Kerana cemburu dgn hubungan Izmir dan adik angkatnya, Akhirnya sesuatu telah berlaku yg buatkan aku menyesal seumur hidup

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih atas respon yang baik dan ramai yang ingin tahu kisah selanjutnya. Baiklah Aku teruskan sajalah tanpa membuang banyak masa. Sejurus aku keluar dari rumah aku pulang semula buat seketika. Aku lihat keadaan rumah sunyi. Kunci rumah masih ada padaku. Mujur saja aku tak tinggalkan. Perlahan-lahan aku buka. Rumah kemas. Aku curiga kerana aku sudah menyepahkan sebelum keluar tadi.

“Jangan-jangan ada penceroboh?”. Tanyaku sendirian.
“Tak. Bukan penceroboh,”. Suara di belakang buat aku terkejut.
“Abang buat apa kat sini?” Aku cuak. Kekuatan aku makin memudar melihat suami sendiri di depan mata. Seakan lunyai segala perasaan dndam melihat wajahnya.

“Aik kenapa Za tanya? Ni kan rumah abang. Mestilah abang kat sini. Za pergi mana tadi? Dengan beg segala?”.

“Pura-pura tanya pulak,”. Aku jadi bengang tiba-tiba. “Takkan dia tak baca nota kecil tadi?”. Hati tertanya.

“Abang macam nampak Za kat pasaraya tadi. Betul ke?”. Izmir memandang aku tajam.

Hati berbolak balik. Aku jadi lemah. Aku rasa ingin ke pluukannya dan menghamburkan rasa yang bergelodak di hati. Namun, ada suara membantutkan rasa rindu.

“Siapa tu bang?”. Tiba-tiba ada suara perempuan menyapa.

“Isteri abang. Meh nak kenalkan. Za, ni adik angkat abang. Abang membesar dengan dia sampai dia umur 5 tahun,”. Aku memandang sebentar. Hati bagai dicarik-carik. Perempuan muda inilah yang aku nampak tadi. Dialah yang membuatkan aku merana dari pagi. Namun, isyarat suamiku untuk bersalaman aku terpaksa patuh. Lalu aku menyalami tangan dia.

“Kalau Za nak tahu, abang paling rapat dengan dia. Sampaikan orang ingat kitorang suami isteri. Kan Mia kan?

“Aah Kak Za. Kami memang kamceng. Balik sekolah abang bawak mandi sungai. Lawak je abang tak reti berenang. Terpaksa panggil orang tolong sebab abang Mir lmas,”.
Keduanya ketawa.

Hati aku mendidih serta merta. Perempuan ini hanyalah adik angkat. Tapi rapat sangat. Aku diasak cemburu.

“Tak apalah, korang boraklah dulu. Akak nak naik mandi. Penat kerja dari pagi tadi,” Sinis suaraku. Aku menaiki tangga tanpa menghiraukan jelingan Izmir. Aku tahu dia marah dengan sikapku yang sebegitu.

Ketukan pintu bertalu-talu membuatkan aku rimas. Kamar kami terganggu seketika. Lantas aku bangun membuka pintu. Seperti yang dijangka Izmir datang. Mukanya tegang. Aku tahu perbualan kami belum tamat. Aku buat muka selamba. Terus lompat ke katil semula.

“Kenapa ni?”. Tanya Izmir.

“Abang jangan tanya benda yang abang dah tahu boleh tak?” Aku membentak.

“Apa yang abang dah tahu? Pagi tadi kat pasaraya. Itu Za kan? Kenapa abang panggil tak menyahut? Abang balik tengok rumah bersepah. Kenapa? Za marah kat abang ke?”. Aku hanya diam membisu.

“Jawab Za!”. Izmir betul-betul dihadapan aku. Aku gerun pula. Nafas ditarik sedalamnya.

“Ya, memang Za ada. Nampak kemesraan adik dan abang kononnya tu,”. Sinis aku menjawab.

“Apa masalahnya? Itu adik abang. Bukan orang lain. Don’t tell me Za jealous dengan Mia?” Sengihan Izmir membuatkan aku lebih geram.

“Apa? Tak kuasa nak cemburu. Abang nak pluk ke ciium dia pun silakan. Za lagi suka,” Aku melawan.

“Jangan cabar abang Za,” Kata-kata dia langsung tak aku endahkan.

Terus lelaki itu keluar. Aku diam. Benarkah mereka ada hubungan istimewa? Aku curiga. Lantas aku perlahan mengintai ke bawah.

“Abang, awal turun. Tadi kata nak mandi?”

“Tak jadi. Kak Za tu menyanyi dalam bilik air. Alamatnya esok baru sudah,” Keduanya ketawa. Aku geram.

“Berani kutuk isteri sendiri?”. Monolog hati.

“Abang isteri abang cemburu ke kita berdua rapat macam ni?” Suara Mia manja. Aku makin geram.

“Biarkan dia cemburu. Dia tu cold hearted. Mana nak rasa apa. Dahlah jom kita makan dulu. Tunggu dia boleh kebulur abang,”. Mia ketawa lembut. Aku dengar mereka berborak lagi. Lagi dan lagi. Api cemburu makin menjadi-jadi. Lantas aku turun juga.

“Eh kak. Dah mandi? Meh makan sama. Nak Mia sendukkan nasi?”. Aku nampak Izmir sikit pun tak kisah.

“Tak apa. Akak boleh buat sendiri. Mia tu tempat duduk akak,”. Sengaja aku tegur. Mia segera bangun namun Izmir menghalang. Pergelangan tangan Mia digenggam erat. Mata aku tak salah lihat. Sewenangnya mereka membuat drama. Namun, aku gagahi jua.

“Tapi akak punya tempat. Mia boleh makan sebelah sini,” Mia bersuara lembut. Aku menjadi semakin menyampah.

“Dahlah Mia. Makan jelah. Perut akak masuk angin pulak kalau asyik berebut kerusi,”

Semua kembali senyap. Aku makan ala kadar. Sengaja membiarkan pinggan tak basuh. Kjam tak kjam. Aku tak suka berkongsi suami. Aku nak Izmir pilih antara dua malam ni juga.

Selang beberapa ketika, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun kami teruskan juga perkahwinan yang kononnya kontrak ini. Dan ada pada suatu ketika tu, aku termenung melihat kanak-kanak bermain, berlari mengejar antara satu sama lain.

Aku tersenyum melihat telatah mereka. Sayang sekali itu bukan anak aku. Ya, mana mungkin aku ada anak. Peristiwa lama mengimbau diri aku kepada segala kepahitan dulu.

“Eh termenung kenapa ni?” Izmir menegur. Tangan aku dipegang erat. Dia seakan memahami. Aku bersyukur mempunyai suami sepertinya.

“Tak ada apa bang. Seronok tengok budak-budak ni main,”. Jawabku.

“Janganlah sedih sayang. Kita usaha lagi okey?”.

“Kalaulah malam tu Za tak bergaduh dengan abang. Semua ni takkan jadi. Maafkan Za, bang. Za tak tahupun yang Mia tu anak kepada mak susuan abang,”.

Mata aku mula berkaca. Keegoan akhirnya memakan diri sendiri. Aku memaksa Izmir memilih antara aku dan Mia. Izmir tercabar dengan kelantangan suara aku. Dia memilih Mia untuk menyakiti hatiku.

Aku keluar dari rumah tergesa-gesa. Akhirnya aku kemlangan. Kesan kemlangan yang masih ada. Kesannya sungguh paarah hingga membuatkan aku menyesal tak sudah.

“Hei, kenapa nangis ni? Semua dah ditakdirkan sayang. Kalau tak sebab kemlangan tu kita akan bercrai. Sayang nak ke? Pasal anak tu rezeki pasti akan ada kalau kita rajin berusaha dan bertawakal kepada Allah,”. Aku menangis.

Suamiku dipluk erat. Erat seakan tak mahu dilepaskan. Cinta memerluukan pengorbanan. Aku tak sanggup mengorbankan ego aku akhirnya mengorbankan satu nyawa berharga. Ya, anak aku mti. Aku keguguran saat kmlangan. Aku tahu anak itu pasti tak mahu ibu seperti aku dan kerana itulah dia memilih untuk ke alam lain. Aku redha.

“Abang akan tetap sayang Za sampai bila-bila. Abang tak pernah salahkan Za sebab anak kita tu. Walaupun kita kahwin bukan atas dasar cinta, tapi kita berjaya pupuk dan semai rasa cinta tanpa kita sedar. Abang cintakan isteri abang satu-satunya. Jangan cemburu lagi sayang. Abang tak sanggup kehilangan buat kali kedua,”.

Aku menangis bahagia. Pluukan takkan pernah terlerai umpama kisah cinta kami berdua yang takkan berakhir. Aku akan jaga hubungan ini sebaiknya. Aku janji.

Aku berjaya tamatkan cerita ni. Tak ada sad ending sebab tak reti nak menulis sangat. Apa-apa pun aku minta maaf sebab memang tak boleh nak penuhi permintaan dan kepuasan hati semua orang. Aku buat sekadar yang mampu, berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku.

Sumber kisah jalanan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*