“Hebat datin, tengah pregnant pon boleh angkat anak 2 orang” -Netizen

Anak-anak adalah satu anugerah yang diamanah oleh Allah. Dan pada seseorang ibu itu pasti gembira dengan kehadiran cahaya mata. Tak kira anaknya ramai berapa orang sekalipun,seorang ibu tetap mahu memikul tanggungjawab memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Baru-baru ini, Datin Shahida, isteri kepada Dato’ Aliff Syukri berkongsi momen beliau bersama anak-anak di halaman rumahnya.

“Mungkin sebab tahu nak dapat adik…pagi2 layan je sorang nak bagi ikan makan…tapi yusoff sekarang bukan main aktif dia…pantang lepa….asyik memunggah kain baju…..ameena pula suka beradun pinggan mangkuk….sampai pecah dibuatnya…adoi ragam anak lain anak lain ragam…bertabahla mak2 ya…kalau anak kecik berderet ginilah…lepas ni mama dah tutup kilang dah…fokus nak besarkan anak2 yg ada je…….” kata Datin Shahida di laman instagramnya.

Rata-rata netizen memuji sifat keibuan Datin Shahida dan mengatakan beliau sangat kuat mengangkat kedua-dua anaknya walaupun beliau dalam keadaan sarat mengandung.

Ramai juga yang memuji kecomelan anak-anak Datin dan mendoakan beliau agar beliau dipermudahkan urusan bersalin tak lama lagi.

Kami juga ingin mendoakan kesejahteraan datin dalam mengurus segala urusan keluarga dan kerja datin dan semoga dipermudahkan urusan bersalin datin kelak.

Sumber : Ig shahidadherbs

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*