“Kalau tidak kerana agama mana mungkin dia sehebat ini” – Bonda Rozita

Kebiasaannya netizen suka mengikuti perkembangan Dato Aliff dengan ceritanya yang selalu trend, manakala Datin Shahida ramai yang suka ikuti pekembangan Datin Shahida kerana sifatnya lemah lembutnya, sifat keibuannya dan kekuatannya sebagai seorang isteri ibu bekerjaya. Datin Shahida yang tengah sarat mengandung anak kelima dan baru pulang dari ibadah haji baru baru ini. Datin Shahida berkongsi video dia bersama sama anaknya hari ini membuatkan ramai sebak.

Melalui perkongsiannya di Instagram miliknya, dia menyatakan yang dia agak sayu apabila anak anaknya berebut untuk mengurutnya, apabila dia tengah berehat.

Sayu rasa bila anak bergaduh2 sebab nak urut mama dia…dia tahu mama dia tgh bawa adik dalam perut…..saja saya mengusik cakap x best ammar urut dia ketawa je cakap mama ni kena lah pandai bersyukur

Saya sayangkan anak2 saya mcm nyawa saya…kalau boleh ganti saya gantikan. doa saya mudahan anak2 saya jadi anak yg baik dunia dan akhirat

Kepada ibu saya dan mertua yg saya kasihi juga terima kasih meyayangi saya rohanihassan7561, bondarozitaibrahim .
Ibu, dialalah orang pertama yang telah merawat kita sampai sekarang, jika bukan perjuangan seorang ibu, mungkin kita tidak akan ada di dunia ini. Seorang ibu adalah penerang dunia bagi setiap anak yang terlahir di dunia ini.

Tidak boleh kita bayangkan, begitu banyak perjuangan seorang ibu yang telah dikrbankan, baik tenaga, waktu, fikiran dan harta, tidak hanya itu saja, pengorbanan yang tidak terbayangkan selama 9 bulan beliau mampu untuk membawa kita kemanapun seorang ibu berada, meski kita berada diperut beliau.

Datin Shahida juga turut mengucapkan terima kasihnya kepada ibu kandungnya dan mak mertuanya Bonda Rozita.

Manakala rata rata netizen turut merasa sebak dengan perkongsian Datin Shahida dan bertanyakan keadaan Datin.

Ada juga menyatakan Datin Shahida selalu bersedih sejak kebelakangan ini. Apakah punca sebenar?

Bonda Rozita turut memuat naik status di ruangan instagram miliknya menyatakan yang dia sangat memuliakan menantunya itu Datin Shahida, dan Datin Shahida adalah menantu dan sahabat baiknya yang kuat dan sabar dengan setiap ujian.

Menantu dn sahabat baik sy yg sabar dalam ujian , kalau tidak kerana agama mana mungkin dia sehebat ini..Meskipun dia anak org tp sy memuliakan dia ibu kpd cucu2 sy yg solehah.

Renungan bersama..Rezeki dtg bersama ujian yg kuat..Semua manusia diuji dn xlepas dr kedukaan dn kecewa..benda paling skit bukan isi dunia tp sbb Manusia

Smua masalah jadi krn kita xdpt menahan diri..xdpt mngawal diri atau sbb kita tidak sabar.. Sabar itu adalah kemampuan seseorg menahan dn mngawal dirinya shingga sikap yg dilakukan disukai oleh Allah..Sabar dlm taat..sabar ketika mnjauhi maksiat..dn ketika hadapi kesusahan..

Mudah2an kita trus mngawal mata.. fikiran.. telinga.. lisan.. mengawal keinginan dn mengawal n4fsu..

Trutama mengawalkn niat kita shingga smua dikawal dgn sbaik2nya.. Ciri org yg boeh mngawal smua dgn baik akn rasa tenang pd dirinya..dn klu kita sdh selesa tenang dgn diri kita..insyaAllah org lain jg akan merasainya bila bersama kita.. Kebaikan slalu mndatangkn ketenangan..keburukkan dn dosa..akn mndtgkn kesengsaraan..

Mudah2an kita sntisa dpt mngawal dn menahan diri dr apa jua kita buat hnyalah utk kebaikan..kebaikan..dn kebaikan.. Yg diterima oleh Allah SWT..ameen yaa rabb..

‚ÄúSabar adalah sikap yg sgt disukai oleh Allah SWT..dn dgn sabar kita akn merasa tenang dn aman..”

Jangan balas keburukan walau orang skitkan hati kita shahidadherbs

Melalui perkongsian Bonda Rozita netizen juga dapat agak yang Datin Shahida mungkin tengah ada masalah.

Sungguh bertuah Datin Shahida dapat mak mertua perihatin seperti Bonda Rozita dan mereka sangat rapat. Semoga Datin Shahida terus kuat. Apa pendapat korang?

Sumber : Ig Shahidadherbs, Bondarozitaibrahim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*