Lps abg menngal,kak ipar mkin menyetan. Terkjut semua org bila aku tunjuk bukti yang aku kumpul

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum admin, harap disiarkan confession ini. Aku nak luah pasal Kakak Ipar aku, aku cuma nak orang ambil pengajaran dalam confession ini. Btw, nama aku Ifa.Abang aku berkahwin dengan pilihan hatinya, memang aku okey je dengan kakak ipar. Family aku pun okey dengan kakak ipar, basically takde masalah. Tak macam typical MIL la kan. Parents aku layan dia macam anak dia sendiri, ayah aku siap suapkan kakak ipar lagi. Every month bagi RM200 duit belanja, even dia bekerja. And, bagi pakai kereta. Kami adik-beradik pun tak kisah sangat la.

Memang semua family aku (termasuk makcik pakcik belah parents) suka kat kakak ipar. Sampaikan, maksu aku tak bagi ibu aku membebel, marah or suruh dia buat kerja. Untung kan ?

Btw, dia tinggal 1 rumah dengan parents aku. Rasa-rasa ada lagi tak FIL and MIL yang macam ni ? Ada, tapi tak ramai kot. Parents aku memang tak berkira dengan dia. Mungkin menantu pertama kot. Ayah aku belikan rantai untuk anak-anak, dia pun dapat. Apa yang ayah aku belikan untuk kami anak perempuan, semua dia akan dapat jugak. Kami pun apa ada hal kan, dah anggap macam kakak sendiri.

Tapi lately ni macam aku ada rasa tak puas hati sikit la dengan dia, aku dah lama perhatikan dia. Dia macam fake sikit sejak abang aku takde, 6 bulan lepas. Perangai dia berubah 360 sejak 3 bulan lepas.

3 bulan lepas, ayah aku belikan kereta untuk dia. Kereta biasa je, myvi 1st model. Tapi aku ni macam tak puas hati sikit la, mula-mula aku just nak bergurau je. Tapi entah macam mana makin melarat pulak. So, aku tanya direct dengan ayah, kenapa ayah belikan dia kereta. Sedangkan dia bekerja, and aku sendiri pun beli kereta tak pakai se sen pun duit parents.

Ayah aku cakap, ayah belikan dia kereta sebab nak mudahkan dia pergi kerja and balik kampung mak dia kat kedah. Memandangkan kereta arrwah abang aku tu ayah sayang nak buat lasah sebab banyak kenangan. Okey, aku boleh terima alasan tu.

Takpe aku diamkan je, tapi nampak dia macam cuba lari-lari dari aku, and aku perasa dia selalu elakkan diri dari jumpa aku. Aku tak pasti kenapa. Benda ni jadi makin teruk bila parents aku macam asyik nak menangkan dia, berbanding adik beradik aku yang lain. Apa yang anak-anak buat, semua salah dimata diorang. Tapi kalau menantu dia yang buat, semua betul saja.

Aku tengokkan je, and diam-diam aku siasat. Ayah aku ni ada perniagaan, tapi kecil-kecil je. So 1 hari tu, aku pergi kat kedai ayah aku untuk settlekan bil. And aku pun buka la online banking web untuk bayar semua bil. Memang jenis aku, lepas bayar aku akan tengok transaction history. And aku tengok ada 1 jumlah duit, dalam RM2,945 ditransfer ke akaun lain.

So aku macam pelik la, biasa kalau transfer ke apa. Aku or ayah akan tulis untuk apa untuk apa. Tapi yang tu kosong. Aku call ayah, tanya ada ke bayar sekian sekian dengan jumlah RM2k tu. Ayah aku cakap takde. Start ni aku dah syak dia yang buat, sebab aku ayah and dia je yang handle kedai ni. Adik beradik aku yang lain jaga kedai lain.

Aku tunjuk ayah, ayah cakap dia pun tak perasan benda tu. Takpe aku kumpul bukti, bila aku check history bank lain. Maka bermulalah soal jawab dengan semua anak-anak ayah. Semua cakap takde, tapi kakak ipar aku buat cerita. Dia cakap dia haritu abang aku yang no 3 tu ada tanya dia pasal password akaun ayah.

Apa lagi, ayah pun tanpa usul periksa terus meng4muk dengan abang aku tu. Walaupun dah dinafikan. Aku doa supaya Allah tunjukkan siapa yang salah. Long story short, setiap hari jumaat memang kakak ipar aku suruh aku kemaskan bilik dia sebab dia pergi kerja awal, Allah tu maha mendengar. Dia tunjukkan dekat aku, aku terjumpa 4 receipt barangan yang dibeli, sama amount dengan yang ditransfer. Aku selongkar lagi, rupanya banyak yang dia beli guna duit ayah aku secara senyap-senyap.

Apa lagi yang dia tak puas hati ? Parents aku punya baik, itupun nak pijak kepala lagi ke ? Duduk free, makan free, kereta free, bulan-bulan dapat RM200. Dan yang paling mengejutkan aku, dia guna-guna kan parents aku. Macam mana aku tahu ?

Sebab aku jumpa banyak benda berkain kuning. Yang diikat dengan benang merah, and aku perasan dia akan elak pandang mata aku. Bila aku nak tenung dia, dia akan alihkan mata supaya tak bertentang mata.

Sungguh aku tak percaya, kakak ipar yang aku hormat, yang bertudung labuh, yang aku anggap macam kakak sendiri, yang parents aku anggap macam anak tapi sanggup buat kitorang macam ni. Parents aku dah beri kepercayaan kat dia, tapi dia yang rosakkan.

Bagitahu aku, mana nak dapat FIL and MIL yang boleh berkongsi cawan untuk minum, yang suapkan makan, yang boleh ribakan menantunya tidur. Mana nak dapat ? Diajak duduk sekali, dibagi duit tiap-tiap bulan, beli baju raya ibu aku bagi lagi duit, dibelikan kereta. Parents siap tak bagi dia pindah kampung, walaupun abang aku dah takde.

Bukan takde mak mertua yang baik, tapi tulah. Bila dah ada yang baik, dipijak pulak kepala. Macam mana ? Ada je mertua yang baik, tapi kadang kena bertegas sikit. And semalam sesi last rawatan dengan ustaz untuk buang segala sihir yang ada.

Okey, macam mana aku bagitahu parents aku. Actually memang parents dah tahu yang diorang dah terkena buatan orang. Cuma ustaz hanya cakap yang buat tu orang terdekat. Tapi tak bagitahu siapa orangnya.

Parents aku rasa lain, diorang cakap ada mimpi bukan-bukan and ada la tanda-tanda lain yang menyebabkan diorang pergi check kat ustaz. Dan ternyata, betul yang diorang kena buatan. Dalam sesi berubat memang ustaz bagitahu yang parents aku dah kena sihir penunduk kalau tak silap aku.

Parents aku memang dari first abang aku kahwin memang diorang layan menantu dengan baik. Bukan sebab dijampi dek kakak ipar aku. Ustaz tu cakap, benda ni dihantar dah 3 bulan. Maknanya, lepas abang aku mn1gal. Lepas abang aku takde tu yang dia makin menyetan.

Minggu lepas, selepas aku kumpul semua bukti. Aku bagitahu semua adik beradik aku, aku cakap ni aku jumpa kat bilik kak F. Diorang pun apa lagi, memasing buat muka terperanjat beruk. Esoknya aku cakap dengan parents, nak semua berkumpul kecuali kak F sebab nak tunjuk sesuatu.

So malam tu semua dah ada, aku longgokkan barang-barang tu atas meja. Aku cakap ini yang aku jumpa dekat bilik kak F masa kemas-kemas haritu. Resit ni yang sama jumlah dengan duit yang ditransfer kat akaun misteri haritu. And ni 2 3 barang berkain kuning.

Maka, ayah aku dengan muka terkejutnya tanya aku, betul ke ni dari bilik kakF ? Aku cakap betul yah, takkan nak tipu benda macam ni. Lama jugak ibu aku tenung benda tu. Sampai 1 perkataan pun tak keluar dari mulut ibu, ayah aku dengan mata merahnya. Sambil tahan nangis, ayah minta maaf kat abang aku no 3 tu.

Ye lah, ayah aku marah teruk kat abang aku tu. Seumur hidup, tak pernah tengok ayah aku marah sampai macam tu sekali. Sebab ayah aku bukan jenis pemarah, tapi disebabkan sihir tu yang buatkan ayah aku jadi baran sikit.

So dah settle bagitahu, aku tanya ayah. Nak buat macam mana dengan benda ni semua? Ayah aku cakap benda kain kuning tu biar ayah simpan, sebab nak tunjuk kat ustaz. And resit tu aku simpan.

Esoknya, semua 1 family pergi jumpa ustaz, and ayah aku tunjuk barang tu kat ustaz. Depan kakak ipar aku tu, ayah hulur barang tu. Sambil tanya, “Ni dia ustaz, anak saya jumpa ni. Tu yang nak tanya, ni barang apa ye?” Masa ni memang kakak ipar aku dah start tak keruan. Lepastu ustaz pun cakap “Ni laa barang yang tundukkan pakji”. Ustaz tanya, nak pulangkan ke tuan dia atau ke tempat dia?

Haa masa ni kakak ipar aku dah tak berkelip mata. Ayah pun aku cakap la, pulangkan ke tempat dia. Dah selesai jumpa ustaz, ustaz pun dah kosongkan benda tu. Balik rumah, ayah aku tanya pulak pasal resit tu kat dia. Kau bayangkanlah 7 orang ngadap kau, mau tak tergagap mulut tu nak jawab. Tapi masa ni, kesian pun ada. Sebab aku rapat dengan dia, dah jadi macam ni. Tapi tula, silap dia jugak.

Ayah aku tanya “Ni, adik terjumpa resit ni. Banyak duit sampai beli barang kemas RM2k. Banyak sangat ke gaji tu ?” Kak F diam, lepas dah 2 3 minit dia tetibe nangis minta maaf dan suruh maafkan dia. Dia cakap terpaksa buat. Dia dah lama teringin nak benda tu semua. Pastu dia sendiri mengaku dia yang ‘Buat’ parents aku.

So parents aku pun marah la, diorang tanya tak cukup ke makan pakai yang abang aku bagi, yang parents aku bagi. Sampai sanggup buat benda bukan-bukan. Selama ni ibu ayah percaya kat F, apa lagi yang tak cukup?

Kakak ipar aku masa tu hanya mampu nangis je. Last sekali, ayah aku cakap “Ayah bagi masa 3 hari untuk cari rumah sewa lain. Kalau lepas 3 hari tak pindah dari sini, ayah terpaksa call zul (abang kakak ipar) and ceritakan semuanya. Pasal duit yang dah ambil tu, takpe. Ayah halalkan”

And hari jumaat haritu, dia dah keluar dari rumah. And sebelum keluar rumah, ayah aku hulur RM500 untuk duit makan. Ayah cakap “kalau F tak buat benda ni, ayah takkan halau. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur”. Kakak ipar aku ni sebenarnya baik, tapi entah macam mana boleh terjebak dengan benda mengarut ni.

Pada yang bertanya abang aku takde tu kenapa. Ye, abang aku mn1gal sebab demam panas dan segala tanggungjawab semasa iddah, adalah dibawah keluarga suami. Parents aku memang tak bagi dia balik kampung (tinggal sana terus) tapi tak pernah kawal dia untuk balik kampung (jenguk). And abang-abang dia pun suruh tinggal dengan kitorang buat sementara waktu, sementara dia nak cari kerja kat kedah.

Yang pasal suap tu, bukan sebab kak F tak reti makan sendiri. Tapi sebab memang ibu and ayah akan suapkan anak dia. Contoh, aku minta ayah suapkan. Haa nanti ayah akan offer “F nak suap tak ?” Haa cenggitu lah.

Sekarang aku dah block dia dari semua socmed and semua apps yang membolehkan aku berhubung dengan dia. Korang yang ada MIL and FIL yang baik tu janganlah ambil kesempatan. Bukan senang nak jumpa yang baik tau, kadang MIL jadi tegas sebab ni la. Dia taknak menantu pijak kepala dia. Tapi aku tak boleh nak cakap lebih laa, sebab aku pun tak kahwin lagi kan. And umur pun baru 19 masih muda nak menggatal, apatah lagi nak cakap pasal rumahtangga ni kan.

Tapi jangan laa bila dah dapat MIL yang baik, korang pergi buat macam kakak ipar aku ni. Tak kemana pun, mula-mula happy-happy senang hati. Tapi bila dah kantoi, mana nak sorok muka. So itu saja pesanan aku. Assalamualaikum.

Sumber : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*