“Inilah akibatnya tak hafal lagu P Ramlee” – Fasha Sandha

Kelakar habis, Fasha dan Aidil tak hafal lirik lagu P. Ramlee untuk shoot video pre wedding mereka, ada tukang baca skrip tapi lawak bebenor tukang baca liriknya. Ramai netizen terhibur dengan video di sebalik takbir shoot pre wedding Fasha dan Aidil. Sweet gak tengok fasha dan aidil dalam video ni.  Jom sama- sama tengok.

Video :

Apa komen netizen:

Melalui pengkongsian Fasha di Instagram miliknya, Fasha kongsikan gambar gambar di sebalik video pre weddingnya bersama Aidil dan anak anaknya menarik perhatian netizan kerana memilih video pre wedding berkongsepkan classic, simple dan keluarga. Fasha menyatakan yang dia sebenarnya tak mahu membuat dan kurang gemar dengan video pre wedding tetapi atas permintaan dia tunaikan.

Tak perlu terbang jauh2 tak perlu kos tinggi tak perlu masa yang panjang. Semua terhasil dalam video ini adalah idea dari Fasha sendiri, dengan penambahan dari CST production.

Kisah Kami yang bahagia dalam kesederhanaan. Saya sebenarnya kurang gemar Prewedding Video, dulu pun tiada prewedding video. Memandangkan ini adalah permintaan , jadi saya tunaikan, dengan syarat.. simple2 je

Tak perlu terbang jauh2.. tak perlu kos yang tinggi dan tak perlu masa yang panjang .
Alhamdulillah, ini adalah idea saya , nukilan saya, yang ditajamkan lagi dengan penambahan oleh Encik Rosli dari CST Production. ,.. tak sabar nak tengok hasilnya…Ini dunia saya sekarang… keluarga. Ini segala galanya buat saya sekarang.

Terima kasih buat seluruh Team @cstproduction , make up klasik daripada Kak @barrinamat , Baju klasik daripada @syuscouture @rumahkebayabangsar , @mamasandha , Kak Yong dan Keluarga Kapar, @murshid_eunos , @wahiaziz dan semua yang terlibat
aidilfasha iburayfalraysha

Sangat simple nice classic dan sangat rare. Biasanya artis2 akan buat video pre wedding tempat romantic, dan dengan shoot yang romantic, tetapi Fasha memilih suasana kampung sebagai tempat shoot video pre weddingnya membuatkan satu kelainan.

Apa komen peminat Fasha?

Rata rata netizen memberi komen yang positif, Fasha seorang yang humble, seorang yang simple. Ramai juga yang berpendapat video pre wedding Fasha sangat nice, simple dan classic. Ramai yang suka, Min pun suka dan tak sabar nak tengok full video pre wedding Fasha dan Aidil nanti.

Aidil Aziz, Fasha Sandha selamat bertunang dalam satu majlis sederhana

SPEKULASI mengenai pertunangan pelakon Fasha Sandha dengan Aidil Aziz akhirnya terjawab apabila pasa ngan ini mengesahkan mereka sudah melangsungkan majlis itu pada Ahad.

Fasha atau Nur Fasha Sandha binti Hassan, 34, memberitahu pertunangannya dengan Aidil telah berlangsung di kediamannya di Ampang, Selangor dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib.

“Saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali.“Saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan,” katanya.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.

Bertemakan warna ungu, Fasha kelihatan anggun mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini dan disolek oleh Alha Alfa.

Aidil menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha.

Fasha disarungkan sebentuk cincin tanda pertunangan oleh ibu Aidil iaitu Rokkiah Md Noor sambil disaksikan oleh ayah Aidil, Abdul Aziz Ishak dan kaum keluarga yang datang dari Rembau, Negeri Sembilan.

Turut hadir, ibu Fasha iaitu Tehman bersama kaum keluarganya bagi memeriahkan majlis pertunangan ini.

Sementara itu, Fasha memberitahu hatinya terbuka untuk menerima Aidil kerana personaliti dan cara dia melayan anak-anak.

Malah, pelakon drama Vila Ghazara itu juga bijak mengambil hati ibunya.

“Pak Ngah (panggilan manja) telah melamar saya pada 21 Jun lalu dan saya mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkan tentang perkara ini.

“Saya sebenarnya khuatir dan dilema untuk menerima pada mulanya. Namun saya lihat kualiti yang ada pada Aidil. Dia juga cukup akrab dengan kedua-dua anak saya sejak awal saya perkenalkan kepada mereka lagi.

“Saya tertarik kerana Aidil meletak usaha dan inisiatif untuk mendekati anak-anak saya dengan meluangkan masa, dan bijak mengambil hati mereka berdua,” katanya.

Sumber : Ig fashasandha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*