Isteri ke 2 suami hina sy “biawak hidup”, trkjut bila suami mcm lupa dia kahwin dgn saya

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum admin.Saya mohon hide profile saya terima kasih. Saya nak minta pandangan dan pendapat pada tuan dan puan.Saya tak tahu nak mula dari mana,tapi saya cuba ceritakan masalah saya ni terlebih dahulu.Sebenarnya saya mempunyai seorang madu yang berusia lingkuangan 40an dan sebelum ni janda anak 2.

Telah bernikah dengan suami hampir setahun lebih itu pun nikah secara senyap di siam.saya mendapat tahu kebenaran pada usia pernikahan mereka selama 5bulan seusia anak saya yang ketiga.. kerana mereka bernikah sewaktu saya tengah sarat nak bersalin,sekarang umur anak pun dah setahun lebih…

Pada awalnya saya tahu sendiri melalui mulut suami mengaku sendiri setelah saya sering kali menyoal2 dia setiap hari kerana saya dapat petunjuk di fb ada gambar mereka berdua..sejak itu saya perlahan2 terima ketentuan yang saya telah dimadukan….memang makan dalam sangat dan pada masa yang sama saya tak beritahu keluarga saya,sebab sata cuba untuk selesaikan sendiri dengan aman.

Selepas itu,saya tetap kan dalam hati untuk belajar redha dan terima insan ketiga itu seikhlas hati saya,agar saya tidak membebankan perasaan suami saya dan buatkan dia lebih rasa bahagia meskipun hati saya terluuka.

Bulan puasa tahun lepas saya dan madu ada cuba untuk berbaik akan tetapi dalam 4 bulan kami berbaik dia mula tunjuk taring dia sering ganggu saya dengan mesej2 persoalan duit belanja suruh saya berjimat cermat, jangan nak membazir padahal sebelum hadir dia dalam hidup kami takde pun timbul apa2 daripada suami.

saya pun jenis berjimat cermat sejak dulu lagi.tak pernah meminta2 ynag diluar kemamppuan suami,cukup sekadar keperluan.Pada masa yang sama perempuan itu tidak pernah merasa puas hati terhadap saya,terhadap nafkah saya yang diberi oleh suami. Dia sering mempersoalkan nafkah dan hak saya,hak anak2 saya.

Bila saya mengadu pada suami tentang mesej2 dia suami selalu suruh endahkan jangan layan….bila suami tegur dia,dia marah balik kat suami…saya pun tak pernah nak layan pun,dia je yang selalu ganggu saya.Sejak tu dia rasa kan yang saya ni mengada2 nak mengadu kat suami tentang dia,kononnya saya ni berniat nak buat suami nampak dia yang jahat,padahal saya takde niat macam tu pun.

Sejak itu lah dia mula mengugut saya akan jadi kan suami milik dia seorang.dia mula tunjukkan sifat negatif dia sehingga sekarang.Dia selalu mengugut2 saya akan buat secara kasar dan halus untuk rampas suami daripada saya.Selama setahun ni dah macam2 kutukan dan penghinaan dia pada saya melalui mesej2.

wassap dia saya dah lama blok.segala mesej2 dia saya simpan untuk dijadikan bukti suatu hari nanti. dia sering menghasut suami untuk mencraikan saya dan tinggal kan anak2. Tapi suami berkeras taknak tinggal kan saya dan anak2 kerana suami tahu akan balasan Allah nanti.

Kalau suami tak craikan saya dia akan buat perangai agar suami rasa tertekan dan sampai satu tahap suami jadi marah2 pada saya.dan dalam beberapa bulan ni saya nampak perubahan yang ketara pada suami mula tidak berlaku adil dalam pembahagian waktu dan kasih sayang terhadap saya.

kadang2 saya pula yang dipersalahkan seolah2 saya yang merampas suami dia.tapi pada anak2 suami masih terserlah kasih sayang.

Saya dikuttuk hanya menghabiskan duit suami kerana memberi makan pada saya yang tak bekerja perempuan tu panggil saya “biawak hidup” dan dia marah suami bayar sewa rumah tempat kami anak beranak tinggal. Selalu kuttuk saya muda tapi tak mengancam tak pandai dalam bahasa makian dia kata saya bod0h!!

Si perempuan itu selalu megongkong suami agar tidak luangkan waktu dengan saya dan anak dan di larang sekali suami balik tidur di rumah saya,nak bawa anak2 jalan seperti dulu dah takde.

Hidup suami pun bukannya bergaji besar hanya cukup2 makan saja.Saya pun ada buat bisnes online untuk tampung belanja tengah bulan.

Suami pun turut saja. segala kehendak dia.suami seolah2 dah tak ingat apa dah ,dah tak ingat pengorbanan saya selama 8tahun nikah. suami rela buat saya skit daripada bergaduh dengan perempuan tu.Hanya Allah yang maha melihat dan mengetahui tuan2& puan2. betapa pedihnya hati ni terluuka dengan ketidak tegasan suami dalam berpoligami.

Suami lebih berat sebelah kat isteri kedua.padahal saya umur hampir sebaya dengan suami. Sekarang ni,yang membimbangkan suami mula turuti kata2 perempuan itu untuk mencraikan saya selepas raya ini.

Sebab si perempuan tu selalu ugut nak minta c*rai kalau tak tinggalkan saya.padahal saya takde salah apa2 pun,saya tak pernah berlaku crang atau buat perangai yang tak baik. kerana dunia saya 24jam dengan anak2. Apakah langkah pertama yang harus saya lakukan untuk memberi pengajaran kepada mereka ni?

Adakah dalam situasi ni saya boleh mendakwa orang ketiga tu kerana menyebabkan keruntuhan rumahtangga?

Saya mula bangkit demi anak2 saya.jika keadaan berlarutan seperti ini lebih baik sya pergi dari terus tersiksa.

Cerita ini dapat komen daripda Ntizen :

Nurun Halida : Langkah pertama buat aduan di pejabat agama. Lepas tu mohon nafkah isteri dan anak2 atau harta sepencarian di mahkamah syariah. Kalau puan dicraikan lagi banyak hak yang puan boleh tuntut. Suami yang nikah kat siam tu pula perlu buat pengesahan nikah terlebih dahulu. #SayaPeguamSyarieAA

Serina Mohd : Jgn sekali2 kau mengalah dik..dia yg masok dlm kehidupan kau, ceroboh rmhtangga kau, rampas kebahagiaan kau ..kau kena lawan balik.. Rasanya suami kau dh kena nasi kangkang madu kau tu.. Cari jalan ubatkan suami kau balik kalau kau masih sygkan suami lah dan kau rasa suami masih sygkan kau dan anak juga.. Jgn cepat mengalah.. Ingatlah dipenghujung kegelapan pasti ada sinar kebahagiaan cuma kau perlu cari cahaya tu.. Jgn hanya menunggu utk sebuah pengakhiran..

El Lui : Somi bdoh eh? Patut tinggal tunggu masa lagi diorang bercrai. Sis jangan balas, simpan jer semua yg mesej yg dia hantar, tak payah block. Biar makin banyak ayat dia tu, sampai satu masa tunjuk kat somi. Ker somi sis ni tak suka hidup aman, bagus2 wife sorang, boleh sama2 penat jaga baby nanti. Tak sabar pulak nak tambah lagi satu yg suka buat hal. Suka fikir syok jer, nanti anak dah besar, suh dia explain macamana dia nikah ngan madu masa wife sarat pregnen.

Ratna Zukri : Baru nak mengaji, baca luahan tt ni rasa macam s*tan dah rasuk nak komen. Oh tuhan, kalau tak tahu nak buat apa sila minta tolong Allah, doa banyak banyak sebab anda dah jadi insan teraniaya.

Cuma pesan saya jangan doa buruk, jangan pi srang dia dan jangan buat perangai hdoh macam dia sebab si madu anda tu level nraka jahanam. Tak tahan dengan mereka, negara kita ada undang-undang. Jangan dok tunggu dan hadap macam orang gile, buat sesuatu yang lebih berfaedah. Please!

Sumber : KRT via edisiharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*