“Jangan jadi ibubapa atau iparduai yang merampas kebahagiaan anak menantu”- Netizen

Semua sedia maklum hubungan suami isteri Fizo dan Mawar berakhir semalam setelah Fizo mencraikan Mawar dengan talak satu. Ramai netizen terkesan dengan pencraian tersebut kerana mereka beranggapan Fizo dan mawar adalah pasaangan yang dilihat sangat serasi. Ramai mendoakan hubungan mereka kembali pulih demi anak mereka Maryam. Melalui perkongsian Mcyah  Joanjet iaitu salah seorang yang terkesan dengan perpisahan Fizo Omar dan Mawar. Ikuti luahan hati beliau.

First time saya lihat artis yang sangat serasi dan penyayang antara mereka berlaku perpisahan yang merentap perasaan diantara keduanya. Fizo seperti tidak mampu melepaskan mawar. Masih membuat posting gambar bersama mawar dan kata-kata yang ditulis amat mengusik jiwa setiap yang membaca. Jauh di sudut hati kedua pasaangan ini masih menyimpan rasa kasih dan cinta. Perpisahan yang berat untuk diharungi. Berbeza dengan k3s-k3s pencraian lain.

Tambahan pula mawar mengeluarkan penyataan bahawa “Dia sudah cuba mencari keserasian dengan keluarga fizo namun harini dia sanggup krban kasih sayangnya kepada fizo demi kebahagiaan keluarga fizo”. Fizo juga menyatakan “Dia masih sayang dan kasih pada mawar, dia mengucapkan terima kasih kepada mawar kerana menjadi isteri dan ibu terbaik kepada anak mereka. Fizo berkata dia banyak terhutang budi kepada mawar kerana mawar sangat baik”.

Selain itu, posting di ig mawar yang bertarikh 29 june iaitu 2weeks sebelum pencraian mereka tertulis “Bagi saya sebaiknya setiap masalah dihadapi biarlah hanya suami isteri dan seeloknya jika tidak hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campurtangan, perhubungan akan menjadi lain”. Komen salah seorang follower di ig yang menyatakan “kurang komunikasi dan campur tangan keluarga juga menjadikn keretakan rumahtangga” dan mawar membalas “BETUL TU SIS”.

Luahan hati Mawar pada 29 june 2019

Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi sy. Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2. Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita.

Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasaangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.

Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasaangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasaangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar.

Hanya saya & fizo saja tahu,rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami. .

Apabila setiap pasaangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita. Banyak benda kita perlu ‘k0rban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berk0rban demi anak.

Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam. Benar, semua mengimpikan kebahagian,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan,impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah.

Semua pasaangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2. Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesuulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan. Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian.

Saya harap, ibu bapa dan keluarga janganlah campur tangan urusan rumahtangga anak menantu. Jika tidak suka, simpanlah dihati. Jangan dibenci. Suatu hari, yang dibenci itulah akan membantu mu tatlaka kesusahan. Jangan jadi ibubapa atau iparduai yang merampas kebahagiaan zahir dan batin anak menantu.

Apapun, percaturan Allah adalah yang terbaik. wallahualam.

Min kongsikan luahan hati Fizo Omar selepas perpisahan beliau dengan Mawar semalam.

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN.

Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami.

Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya.

Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat.

Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak.

Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.

Sumber : FB Mcyah Joanjett

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*