Kek setinggi 20 kaki jatuh berderai, Tak sangka ini respon Dato Alha Alfa

Semua orang ada persandingan idaman dan persandingan itulah menjadi memori di dalam hidup kita setelah bergelar suami isteri. Tetapi bukan segala perkara akan berjalan dengan lancar didalam sesebuah majlis termasuklah ketika dalam majlis resepsi Dato Alha dan isterinya, Azlin Ismail. Dukacita telah diberitahu, kek perkahwinan mereka yang setinggi 20 kaki itu telah jatuh berkecai dalam majlis beliau di Dewan Mindef.

Dilihat di dalam video tersebut kek itu terjatuh ke belakang sementara para jemputan sedang mengambil gambar bersama pengantin di hadapan kek tersebut. Syukur tidak jatuh ke depan mengena pengantin dan tetamu dan belakang kek juga tiada siapa yang berada disitu.

Dilihat juga dilaman instagram Dato Alha, beliau sangat positif dan menerima situasi ini dengan redha dan menganggap rezeki mempunyai kek itu berhenti disitu sahaja. Beliau juga berkata memori yang terjadi itulah akan dikenang sampai bila-bila.

“takpelah rezeki takat tu je..sy xmarah pun hehehe beratus kali depa mntak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tgh2 rumah..hahah hbis berderai semuanya. ape pun abg nasgreatidea_weddings mmg superb kek tu..xpe kek boleh carik,..kenangan yg terjadi tu memory selamanya.

Sorry yg xdapat merasa kek tu..syukur xde org kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti kek ni punya berat maybe meja yg support tu pun dah menyerah diri dah tggu masa je bergegar skit paammmm!! habisss~ macam manusia jugak..emsem camne pun hati rapuh jugak..

Tqsm pada semua yg hadir semalam..sy dah isteri amat menghargai..mintak ampun mntak maaf jika ada kekurangan dari pihak kami..love u guys #alhaalindreams”- kata Dato Alha.

Netizen juga sangat memuji akan sikap Dato yang sangat positif dengan apa yang berlaku.

Namun begitu,majlis masih berjalan lancar dan suasana dan pelamin Dato Alha Alfa tersergam indah dan cantik sekali.

Tidak apa Dato. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Dan yang pasti Allah takkan memberikan sesuatu ujian itu tidak setimpal dengan kemampuan kita.

sumber : ig Alha Alfa, Alhaalin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*