Kau berubah ni sbab bulan puasa je kan,lepss dah habis puasa bukak lah balik tu kan, tabahkanlah hati pramugari Nora

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini.Harap korang semua dalam keadaan sihat walaupun cuaca kita sekarang tak menentu.Pagi2 ni lpas sahur saje aku tulis pasal buruk sgt ke kita yg perempuan ni nak berhijrah pakai tudung?? May be ada orang kata isu bertudung ni agak cliché and biasa dengar tapi bagi saya, nak mula bertudung bukanlah sesuatu benda yang mudah.Banyak pengrbanan perlu dilakukan,kena kuat mental dan fizikal jika dulu kita free hair mahu bertdung.

Segala tingkah laku ko semua mencermin kan keadaan ko yg sebenar.Baik dari segi perckapan,cara berfikir,waima cara makan pon boleh jadi point kalau orng nk kutuk.Siapa setuju dengan aku?Btol kan?

Ok da bnyk melalut da ni,aku nk sebnarnya nk cerita pengalaman BFF aku memilih untk pakai tudung.Beberapa hari lepas kawan baik saya datang jumpa saya sambil menangis-nangis. Sedih sangat dia bila ramai orang kecam bila dia mula bertudung. Kawan saya ni saya kenalkan sebagai Nora (bukan nama sebenar).Nora ni berasal dari Puchong,Selangor.

Budak bandar la dikategorikan.So,Nora ni mmg dari kecil mmg hidup dalam bndar metropolitan.Kalau tudung memang jauh dr pandangan dia la kalau nk pkai dulu.Sbb Nora ni mmg dari sekolah tak pakai tudung.Sekolah concent dgn sekali sy time tu.So,I know her very well.

Nora: Panas..Panas…Eh ko tak panas ke pakai tudng tengah hari buuta mcm ni? Ko buka je la..rimas aku tngok.

* Aku hanya tersenyum,hanya cakap..

Aku: Panas tu mmg panas beb,cuaca pula makin panas skang,tapi tu la..ini kan kewajipan kita sebagai orang beragama islam.Ko ni kan..hahah.Nk aku ceramah ke kt telinga ko ke makcik?

Sebenarnya Nora ni merupakan peramugari di syarikat penerbangan tempatan .Kalua aku sebut korang mesti tahu company apa..tp biarlah ia dirahsiakan.Nora ni dia memang cantik, putih gebu dan tinggi lampai persis model.

So, memang dia free hair sepanjang masa since kerja kat situ 5 tahun lepas. Nora ni memang kawan yang baik & friendly. Saya kenal dia pun secara kebetulan. Saya seronok berkawan dengan dia kerana dia jenis yang lembut & tak pernah nak s4kitkan hati saya.

Ok back to the topic, Nora dah lama sebenarnya nak bertudung cuma kekangan kerja yang nak dia free hair sepanjang masa membataskan niatnya yang satu tu.

Dia sebenarnya dah bosan hidup sebagai peramugari dan kerana pekerjaan dia tu ramai lelaki-lelaki buaya darat nak ambik kesempatan dengan dia. Baju uniform pon jgk agak sksi,ketat dan terbelah sana sini mendorong dia lagi kuat

Tapi iman dia kuat, memang dia berjaya menangkis segala cubaan s*ksual padanya. Dia cuba digelapkan dengan wang .Paling tinggi die pernah ditawarkan 20k. Dia rasa pakaian seragam dia, pakaian dia kat luar sana dan sebab dia free hair yang menyebabkan orang laki fikir dia ni prempuan murah dan senang dibuat macam-macam. Dia mula rasa rimas dengan keadaan macam tu.

Tapi yang bagusnya Nora ni walaupun rakan-rakan lain semua jenis sangat ssial tapi dia pandai jaga maruah diri & tak pernah pi pub atau minum ark.Dok check in hotel merata tempat,asal boleh je jalam.Tapi berbeza dgn Nora masa dia banyak dihabiskan dengan balik kampung atau shopping.

Akhirnya tahun ni seminggu sebelum bulan puasa hari tu kali ni dia beritahu saya yang dia tekad untuk bertudung dan terpaksa kerja office biasa je sebab kalau bertudung dia dah tak boleh fly & jadi peramugari macam sebelum ni. Excited gila Nora cerita kat saya pasal penghijrahan dia tu.

Time dia cerita tu seperti melepaskan bekung didada sendiri.Bangga seperti her0in hindustan.Nora cakap dia tak kisah kerja apa asal dia boleh bertudung. Dia sanggup bergaji lebih rendah dari dia terus rasa berdosa kerana bukak aurat pada yang bukan mahram.

Saya bangga dengan perubahan dia dan memang saya bagi sokongan penuh pada niat dia tu. Tak ramai orang sanggup tinggalkan kerja glamour kerana nak kejar syariat Islam.

Tapi tu lah, bila orang baru nak berhijrah ni memang banyak betul dugaannya . Hari pertama dia bertudung, kawan-kawan dia gelakkan dia cakap “apasal buang tabiat pi bertudung pulak, bajet suci ke?”

Kawan-kawan laki siap cakap, “kau berubah ni sebab bulan puasa je kan? Lepas dah habis puasa bukak lah balik tu kan?” Yang si perempuan pulak perli-perli cakap “owh islam kau rupanya ye?” padahal yang perli tu pun islam jugak cuma tak bertudung je. Fuhh ayat depa, memang saya yang dengar pun panas telinga.

Paling menykitkan hati dia bila ada passenger non mslim tanya dia, “why you cover your head?”. Masa tu Nora terasa sedih sangat tak tahu nak kata apa. Dia rasa macam hina sangat je bila dia bertudung.

Tak ramai orang support dia untuk bertudung walhal kawan baik dia sendiri . Tapi nasib baik keluarga dia bagi sokongan penuh.Time tu juga Nora seperti hilang arah.

One day dia jumpa saya dan ceritakan semua pengalaman dia yang baru 2 minggu bertudung . Dia menangis-nangis tersesak-esak sambil tanya saya, “hina sangat ke Nora bila Nora pakai tudung? Nora pakai tudung je bukan bogel, tapi kenapa orang pandang hina kat Nora?” Memang saya nampak Nora macam dah putus harap sangat dah.

Saya tak tahu nak cakap apa. I’m totally speechless. Tak sangka banyak dugaan orang yang baru mula nak bertudung ni. Kalau saya bertudung dari kecil ni jarang face situasi macam tu.

Saya cuma boleh cakap , “Nora, bertudung ni tak hina tapi yang hina orang islam sendiri yang rasa bertudung ni old fashion & pelik. Yang hina orang yang anggap orang islam bertudung ni hina. Nora kena kuat sebab memang banyak dugaan bila kita nak berhijrah ni.

Semakin kita nak berubah & jadi lebih beriman, semakin banyak ujian yang Allah hadirkan untuk uji keimanan kita. Sekarang ni Nora fokus je apa yang Nora nak je, jangan pedulikan orang lain. Jangan fikir apa orang nak kata tapi fokus pada niat asal Nora nak bertudung.

Lama-lama nanti diorang diam la tu. I know you know what you want in life. Your life is yours, diorang tak berhak kacau hidup Nora..”

Tangisan Nora semakin kuat. Berkali-kali dia ucap terima kasih sebab saya support dia. Kesian Nora. Dalam hati saya cakap Yaa Allah, Engkau kuatkanlah hati kawanku ini. Saya tahu tak mudah untuk mula bertudung di kalangan kawan-kawan semua yang jenis mulut tak ada insurans.

Tapi untuk sahabat kat luar sana, saya merayu tak kiralah awak islam ke tak islam, free hair ke bertudung, bagi lah support sepenuhnya pada orang yang baru nak berhijrah. Jangan la sesedap mulut je kecam dia. Kalau kita belum terbuka hati nak berhijrah, sekurang-kurangnya jagalah percakapan supaya tak menyakitkan hati kawan.

Sebab percakapan melambangkan keperibadian kita. Orang nak berhijrah ni hati dia fragile sangat, iman baru nak develop, so jangan sebab mulut-mulut jahat menyebabkan iman dia goyah dan heret dia ke arah kehancuran pulak.

Berdosa tau kalau kita jadi penyebab yang menyekat dia untuk terus berhijrah. Jangan obsess sangat dengan gaya hidup moden sampai membelakangkan ajaran agama Islam yang sebenar.

Saya pelik bila orang islam sendiri merasa bertudung ni pelik . Pelik sangat ke ajaran Islam ni? Pelik sangat apa yang Allah suruh ni? Kita ni hidup di dunia bukan selama-lama. Daripada kita tambah dosa dengan perli-perli kawan yang nak berubah, better lihat diri sendiri dan tanya diri dulu, aku ni dah cukup sempurna ke?

Dah cukup layak ke aku nak jumpa yang Maha Pencipta. Kalau rasa diri belum sempurna dan belum layak nak kembali pada fitrah, better diamlah. Sesungguhnya diam lebih baik. Stop condemn orang.

Saya pun tak sempurna. Saya hormat semua kawan-kawan saya sama ada mslim ke non mslim, free hair ke tak free hair. Tapi saya rasa agak skit,terkilan & sedih bila isu tudung ni dianggap perkara yang menjengkelkan.

Ada beberapa kawan saya yang free hair dulu cuba berhijrah macam Nora tapi disebabkan mulut-mulut jahat dan tak ada support dari kawan dan keluarga akhirnya diorang kecundang & kembali pada asal. Saya tak salahkan diorang 100% tapi environment yang menyebabkan diorang susah nak berubah.

Saya harap Nora kuat nak hadapi dugaan bertudung ni dan saya doakan dia jadi jauh lebih baik dari sebelum ni. Saya dah janji dengan dia, akan support dia sampai bila-bila sebab saya anggap dia macam adik saya sendiri.

Saya mohon sahabat-sahabat pembaca tolong doakan Nora jugak.Terima kasih dan maaf kalau ada terkasar Bahasa.Salam ramadhan kredit cerita ohsem.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*