“Jangan berlagak Diva dan Kekwat Sangat ” – Pesanan mesra buat artis kebanggaan Malaysia Neelofa dari Founder Glowing Party House

Meletop adalah salah satu rancangan popular astro ria, yang di hostkan oleh nabil ahmad dan neelofa. Seperti yang kita tahu keserasian mereka berdua dalam mengacara rancangan tersebut membuatkan meletop juga salah satu program yang di kenali di kaca tv malaysia. Sejak semalam tular isu tentang founder glowing party terasa hati dengan tindakan neelofa dan menyatakan neelofa berlagak diva di rancangan tersebut. Apa k3s? Jom kita baca pengkongsian dari founder glowing party di bawah.

PESANAN MESRA BUAT ARTIS KEBANGGAAN MALAYSIA- NEELOFA

-Be profesional
-Hormaati Karya Seni orang lain (anda juga anak seni kan?)
-Jangan Belagak Diva dan kekwat sangat sebab dunia ini ibarat roda, hidup tak sentiasa di atas

Gambar dekorasi asal yang dihasilkan dari pihak glowing party house

Gambar selepas

Di dinihari pagi yang hening ni saya selaku pemilik dan founder kepada Glowing Party House iaitu sebuah syarikat chain supply party shop dan balloon supplier ini terasa amatlah berkecil hati dengan artis kebanggaan majority rakyat Malaysia. Kali ini betul² sangat sedih dan berkecil hati dengan b4d attitude dan perangai berlagak diva nya seorang artis yang dikatakan sudah international level ni.

Pertama sekali saya mohon maaf kerana dalam tulisan saya kali ini saya terpaksa reveal status saya sebagai owner. Seriously this is not me, even tak pernah sekali pun rasanya dalam mana² tulisan saya sebelum ini yang mana saya dengan sengaja nak highlight berkenaan status saya dalam syarikat kerana saya bukanlah sejenis manusia yang merasa bangga dengan gelaran founder, owner, ladyboss. Bigboss or etc.

Malahan saya selalu ingatkan pekerja saya tolong jangan bagitau saya boss unless orang tu dah memang tahu sendiri. Pada saya tiada isu pun walau apa pun jawatan kita dalam syarikat dekat luar kita tetap manusia yang sama taraf disisi Allah tiada beza hanya yg berbeza adalah tanggungjawab kita sahaja.

Baiklah untuk menyoroti kembali kejadian pada malam tersebut, glowing Party House adalah syarikat yang telah dilantik untuk menaja dekorasi belon bersempena dengan sambuutan 1 Million Subscribers Youtube MeleTop.

Buat pengetahuan semua, sepanjang 6-5 tahun yang lepas Glowing Party House berbesar hati kerana dapat bekerjasama dalam menjayakan program MeleTop ini dan sepanjang tempoh tersebut tidak pernah timbul sebarang masalah pun.

Namun tidak pada kali ini, dan perkara ini telah menyebabkan kami selaku penaja sangat² berasa kesal dan tidak berpuashati dengan host rancangan tersebut iaitu Neelofa.

Neelofa yang umum tahu adalah artis yang bertaraf antarabangsa namun pada malam tersebut sikap beliau tidak mencermin beliau selayaknya menyandang tittle tersebut.

Ini kerana Neelofa seolah² berlagak diva dan tidak menghormti kami sebagai pihak penaja apabila beliau tanpa segan silu terus bertanya sejurus selepas beliau memasuki studio pada kira² jam 6.40pm beliau bertanya samaada dekorasi belon ini adakah hanya pada segmen pertama sahaja ataupun sehingga ke akhir rancangan tersebut.

Apabila manager menjawab sehingga keakhir program, beliau terus meminta supaya dekorasi belon tersebut hanya dibuat pada 1 segmen awal sahaja ataupun arrangement tersebut perlu diubah dan dialihkan ketepi semuanya kerana beliau tidak mahu dekorasi belon tersebut berada dibahagian belakangnya ataupun tiada langsung di dalam rancangan tersebut.

This is b4d attitude and no m4nners at all pada kami kerana sedangkan pada masa tersebut beliau tahu yang kami masih berada disana kerana dalam proses akhir setup dan masih ada sesi mengemas. Tidak kah beliau sedar yang perkara tersebut akan mengguris perasaan kami selaku penaja?

Ekoran daripada permintaan Neelofa tersebut, krew produksi meminta kami untuk mengubah setup tersebut lalu kami terpaksa menukar dan membuat arrangements yang baru dengan membawa tulisan 1 MIL tu kebahagian tengah² stage.

Tidak cukup dengan itu sahaja, sikap tidak professional, tidak menghormti dan menghargai karya seni orang lain Neelofa semakin jelas apabila ditengah² segment yang berlangsung secara live beliau masih boleh menolak² dan mengalih² arrangements yang telah dilakukan oleh Master Balloon Artis kami dengan lagak kurang senangnya dia dengan keadaan itu. Tak cukup dengan melakukan perbuatan tersebut sendiri Neelofa turut meminta pula bantuan krew produksi lain dan meminta mereka mengalihkan belon² itu dan beliau masih terus gigih mencampakkan belon² yang berdekatan dengan beliau sesuka hati. Keadaan ini tambah menampakkan lagi yang dekorasi tersebut menjadi semakin kucar kacir dan memburukkan keadaan.

Apa yang membuatkan kami kesal adalah, neelofa tahu yang pihak kami berada di hadapan beliau namun beliau tetap berbuat demikian. Apa motif beliau?

Tidakkah Neelofa sedar dekorasi belon itu juga satu karya seni yang perlu dihargai dan tak patut diperlakukan sebegitu oleh beliau dengan sewenang² nya di ibaratkan arrangements yang telah dibuat itu tidak bermakna baginya juga yang bergelar anak seni? Layakkan beliau untuk digelar anak seni dan turut berada dalam industri seni ini?

Tahukah beliau yang Master Balloon Artis kami adalah certified balloon artis yang telah mengorbankan keringat, masa dan wang ringgit hanya semata² untuk mendalami ilmu seni ini sehingga keluar negara seperti Singgapore, Australia, malahan Amerika Syarikat dan banyak lagi dan apa yang lebih penting apa yang kami ingin tekankan disini adalah team kami membuat semua ini kerana passion kami dalam seni dekorasi belon ini dan perasaan kami bagaikan dihiris² apabila dilakukan sedemikian rupa oleh Neelofa.

Sikap Neelofa bertentangan sekali dengan sikap yang ditonjolkan oleh Nabil yang juga merupakan Host rancangan tersebut. Nabil sangat professional walaupun beliau lebih dikenali sebagai pelawak, sangat supportive dengan penaja malahan dengan sesiapa saja, humble dan sangat berdedikasi.

Ini dapat dilihat bila ada waktu senggang, nabil dengan bersungguh² akan menghafal nama² sponsor dan sebagainya. Usaha ini walaupun sangat kecil namun sangat mengembirakan kami selalu penaja dan sikap ini tidak ditunjukkan langsung pada Neelofa. Seingat kami sepanjang tempoh kami bekerjasama ini (6 tahun lepas) hanya Nabil yang beria² memberikan live mention pada penaja dan Neelofa tidak melakukan perkara yang sama. Pernah sekali sepanjang pengamatan kami tapi itupun tersilap sebut pula.

Glowing Party House menjadi Glowing House Party. Kesalahan ini tidak sepatutnya beliau lakukan kerana mengingati dan menyebut nama Penaja dengan terang dan jelas adalah tugas yang tak sepatutnya digagalkan oleh host sesebuah rancangan. Apatah lagi host hebat seperti neelofa.

Apakah beliau risau dekorasi belon itu akan mengurangkan ‘aura’ serta keanggunan serta kewujudan beliau disana sehingga beliau bersikap kurang ajar dan tidak menghorm4ti karya seni orang lain telah telah memerah idea menghasilkan dekorasi tersebut. #DenganBelonPunNakTergugatKe

Kami faham yang kejadian ini bukanlah disebabkan oleh kesalahan pihak produksi secara langsung dan hanya kepada sikap tidak professional oleh host rancangan namun kami rasa ini adalah saluran yang terbaik untuk kami menzahirkan rasa kurang senang ini supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi kerana kami sebagai penaja juga mempunyai hak² kami yang perlu diperjuangkan kerana kami bukanlah golongan yang meminta² untuk memberikan sumbangan.

#Masviona
Bukan sengaja nak terasa hati tapi hati terlalu pedih dengan semua yang berlaku didepan mata

Apa komen netizen :

Mizna Mizna : W.pun x tgok x pnh jmpe..dri lgak dia da tau dia mmg smbong..sbb cntik..dia bngga dgn kcntikkan dia..tnpa pkir prsaan org lain..thats why zahnita nymph kut..blgak diva.

Akhtar Syamir : Isk.. Memang tak patut sungguh. Kenapa host boleh ada kuasa untuk tentukan perkara sebegini? Pihak penganjur sepatutnya kena bertegas. Host bukanlah segala-galanya. Host boleh diganti. Meletop tu kalau takde Neelofa pun tetap ada. Bagi saya ini satu kelemahan pada pihak penganjur. Neelofa perlu sedar, gaji dia tu pun datang dari penaja. Benda bukan seringgit dua.

Irney Zaireena : Yes kak. I perasan jugak pangai dia time tu… Susah nak tego bila org yg dah lupa diri..dia rs dia dah di awangan.. Dia x sedar 1 day bila jatuh… Lg saket dr org yg berpijak di bumi nyata… Terhempas mau penyet lenyek terus.. Sabar yer kak…

Cikgu Mohd Fadli Salleh : Hmmmm. Berlagak divanya. Tak fikir pun perasaan orang lain.

Ex supir : If i were you, i would definitely angkut semua on the spot!In 2011,kami pernah alami perkara macamni. Tapi pada gubahan bunga untuk pentas utama. Sewaktu majlis vv1p di johorbahru. Dah habis gubah cantik ikut apa yang diminta oleh organiser.

At one time, tiba2 ada satu datin(agak berpengaruh) ni at that stage, panggil manager dia suruh ubah arrangement bunga dan kedudukan pasu semua. Organiser pun terpinga2 tapi terpaksa ikutkan sebab datin tu ada suara kononnya. Waktu tU saya rasa macam nak hempas pasu segala.

Dan kami selaku penaja majlis tu, tengah2 majlis tu, saya sendiri angkat pasu paling besar dekat main stage tu depan vv1p, waktu tu live on tv tengah commercial break.. i remove all the stuffs related to us. I mean ALL.

staff saya ikutkan je dengan rasa serba salah. Kami angkut bawak balik. Majlis diteruskan tanpa gubahan bunga penaja. Finally datin tu panggil org lain dan kena bayar utk replace gubahan tu on the spot tiba2 organiser pulaj yg kena tanggung.

Me? I don’t care.

Organiser mohon maaf. Tapi hati kami terguris sehingga kini. Kirim salam aku nak sponsor apa2 lagi. Pui. Email pun sekali lalu je kite nengok sampai sekarang kecik hati. Kahkahkah.

Sumber : FB Muhamad Nasron Nasir / Masviona Muhammad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*