“Kekandaku, engkaulah refleksi Rohban yang sebenar. Semangat juangmu tidak dapat kami tandingi” – Rintihan Adik lelaki Arrwah Faziani

Satu malaysia terkesan dengan pemergian faziani pengasas dnars, tetapi ternyata keluarganya lagi terkesan dan masih bersedih dengan pemergian arrwah. Menurut luahan adiknya di ruangan fb miliknya menyatakan kakaknya adalah refleksi rohban yang sebenar, semangat juang kakaknya tidak dapat di tandingi. Melalui rintihan itu juga terselit kata kata rindu terhadap arrwah kakaknya Faziani. Jom kita baca di bawah

Kekandaku,hari ini genap seminggu perpisahan ini terjadi,namun setiap kenangan kita waktu aku membesar,sepanjang aku berada di sisimu bermain di benak fikiran ibarat tiada penghujungnya,masih aku dapat melihat cara kau berjalan dari rumahmu menuju ke rumah umi,masih terngiang suaramu menjerit memanggil nama puteraku saat kau pulang dari kerja luar,

Kekandaku,aku impikan untuk kita 7 beradik meniti hari tua bersama,berkawan bersama,di saat anak2 kita mungkin sudah punya haluan hidup mereka,di saat mereka berjauhan dari kita maka ketika itu kita bertujuh saling melengkapi,saling menemani..sungguh aku bayangkan pada dan ketika itu lah saat kita akan dijemput oleh yang Maha Esa satu persatu,aku terlupa pada takdir Allah tidak berlaku mengikut kehendak kita,aku terlupa bahawa maut kita sudah ditulis semenjak berada di dalam kandungan Umi tercinta

Dan sekarang terjadilah perpisahan ini,masih aku ingat saat aku menerima berita pemergianmu,terasa kepala dihentak dengan hentakan yang sangat dasyat,dunia ini terasa gelap,namun janji Allah melegakan aku,sesungguhnya di sebalik ujian ini aku pasti Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik kepada kami..setiap ahli keluarga,sahabat,dan orang luar turut sama bersedih di atas pemergianmu,banyak cerita-cerita mengenai kebajikan mu semasa hidup dicanangkan oleh mereka-mereka yang pernah mendapat pertolongan dari mu,engkau mn1ggal pada 10 hari yang kedua bulan ramadhan di mana Allah telah menjanjikn keampunan bagi mereka yang meminta dari Allah

Dulu kuatnya kita kerana 7 Anak Rohban,suara kita bulat,kita saling bergantung pada satu sama lain,kita dididik oleh insan istimewa,walaupun perginya tidak mn1galkan satu sen harta tapi dia tinggalkan muafakat antara kita,setia antara kita,kasih sayang antara kita..dan seminggu sebelum engkau mn1galkan kami kau sempat memberi pesan kepada semua cucu Abah supaya sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan ini,sentiasa utamakan keluarga melebihi orang lain,katamu contohilah kamu dan adik beradikmu,yaa itulah pesanan terakhir mu kepada semua anak saudaramu dan aku berharap mereka akan mengingatinya sampai ke penghujung nyawa mereka.

Kekandaku,4 dari kami mungkin anak lelaki Rohban namun engkaulah refleksi Rohban yang sebenar,semangat juangmu tidak dapat untuk kami tandingi,kau memiliki sekeping hati yang luhur dan jiwa yang kental..amanahmu akan kami galas,pewaris mu akan kami jaga (Aqbar),mungkin dia perluukan sedikit masa tapi aku yakin pengalaman akan mematangkan dia,aku yakin dia mampu membawa kami pergi lebih jauh..masih aku ingat amanahmu kepada kami supaya anakmu dijaga dengan baik dan untuk itu aku berdoa pada Allah supaya janganlah hati ini dibolak-balik,dan aku setia memegang amanah ini hingga ke akhir hayatku

Kekandaku,damai lah engkau di sana,kita hanyalah berjauhan tapi saling merindui,seperti kata abuya “merindu kepada perindu merupakan satu kemanisan,s4kit itu apabila merindu tapi tidak berbalas”aku akan sentiasa berdoa padamu wahai kandaku,dan aku akan berdoa supaya satu hari nanti kita semua,Abah,Umi dan semua Anak Rohban akan berkumpul lengkap sekali lagi di syurga Allah..inshaAllah.

Apa komen ntizen:

Afiza Ismail : alfatiha…saya pun rasa sebak bila baca semua cerita tentang beliau setelah permergian beliau..walaupun sebelum ini saya x pernah mengenali beliau dan tak tahu beliau siape..tapi saya yakin beliau adalah org yg sangat2 baik inn syaa Allah….

Kasma Idola : Alfatihah..kami rasa cemburu dengan perhubungN arrwah dengan adik beradiknya.yaa Allah kau bukak kan lah pintu hati adik berdik kami agar mengasihi antara satu sama lain..tiada hrta peninggLan org tua yg paling berhrga selain kasih sayang adik berdik aamiin

Suhailiza Shukor : Tak pernah tahu kisah kebaikan arr wah… tapi bila dah tiada baru sedar arr wah wanita yang ikhlas dlm memberi tidak menunjuk2

Norhayati Omar : Hebatnya Arrwah,kuatnya ikatan adik beradik DIA.Semoga adik2 kak pun menghargai n menjadi kekuatan antara Satu Sama lain.

Tuan Hafizah Rubina : InsyaAllah.. syurga rindukan org seperti arrwah.. infaq kan harta ke jalan Allah.. kaya dan berjaya dgn tujuan membantu ahli keluarga dan insan2 yg memerluukan..sebaik2 manusia ialah manusia yg memberi manfaat kpd org lain (HR Ahmad).. smoga arrwah ditempatkan bersama para solihin.. aamiin yaa Mujib. Alfatihah..

Sabariah Abd : Tidak mengenalinya tapi dia d sanjung dn d syg setelah dia tiada…hati ini sebak sgt setiap kali mmbaca kisahnya…setelah dia pergi baru ku tahu siapa wanita hebat ini sebenarnya

Noorhayatie : Al..fatihah….utk arrwah kak ni….walaupun saya xpernah bersua tpi hati ni terlalu sayu sgt bila trrlihat wjh dan membaca cerita tentang arrwah….semoga surga la tempatnya disana….Aamiinn…..

Sumber : FB Faizan Rohban

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*