“Hati saya terbuka mahu kahwin lagi” – Akhirnya , ini pengakuan dri Mas Idayu

Lebih sedekad menjalani hidup sebagai ibu tunggal, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu mengakui, naluri untuk kembali menjadi isteri tidak pernah terhakis.Namun entah mengapa, jelas penyanyi berusia 49 tahun itu, tiada lelaki yang berani mendekati, sama ada di negara ini mahupun di Indonesia.“Agaknya mereka takut kerana menyangkakan saya seorang yang garang. Takkanlah saya pula yang terpaksa mengejar lelaki?

“Saya sebenarnya lebih suka lelaki berusia kerana mereka akan menjaga kita dengan baik, selain membuat saya berasa lebih selamat.

“Tetapi, apabila ada yang mendekati, biasanya lelaki itu lebih muda. Saya tidak mahu lelaki muda kerana biasanya, golongan itu hanya mahu mengikis duit kita,” luah Mas Idayu berterus-terang.

Namun, katanya, tidak semudah itu untuk dia kembali membuka pintu hati terutama apabila memikirkan perasaan anak tunggalnya, Nur Dayini Ashiqah.

Penyanyi lagu Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan itu berkata, anaknya

tidak mengizinkan dia berkahwin lain kerana bimbang dirinya tidak lagi disayangi.

“Cakapnya itu membuatkan saya terpaksa berfikir panjang. Sebelum ini, apabila bekas suami berkahwin semula, dia menangis.

“Katanya, papa sudah tidak sayang dia lagi apabila berkahwin lain hingga saya terpaksa menasihatkannya supaya reda dengan jodoh bapanya.

“Saya pujuk dia dengan memberitahu, sekurang-kurangnya nanti, ada orang yang boleh menjaga papanya.

“Kalau begini gayanya, nampaknya sampai bila-bila saya akan terus menjanda,” katanya bergurau.

Mas Idayu bertemu jodoh dengan pelakon, Aman Graseka pada 1997, namun berpisah sekitar 2006.

Antara komen nakal ntizen

Emi emi, dari amek kau jadi bini..baik amek anak kau….alang2 menyeluk perkasam..jgn la ambik yg masam..huhu…mami happy x kalau sy jadi menantu mami??

Firdaus, Cari duda2 pegawai kerajaan yg dh pencen. Abiskan usia senja dgn riadah dan beribadah. InsyaAllah hati tenang jiwa jd lapang.

Syamsul baharin, bukan x nak.. masalahnya kalau arini kawin..then buat loan kereta 9 tahun.. kereta habis bayar awk pun dah x blh pakai…

Hussein, Hahaha… Kesian dia. X pernah dengar ceramah kot. Perempuan boleh masuk meminang lelaki apa. Dengarlah sirah Nabi. Ada terdapat ceritanya.
Mcm dia tu mahal sangat. Hahaha

Shah Ery, Semoga di pemudahkan kak…ejas skt mulot jgn tajam sgt org x bpe suka…nk org suka kita bhse kita bg sdp lah skt..ok nasihat untk akk yg to ja.

Din, Sabarlah Mas Idayu jodoh tak kemana Hilang kabus npaklah dia Anda masih bergetah lagi . Nasib janda ada hikmahnya Lbat laun adalah jodohnya tpi perlu bersabar. Tpi jgnlah cari jodoh di luar negara Kan ramai lgi org tempatan

Syukri aziz ,Udah la tu kak. Akk pon da tua. Laki mne nk kejar akk. Malaikat maut yela kejar akk. Setiap masa dia dtg tngok akk. Tngu masa jea nk Cabut ny4wa akk.

Shaibatul hamdi, Lelaki jgn komen sombong. Klu hari ni cuma tinggal dia je satu2nya pompuan yg masih hidup di dunia ni, PASTI korang akan berbaris panjang menunggu giliran utk menjadi suami dia

Noorli Mokhtar, Laa single ke dia ni.. ingatkan ada laki..cuba g berbaik dgn amalina minta dia ajar jd wanita yg lembut mesti laku lepas ni..

Judy, Sy agree dgn pendapat mas Idayu ni….yg bersuami tu tak semestinya bahagia dan yg janda tak semestinya derita…

Bongkar putra, Sebab orang bosan cara kau pegang mix nak cari kelainan tapi t menarik langsung bkn aku sj tp satu dunia menyampah

Ropi nuar, kak mas idayu tahun depan kak mas idayu umur 50 dhkn. boleh buat keluar duit kwsp separuh Akaun 2 tu. kak ayu dangdut.

Hakim, Dh nenek2 kot…wat arr istiqfar bnyk2…dunia dh suruh pergi kubur pula dh kata mari,mybe naluri nenek nie stock girlz 24th kot tu pasal meretis n mengenyam semacam…bhaaa..

Sumber, gengjoyah via celotehsaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*