Lepas mak lahirkan Akmal, pakcik bagitahu ayah da kena tgkap basah – Perjuangan Mak bahagian 1

Foto sekadar hiasan.Aku harap sangat luahan ini dapat banyak komen yang positif. Aku nak tau jugak insights dan pandangan dari comment readers. Aku perluukan pendapat dari pelbagai pelusuk seantero supaya senang aku nk backup mak aku. Kenapa mak? Ok jap lagi cerita kan dekat bawah ni..Ceritanya begini, mak aku adalah ibu tunggal. Mak aku baru bercerrai 2 tahun yang lepas tapi dah 10 tahun ayah aku dah macam tak wujud pun dalam hidup kami.

Aku ada 3 orang adik. 1 lelaki dan 2 orang perempuan. Aku anak sulung dan jarak aku dengan adik nombor 2 agak jauh. Dalam 5 tahun. Ana, Adik perempuan nombor 2 umurnya 24 tahun (baru habis belajar), Ili adik perempuan nombor 3 umurnya 22 tahun (masih belajar) dan Akmal, adik lelaki bongsu 20 tahun (masih belajar).

Punca mak dan ayah aku bercrai adalah sebab ketidak adilan ayah dalam rumahtangga. Ayah beristeri 2. Isteri nombor dua ayah dulunya janda anak dua. Sepasang lelaki dan perempuan. Umur seorang sebaya dengan adik nombor 2 aku dan lagi seorang tua setahun daripada adik nombor 3 aku.

Sebelum ayah berkahwin dengan isteri dia mak tak boleh terima, Tapi sesudah ayah kahwin 10 tahun lepas mak redha je. Mak aku wanita bekerjaya. Seorang eksekutif di syarikat swasta.

Ayah seorang manager di syarikat swasta. Mak masih dipangkat eksekutif walaupun peers atau colleague sebaya mak ada yang dah level manager dan senior manager. Mak 55 tahun ni. Carrer path mak terbantut sebab ayah. Lepas Ana lahir ayah suruh mak jadi surirumah. Mak patuh dan akur. ayah memang throughout marriage selalu buat hal.

Pakcik aku cerita. Pakcik aku abang kepada mak memang tak pernah sorok kebencian dia dekat ayah sebab buat adik kesayangan dia macam patung cendana. Dia yang selalu jadi spy mak. Dia lah akan inform ape kt mak aktiviti luar ayah.

Kemuncak dia lepas Akmal lahir. Pernah ditangkap khalwat. Dan on off ada affair dengan orang yang berbeza-beza. Masa aku lepas SPM, mak buat keputusan untuk mula bekerja semula dan Alhamdulillah dia dapat kerja. Masa aku 19 tahun ayah berkahwin lagi satu.

Di mata aku mak tak ada kurangnya. Seorang yang berperwatakan lembut tapi tegas. Kami membesar dengan air tangan mak. Semua masakan mak sedap. Kami pernah pergi tuisyen bila membesar sebab mak ajar kami sendiri. Just name it. Add math pun mak masih boleh ajar lagi.

Tengok balik textbook sekejap dia dah boleh ingat. Rumah kemas dan bersih. Anak-anak semua cukup pelajaran. Nak cakap pandai sangat tu tidaklah. Tapi nak sambung degree tu bukanlah perkara yang mustahil bagi kami.

Bila kami keluar belajar masakan mak lah yang kami rindu. Dan bilik kami, baju kami bersih dan kemas sebab mak dah didik dari kecik lagi.

Lepas kahwin baru, ayah lebihkan keluarga belah sana. Balik kadang-kadang 1 malam. Kalau untung 2 malam. ayah buat rumah kami macam booth touch and go. Selama ayah dah berkahwin baru, cuma sekali sahaja raya dengan kami. Yang lainnya kami beraya dengan family sebelah mak.

Kami disini macam tak wujud. Duit bulan-bulan tetap ayah transfer walaupun kadang-kadang tak cukup. Mujur mak bekerja. Jadi dapatla mak tambah-tambah.

Untuk pengetahuan korang rumah yang kami tinggal adalah rumah yang mak dan ayah beli sama-sama masa awal berkahwin. Bila aku dah habis degree mak duduk berbincang dengan aku yang dia dah nekad nak bercerrai sebab ayah tak adil.

Aku tak boleh terima pada mulanya. Tapi aku masih ingat lagi masa kecil dulu bila lewat malam aku selalu bertanya pada mak.

Aku : Mak ayah mana?

Mak : Ayah kerja

Sedangkan ayah tengah sedap diluar sana dengan perempuan mana. Aku ingat lagi masa mak terkontang kanting buat bisnes jual kek cheese leleh sebab kami adik beradik sedih tengok ayah dengan family baru dia bercuti di Bandung.

Dan lepas tu kesana sini ayah bercuti. Kami hanya mampu tengok melalui FB ayah sahaja. Tak pernah ajak sekali. Hasil duit cheese leleh dan saving mak bawa kami dan nenek ke bercuti Sabah.

Bila abah balik, itu lah masanya mak nak update ayah tentang anak-anak. Tapi ayah cakap serabut. Sebab tu dia malas nak balik. Kami ni menyerabutkan ayah. Gduh prang dalam pantang dapat tahu suami kena tangkap khalwat. Countless time she cries because she was treated like an old rag.

Aku setuju untuk mak bercerrai. Full support. Akmal pun setuju. Dia dah hilang respect dengan ayah sejak dia dengar ayah cakap kami menyusahkan dekat mak satu hari tu di rumah. Masalahnya Ana dan Ili.

Bagi mereka kalau mak dan ayah bercerrai, kami akan jadi broken family. Kita memang dah broken bila ayah buat hal. Bila ayah tak adil. Bila ayah lebihkan anak tiri dia dari anak dia sendiri.

Selepas aku dan Akmal pujuk baru mereka terima tapi macam terpaksa.

Proses pencraian mak ambil masa kerana ayah tak nak lepaskan dia. 4 tahun. Dari aku 23 tahun sampailah aku 27 tahun dan dah setahun aku berkahwin barulah mak officially bercrai.

Itu pun bukan ayah yang laffaz. Atas perintah mahkamah. Alasan tak craikan mak sebab mak dengan dia sejak dia susah sampai senang. Dah tu yang ayah sksa mak kenapa? Ada yang kata ayah disihirlah apa lah. I don’t think so.

Fast forward 2 years, mak dah move on. Mak dan siblings pun dah pindah keluar sebab ayah nak jual rumah kami tinggal dari kecil tu. Ayah nak guna duit untuk modal business isteri dia. Kalaulah aku belum beli rumah joined loan dengan suami aku, pastinya aku akan beli rumah tu dengan ayah.

Memori kami banyak yang ada di rumah tu. With and without ayah. Mak sangat positif. Katanya harta ni, jangan dikira. Hak dia, tetap hak dia. Ini rumah ayah.

Sekarang dia nak semula jadi kita pulangkan. Ayah janji nak bagi sebahagian duit pada mak sebab harta sepencarian. Tapi tak tahulah dah beri ke belum. Bila aku tanya, mak kata jangan masuk campur.

Mak menyewa sekarang. Rumah teres setingkat. Cukup la untuk mereka berempat sebab aku dah duduk sendiri.

Sebulan lepas aku, mak , aku dan Fina ( anak aku, baby lagi pun) keluar bertiga. 3 generation day out gitu. Mak nyatakan hasrat dia nak kahwin.

Aku terkedu terdiam seribu bahasa. Aku pandang tepat dalam mata. Adakah ini serius atau cobaan??

Aku: Cepatnya mak move on. Baru dua tahun

Mak aku hanya senyum

Mak: Dua tahun bercrai. Lagi lapan tahun tu? Macam mana tu? Hihi

Mak aku tak gedik tapi bila aku fikir balik arghhhh serabut.. Aku btol2 blur biar betul mak aku ni.. Mungkin petang ni mak nak bawa aku jumpa uncle Man tu.

Uncle Man.. ok.. japg aku sambung lagi. Pada korang yg ada penglaman dan situasi mcm ni boleh share dan komen dekat bawah. Nanti aku update lagi. Assalamualaikum…

Sumber : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*