Kali ni da 2 kali aku tuntut fail pncerraian, ko tahu aku bru lpas bersalin knp bagi aku mkn nasi goreng kampung pedas

Foto sekadar hiasan. Aku mawar, 20-an, dah berkahwin 5 tahun & ada 2 orang anak. Sebelum aku mulakan cerita ini, harap2 takde komen macam yg kondem aku tambahan di bulan puasa ini. Aku akui kekhilafan aku ni. Aku buntu sangat sekarang ni samada untuk bertahan lagi dalam rumah tangga ni ataupun angkat kaki. Aku tak jumpa bahagia yang aku cari.

Seringkali aku dengar orang kata “fikir anak2, kesian dekat diorang” habis siapa nak fikir aku? Mertua aku pula setiap kali kami laki bini gduh dia akan cakap “tak kesiankan mama ke?” Habis siapa nak kesian aku?

Salah ke aku angkat kaki? Adakah keputusan aku untuk bercrai itu satu keputusan selfish?

Sebolehnya aku tak mahu cerita 100% masalah rumah tangga aku, aku cuma akan cerita sikit2 supaya korang faham situasi aku. Mcm aku cakap tadi aku dah kawin 5 tahun dan aku duduk rumah mertua.

Kami dah bercrai 2 kali sebelum ni dan sekiranya aku tuntut fasakh kalini, there’s no turning back.Crai kali pertama disebabkan aku tak tahan setiap kali gduh dia akan naik tangan.

Yes aku lwan balik, kaw kaw bertmbuk macam wwe. Oh ye, kadang2 parang naik. Tak dia yg naik, aku yg naik. Kecoh, babitkan polis semua, end up kami rujuk.

Dia tak naik tangan dah skarang, kadang2 je ada la. Tp jgn risau, dia lempang aku, aku lempang dia balik. Aku bukan jenis perempuan yg da kena terajang pun diam tepi bucu katil.Cerrai kali kedua disebabkan perangai dia yang tak berubah2.

Nafkah–culas.Kami sama2 berniaga. Dia ada biz dia, aku ada biz aku. Tapi sehingga sekarang, biz aku shj yg alhamdulillah membuahkan hasil. Manakala dia, kejap ada kejap takde sales dan kebanyakannya takde.
Sepanjang 5 tahun kahwin, memang aku banyak bising bab duit.

Tapi bukan duit nafkah aku yg aku bisingkan tetapi nafkah anak2. Dah duduk rumah mertua, sewa tak payah bayar, duit makan pun tak hulur apatah api air, kereta mertua bagi, masih lagi tak dapat bagi nafkah anak2 dengan konsisten.

Setakat bulan 4 tahun 2018 ni, baru 3-4 kali dia bagi duit susu & pampers. Nafkah aku? Ada la sekali dua dia belikan baju raya. Tapi aku tak kisah sangat pun sebab aku tau dia tak mampu..tapi nafkah anak tu..

Dia kata bukan salah dia, Tuhan belum bagi rezeki lagi. Dia dah usaha tapi Tuhan belum takdirkan lagi yg biz dia menjadi jadi aku tak boleh salahkan dia.

Aku buntu lagi.Masa–tak ada.Aku cemburu tengok pasa ngan suami isteri yg diwaktu hujung minggu luangkan masa bersama. Aku tak mintak dia bawak aku jalan2 pun, cukup duduk dekat rumah dengan aku dan anak2. Layan anak main, tengok tv sama2 ke.

Rutin dia setiap hari, bangun pergi pejabat, kadang2 balik pkul 7 petang. Pkul 9 malam keluar balik pergi pejabat sampai pkul 2 3 pagi. Kadang2 dari siang straight sampai 2 3 pagi. Macamtu juga weekend.
Duitnya takde jugak. Ha bila aku cakap macamtu tau pulak dia melenting.

Oh ye, dia memang pergi pejabat takde melencong tempat lain sebab dekat pejabat tu ada staff2 dia tinggal sana so lepak2 sekali la. Sebelum ni aku ikut dia, balik pun sekali 2 3 pagi tapi lama2 aku tak larat, aku pilih untuk duduk dekat rumah waktu malam.

Kalau ada dekat rumah masa weekend pun, dia akan main handphone dalam bilik je, cukup masa dia keluar rumah pergi pejabat and the routine goes on like that.

Tenaga–haihhh.Kenapa la engkau tak ikut macam bapak kau wahai suami, rajin tolong mama buat kerja rumah. Suami aku, malas taktau nak cakap macamana. Ye kadang2 dia ada tolong mandikan anak, KADANG2 YE maksudnya macam sebulan 5-6 kali gitu.

Hantar anak pergi sekolah pagi2 pun aku. Dah dia tidur lewat takdenye dia nak bangun pagi2. Ambik pun aku. Cuci kereta pun aku. Bila suruh dia, melenting2. Bila aku nak buat tak bagi katanya nanti aku mengungkit.

Last2 sampai la harini dah 3 bulan tak cuci kereta. Sebab “kononnya aku ungkit” juga lah terjadi bilamana anak ke 2 aku dah 5 bulan baru daftar JPN dan last2 aku yg daftarkan. Kerja2 rumah yg lain tak payah cakap lah. Pinggan makan sendiri pun taknak basuh.

Aku pun bukan isteri yg baik–yang sabar, yg diammmm je bila kena apa2. Memang selalu aku whatsapp panjang menjela dekat dia, ada masa aku dah meletop memang kata2 carutan keluar. Dia kata aku punca dia berperangai macamtu. Tapi, kenapa dia tak faham kalau dia tak buat perangai, kenapa aku nak marah dia, kan?

Aku taknak krbankan kebahagiaan hidup aku yg mungkin lagi 50 tahun dengan orang yg aku tak boleh bahagia bila bersama dengan dia.

Aku taknak hidup dengan orang yg marah aku bila anak tak behave di tempat orang ramai–tu kan anak kita, kenapa aku yg kau marah? Kau cuba la suruh dia behave.

Aku cemburu bila tengok abang ipar aku uruskan anak dia bila diminta isterinya tanpa berhentak2 sebab dia tau tu memang tanggungjawab dia. Anak buat sama2 kan–kenapa isteri je yg kena buat.

Aku cemburu bila tengok suami2 yg belikan barang dapur untuk isteri di pasaraya sedangkan suamiku nak suruh dia beli susu anak pun dia tak hingin, kalau aku berkeras baru dia pergi, itupun dia berhentak2–sedangkan duit susu pun aku yg bagi.

Aku cemburu tengok kawan2 anak aku yg dihantar oleh ayah mereka ke sekolah sedangkan suamiku sedap tidur dekat rumah.

Aku cemburu bilamana waktu aku mengandung dulu, isteri2 ditemani suami setiap kali checkup sedangkan suamiku bukan tak boleh tapi dia tak mahu sebab kena tunggu lama. 2 kali pregnant, checkup kali pertama je dia teman. Itupun aku kena mrah kononnya menyusahkan dia.

Sebabtu aku nekad dan tekad taknak pregnant lagi sebab kedua2 pregnancy journey aku sangat menyakitkan. Ha kalau nak cerita yg ni sampai esok tak habis. Tapi sikit la aku cerita, boleh bayangkan tak aku baru lepas keluar bilik bersalin, nurse hantar ke katil, dia datang bawak nasi goreng kampung yg pedas. Ye memang aku suka pedas tapi aku baru lepas bersalin, bro.

Ok takpe mungkin dia tktau, jd aku mintak bubur. Dia takmau beli katanya jauh dan dia terus balik mn1galkan aku dalam kelaparan dan kepenatan selepas meneran anak dia yg kedua

Aku cemburu bila tengok suami orang lain basuh kereta, jaga maintainance kereta. Aku? Tukar minyak hitam pun aku la yg buat selama 5 tahun kahwin ni apetah lagi maintainance2 lain mahupun cek air dalam kereta tu. Duit tentulah duit aku, tapi salah ke engkau wahai suami offer diri bawakkan kereta pergi ke bengkel.

Aku cemburu bila tengok suami isteri lain “tak bergaduh”. Maksudnya kalau gaduh pun orang taktau. Tapi aku? Setiap kali gaduh (dan kitorang mmg kerap gaduh) dia akan meninggi suara yg memang tinggi sampai 1 lorong ni boleh dengar, mertua aku memang tau la.

Tak kira kat mana pun kitorang ada, dekat pejabat ke, rumah mak aku ke, macamtulah dia, takde nak control, takde malu malau orang tau kami gaduh. Aku malu sangat2. Sampaikan anak aku boleh cakap apa tau dengan sepupu dia “mama ngan papa kite memang selalu gaduh pun, jom masuk bilik lah”–dan masa tu kami tengah gaduh.

Ah, tak tersenarai kalau aku nak cerita betapa aku mengiginkan segala perkara2 kecil ini terjadi pada aku. Ye mungkin nampak kecil, basuh kereta, belikan susu, bawak aku dan anak2 pergi taman etc tapi tu la yg aku inginkan, itu la yg aku impikan dalam hidup berumah tangga–bukan tengok suami orang buat tu aku pun nak suami aku buat tu–tapi itu lah impian aku bila berumah tangga!

Bukan aku tak pernah suarakan benda2 ni kepada dia. Pernah dan banyak kali. Tapi takde perubahan. 5 years and no changes. Jangan suruh aku tegur dia pasal solat dia akan melenting. Dia mmg solat, tapi entah mcmana dia solat aku tktau la, kalau ikutkan apa yg aku belajar tak sah cara dia solat, dengan fatihah tak dibaca dengan kuat etc.

Aku buntu.Baru2 ni kami bergaduh besar lagi dan kalini aku tekad untuk bercerrai. Tapi aku taktau nak minta pendapat siapa. Kalau nak pergi kaunseling, dia takkan nak pergi dan aku rasa org kaunseling cuma akan bagi kata2 positif walaupun aku rasa dah takde positifnya lagi.

Nak tanya mak ayah aku, diorang jenis tak supportive malahan akan menyalahkan aku yg nak kahwin dengan dia. Mana laaaa aku tau lepas kahwin perangainya jebon mcm gini

Ye memang kalau aku tengok orang lain yg lebih merana, lelakinya kaki perempuan lah kaki juudi lah kaki ddah lah, masalah aku ni apa lah sangat kan. Tapi itulah, aku pun nak bahagia juga. Kenapa aku kena bertahan sedangkan mungkin aku lebih bahagia jika aku bercerrai?

Aku bertahan selama 5 tahun yg bagi aku mcm 50 tahun ni pun sebab mertua aku. Diorang tersangat2 lah baik. Kaki aku selangkah kedalam ni pun sebab aku fikirkan diorang kalau tak memang da lama aku angkat kaki. Tapi, aku nak bahagia jugak..

Tolong berikan aku pendapat sebelum aku pergi mahkamah untuk buat tuntutan fasakh..Aku perluukan bantuan dan komen yg membina. Salam ramadhan..

Smber : ceritaohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*