hensem ke, kaya ke, apa semua tu tak penting dah. Kau akan pilih orang yang kau rasa boleh bimbing kau ke Syurga. Yang boleh bentuk kau jadi perempuan yang solehah, dunia dan akhirat.

So, point aku kat sini, kalau kau rasa kau suka dekat seorang lelaki yang baik, yang jaga solat dia, kau cakap je. Tak salah pun. Sekarang pun dah 2016, takde lagi dah zaman perigi cari timba ni. Kalau kau nak, kau usaha. Kalau memang rezeki kau, tak kemana. Malu, memang malu. Tapi malu untuk benda yang baik apa salahnya kan? Orang pun pernah cakap kan, kita makmum kita boleh pilih bakal imam kita kan? Ha pilihlah, mana yang terbaik untuk diri kita. Yelah, kita nak hidup dengan orang tu bukan sehari dua, tapi selama-lamanya kan, insyaAllah. Niat baik mesti Allah bantu, minta dengan Dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk kita, dan Dia juga sebaik-baik perancang.

Start daripada situ, aku cuba beranikan diri aku untuk confess kat Amir. And yes, aku bagitahu semua kat Amir, apa yang aku rasa. Then start daripada situ jugaklah, aku cuba untuk jadi perempuan yang baik-baik.

Aku cuba labuhkan tudung aku, aku cuba jaga solat lima waktu aku. Aku cuba untuk jadi perempuan yang tahu jaga batas pergaulan aku tiap hari, walaupun muka aku ni memang nampak kasar dan garang hehehe

Aku baca dah komen-komen yang ada daripada confession tu. Alhamdulilah, majoritinya ramai memberikan kata-kata semangat dan aku tau ramai menantikan part ii kan? Terima kasih untuk yang mendoakan. So here it goes..

Aku tahu ramai yang menantikan apa jawapan Amir bila aku membuat confession tu kan. After 2 months, aku cari Amir semula sebab aku nak tahu apa jawapan yang akan dia bagi. Dan.. Cuba teka apa jawapan dia? Amir suka kat kawan aku, dan bukannya aku. Hahahaha aku tak tahu nak cakap apa masatu, aku cuma mampu tersenyum je. Mula-mula dia macam terpana juga perasaan tu, tapi bila kita ingat kita yang mulakan dulu.. semuanya ada pros and cons kan.

Aku tahu bila aku make a first move, aku akan tanggung risikonya. Dan inilah dia.. aku tak salahkan Amir bila dia tak terima aku, sebab bab hati dan perasaan ni mana boleh dipaksa kan. Cuma nak tahu tak, aku cuma terkilan dengan cara Amir ni. Kalau betul dari awal dia tak suka, kenapa dia tak cakap dari awal je? Kenapa dah lama baru nak bagitahu benda yang sebenar? Aku tak kisah kalau dia bagitahu benda yang betul at the first place. Takdelah kita terus berharap, kan.

Pada aku lah, kalau betul dia jujur, dia boleh bagitahu benda yang sebenar, tanpa s4kitkan hati mana-mana pihak. Amir bagi aku berbagai-bagai alasan. Benda yang aku tak pernah terfikir pun boleh jadi sebab dia nak ‘tolak’.

Yelah, mungkin aku ni pun takdelah menepati citarasa dia kot.. Oh yaa, aku ni berbadan besar sikit & tinggi, sebab ada baka Pakistan dari belah ibu dan Bugis dari sebelah ayah. Dan Amir ni seorang lelaki yang agak ‘rendang-rendang manis’ orangnya. So, dia rasa insecure sebab aku tinggi sangat sebab dia memang jenis rendah.. Erk

Ok, berbalik pada cerita tadi, pada aku, orang yang ilmu agamanya lebih tinggi ni dia lebih tahu macam mana nak jaga hati dan perasaan orang lain ni.. berkias, tapi masih sedap didengar dan dihadam.

Walaupun agak terkilan pada mulanya, tapi aku terima semua ni dengan lapang dada. Sekurang-kurangnya aku dah buat mana yang aku rasa terbaik pada diri aku, tapi tulah.. bukan rezeki, belum masanya. Mungkin mana yang aku rasa terbaik di mata aku, belum cukup baik di mata Tuhan.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Bagi mereka-mereka yang bertemu jodoh apabila perempuan yang make a first move, tahniah. Itu memang jodoh anda. Jodoh ni sekuat mana pun kita usaha, kalau bukan untuk kita, tetap tak akan jadikan. Aku dah cuba, cuma belum sampai seru. Hehehe

Setahun selepas tu, aku ada berkenalan dengan seorang lelaki ni. Berusia 35 tahun, Khairul namanya. Berasal dari Pantai Timur dan bekerja di Selangor. Ini pengalaman pertama aku berkawan dengan lelaki yang lebih berusia dari aku. Memang taste lah kiranya.

Pada aku, lelaki berusia ni lebih matang dan serious, dan sangat protective. So, kami berkawan macam biasa. Selalu contact, WhatsApp, cumanya kalau waktu office, tak lah. Masing-masing sibuk dengan kerja kan. Dia pun akan cari aku bila lepas office hour dan kadang-kadang kitaorang akan on-call juga malam-malam.

At the same time, dia selalu janji nak jumpa dengan mak ayah aku, dan nak jadikan aku isteri dia. Aku pun macam, wow impressive. Manada lelaki nak jumpa mak ayah kalau bukan betul-betul kan. So, aku berkawan dengan dia macam biasa. Hari berganti hari, bulan berganti bulan.

Satu hari tu, dia mengaku sebenarnya yang dia dah kahwin dan ada 2 orang anak dah. Kau dapat rasakan tak macam mana perasaan aku waktu tu? Waktu dah mula sayang, waktu dah nak mula serious dengan masa depan.. Melalak jugak aku kat office waktu tu.

Lepas aku dah tahu macam tu, dan aku tak boleh nak teruskan, dia contact pulak dengan mak aku. Katanya betul-betul serious nak jadikan yang kedua, dan perluukan sedikit masa untuk stabilkan kembali kewangan & kerjaya dia.

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk move on dan tinggalkan Khairul. Tak sanggup rasanya nak berkongsi kasih dengan wife & anak-anak dia. Khairul pun masih tak berhenti memujuk & mencari. Satu call atau WhatsApp aku tak pernah jawab.

Lepas daripada tu, aku move on agak lama juga. Aku jadi lebih berhati-hati nak berkawan dengan lelaki. Entah macam mana, satu hari tu aku dm-dm dengan kawan lelaki kelas aku masa sekolah menengah dulu.

Hakim namanya. Aku dengan Hakim memang kawan yang agak baik tapi nakal dari sekolah dulu. Pantang berjumpa, ada aje yang nak digaduhkan. Perangai pun dah macam langit dengan bumi. Dedua perangai gila-gila.

Walaupun macam tu, setiap kali tahun raya, kitaorang akan tetap pergi beraya rumah masing-masing. Gaduh mulut orang kata hahahaha tapi cumanya, lepas habis sekolah dulu, kitaorang dah tak berapa contact sangat, sebab dia pun dah ada girlfriend masatu.

Baru-baru ni kitaorang terjumpa balik, lepas hari aku graduate haritu. Entah macam mana, kitaorang terjadi rapat then borak-borak pasal kehidupan memasing. Hakim plan nak berkahwin tahun ni, tapi tak jadi.

Aku tak tahu sebab apa aku dipertemukan kembali dengan Hakim. Daripada memula jenis cakap kasar, dedua nak memang je, tanak kalah dan sekarang dalam progress nak kahwin. Kau rasa? Hahahaha benda yang tak dijangka selalu menjadi kan?

Kau bayangkan, aku punyalah mencari jodoh dari selatan ke utara ke pantai timur, last-last jodoh aku dengan rakan sekelas je masa sekolah dulu.. Aku siap belek balik gambar kelas dulu, dua tahun gambar kelas, dia berdiri belakang aku. Dua-dua tahun ok.

Ahhhhh hahahahaha cari-cari rupanya memang ada depan mata je? Benda ni tak amik masa yang lama pun. Benda ni jadi masa hari pertama puasa baru-baru ni, dua-dua hati digerakkan tuhan dalam masjid kat tempat yang pertama kali kitaorang jumpa.

Dan sekarang… Kitaorang dalam progress nak kahwin awal tahun depan insyaAllah. Siapa sangka, bukan taste aku lelaki sebaya ni, rupa-rupanya jodoh. Rupa-rupanya kawan sendiri sekelas pulak tu.

Siapa lah kita untuk menidakkan takdir. Kadang-kadang kita rasa kita perluukan yang ni, tapi Tuhan bagi yang tu. Kadang kita rasa yang ni baik, tapi rupanya yang tu lagi terbaik. Husnudzon lah dengan Tuhan.

Untuk siapa-siapa yang masih struggle dengan jodoh, sabar lah. Jodoh tu ada, cuma cepat dengan lambat je. Salah satu tanda, dengan orang yang tak disangka-sangka pun yaa juga.

Lepas broken teruk dulu, aku move on dan Tuhan jumpakan balik dengan orang yang memang dah kenal aku lama. Dah tahu perangai baik buruk aku. Siapa sangka kan? Bila macam ni, baru aku tahu Hakim ni macam mana orangnya. Alhamdulilah. Tuhan maha baik.

So, la tahzan. Percayalah, kalau lepas hujan tu ada pelangi, tu betul. Tuhan takkan amik sesuatu yang baik dari kita untuk gantikan dengan yang lebih baik

– Ira (Bukan nama sebenar) via iiumc by edisimalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*