“Ko upload ni ye takpe2, ko tunggu Mark”- Bell Ngasri

Mengusik sahabat tu perkara biasa. Sedangkan kita pun begitu dgn kawan-kawan kita, apaatah lagi artis-artis tempatan kita. Seperti Mark Adam dan Bell Ngasri. Ramai sudah ketahui mereka berdua adalah pelawak tempatan yang sememangnya disukai ramai dan sangat suka mengusik rakan artis lain. Jadi tidak heran jika dua kawan ini akan mengusik sesama sendiri.

Baru-baru ini, Mark Adam telah berkongsi momen beliau ketika dalam penggambaran untuk sebuah filem berjudul Hero the Movie yang akan ditayangkan pada 3 Oktober 2019. Di dalam video berkenaan, terlihat Bell Ngasri harus menurun dari tingkat atas ke bawah menggunakan tiang tetapi beliau kelihatan begitu takut dek kerana masalah gayatnya.

Dilihat dalam video tersebut, Bell Ngasri kelihatan begitu takut untuk turun sehingga beliau menahan berat badan beliau dengan menggunakan pipi.

“Saya tak kan lupa, dia tahan pakai pipi bhai. Satu hari tu, Bell Ngasri jatuh tapi dia punya badan memang kuat, yg masalahnya dia memang takut tinggi” kata Mark Adam di laman instagramnya.

Menerusi ruangan komen video tersebut, dilihat Bell Ngasri memberi komen kepada Mark Adam dengan mengatakan beliau akan membalas kembali tindakan Mark kerana kongsi videonya gayat di atas tiang.

 

Dalam perkembangan baru Mark Adam,beliau sedang mempromosikan filem terbaru beliau Hero the Movie yang mengisahkan tntang kehidupan seorang bomba pada 3 Oktober ini.

Sumber : Ig Mark Adam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*