“I Love You Anis”, Rupanya Anak Datuk Rosyam Nor Kenalkan Faris Kepada Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy mendedahkan perkenalan dengan suaminya, Faris Khairol Anuar adalah melalui rakan baiknya, Nur Anis yang merupakan anak kepada pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor. Menurut Elfira, Anis yang memperkenalkan Faris kepadanya malah menyakinkan dirinya untuk kembali bercinta. Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, semalam. Tahniah hasil perkenalan dari kawan baik ke jinjang pelamin

“I keep this photo for this special moment to come, thank you Anis for introducing Faris to me and actually convinced me all the way to be loved again.

“I love you anis ahhahahaha @_anisk iss. My cupid,” tulis Elfira.

Anis turut memuat naik foto bersama Elfira dan Faris di IG serta meluahkan perasaan gembira melihat rakan baiknya berkahwin pada 1 Januari lalu.

Malah, Anis juga menyatakan misinya telah berjaya.

“The last picture…I really really something to a new beginning, today!

“I guess, i am the happiest friend alive today to see both of my respective friends get married to each other!!

“Guys my mission is accomplished. I mean, just by looking at these two friend of mine..

“I am super amazed on how HE has planned for their beautiful paths, their beautiful jodoh.

“One thing that I’ve learned is; Yakinlah pada jodoh & pertemuan Allah SWT.

“To Faris @fariskanuar & El @elfiraloy, Baraka Allahu lakuma, Wa baraka’alaykuma Wa jama’a baynakuma Fi khayr!” tulis Anis.

Elfira dan Faris selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2019 yang lalu di sebuah majlis tertutup.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*