“Hasrat ini Arrwah yang minta tapi dia tak sempat untuk tengok , jadi harini saya sempurnakan” – Iqbar Hakim, Anak sulung pengasas dnars

Bukan mudah untuk menerima kehilangan orang yg tersayang. Demi meneruskan legasi syarikat dnars, anak sulung Arrwah Faziani, Iqbar Hakim mengenepikan perasaan sedih dan bangkit untuk bekerja semula untuk menyambung segala kerja yg Arrwah Ibunya tinggalkan sebelum beliau pergi. Ramai yang memberi dorongan dan semangat kepada Iqbar untuk mewarisi kerusi ibunya di syarikat Dnars. Iqbar turut mengharapkan pekerja2nya dapat menerima beliau sebagai bos baru di syarikat tersebut.

Alhamdulilah , kita start dengan semangat yang baru tetapi jiwa yang lama tetap berada dalam DNARS.Kita terus perjuangkan apa yang arr wah mahu, tak usah ditagguh lama , kerana arrwah pun sudah tenang di sana .

Saya perlu kerja keras untuk memastikan fenomena baharu akan terbentuk dalam industri ini.

Yaa Allah aku bersyukur dengan mu , kerana mmberi waktu yang singkat untuk aku bangun balik. Alhamdulilah. WE ARE FAMILY

Selesai di production harini buat sedikit semakkan untuk managament , yang mana sudah dibuat saya kekalkan , jikalau saya ingin buat improvement saya akan berbincang dgn semua ahli lembaga.

Alhamdulilah semua staff menerima saya , dan saya akan jalankan tugas ini dengan sebaik mungkin sepertimana yang di mintak oleh Arr wah suatu ketika dahulu.

Saya lepaskan apa yg saya buat sebelum ini , kerana saya mempunyai satu perjuangan yg besar untuk saya laksanakan. Terima kasih smua untuk kata2 semangat anda

Sementara itu, demi menunaikan hasrat Arrwah ibunya sebelum men1gal. Iqbar Hakim turut membuat posting di ig menyatakan Arrwah ibunya berhasrat memberikan hadiah 500pcs dnars gold secara percuma terhad kepada 500 orang. Kepada yang berminat boleh follow IG iqbar_hakim dan follow step2 yang diberikan.

Ramai yang memberi respon positif tentang hasrat Arrwah ibunya. Ramai yang ketahui yg Arrwah Faziani merupakan seorang dermawan yang banyak menderma kepada anak yatim, pembangunan islam dan sebagainya.

Antara komen ntizen :

eylxsyxqilxh__ Alhamdulillah sy sudah semoga arrwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman n diangkat kan darjat nya di sana .. Amin

izzatisyazwaninasarudin saya pon sudah…alhamdulillah..semoga arrwah ditemptkn dikalangan org yg beriman..amin

nynasaranghae done. Salam takziah utk seisi keluarga Allahyarhamah… moga roh beliau dicucuri rahmat Ikon wanita yg selalu menjadi inspirasi anak muda

pakejpercutiankita Sy sudah. Semoga arr wah puan ditempatkan dlm kalangan org2 beriman dan beramal soleh. Syurga utk arrwah.

cinta_hikaru walaupun saya tak join..tapi saya tetap doakan qbar_hakim akan terus melangkah dengan yakin meneruskan segala nya..semoga terus maju jaya anak muda..

kamaladam3531 Sy sejak kenal isteri pkai skincare ni, wife start dr 2013 smp skrg..perkahwinan kami 2thn sy bru mencuba 2thn dnars ni..mmg sgt2 best, klu pkai on off pn kuulit xkusam ttp cm biasa..yg ketara wife sb dia plg lama guna dnars, klu naik jer4wat atau parut jerawat krim kunyit plg mujarab tacap2 sblm tdo esk ari da surut..plg best wajah kelihatan pink2 putih..mmg benar kata arrwah biarkn dnars berbicara pd wajah anda..sy sendri da mencuba.

wawahairudin.__ Alhamdulillah saya sudah. Semoga ade rezeki saye. Dan disini saya ingin mengucapkan takziah kepada iqbar_hakim sekeluarga atas pemergian arrwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Aamiin

Sementara itu, BH melaporkan Syarikat Dnars contoh majikan jaga kebajikan pekerja.

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, dianggap majikan contoh kerana mengutamakan kebajikan pekerja dengan membuat caruman secara teratur tanpa pengecualian.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan, Nora Yaacob, berkata syarikat milik Allahyarham, Rohban Trade Sdn Bhd, amat patuh kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969.

Katanya, syarikat itu juga mencarum mengikut Akta 4 AKSP 1969, yang melindungi pekerja dan majikan yang mengalami kem4langan, kem4tian, keilatan dan Pencen Penakat.

“Mereka membayar caruman kepada pihak kami dengan begitu baik dan teratur bahkan arrwah Faziani selaku pemilik syarikat juga turut membuat caruman PERKESO tanpa pengecualian.

“Keprihatinan arrwah dalam membuat caruman kepada semua pekerja dan mencarum untuk dirinya sendiri adalah sesuatu yang terpuji, malah patut dijadikan contoh oleh majikan lain serta diangkat sebagai ikon dalam kalangan majikan PERKESO Kelantan.

“PERKESO mendapati Allahyarham sememangnya pencarum setia dan semakan caruman mendapati ia memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat,” katanya kepada pemberita di kediaman arrwah di Kampung Paloh di sini hari ini.

PERKESO Kelantan menyampaikan tuntutan suami arrwah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, yang akan menerima Pencen Penakat setiap bulan sebanyak RM2,212 seumur hidup.

Untuk syer pencen anak arrwah pula akan menerima sehingga berusia 21 tahun, manakala bayaran Faedah Pengurusan M4yat (FPM) sebanyak RM2,000 sudah dikreditkan ke dalam akaun suami arrwah.

Sementara itu, Ahmad Shah Rizal berkata arrwah isterinya memang seorang majikan yang sangat mementingkan kebajikan dan menitikberatkan keselamatan pekerja.

“Caruman untuk pekerja dibuat berterusan tanpa pengecualian kerana mengambil kira kebajikan mereka sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada PERKESO atas penyerahan tuntutan Pencen Penakat dan menganggap arrwah sebagai ikon majikan PERKESO malah gelaran itu memang layak untuknya,” katanya.

Faziani terbv nuh manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kem4 langan di Pattani, Thailand pada 18 Mei lalu.

Terdahulu, mstar turut melaporkan anak sulung pengasas Dnars pada pagi Ahad meluahkan rasa sayu mengenai pemergian ibu yang dikasihi, Faziani Rohban Ahmad. Iqbar Hakim Jasman, 20, berkata, pemergian ibunya merupakan ketentuan Tuhan meskipun ia pahit untuk ditelan.

“Langkah yang tidak pernah diduga, langkah yang penuh dengan keresahan, kesedihan, tapi apakan daya manusia tiada kuasa untuk melawan takdir Allah SWT,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, pagi Ahad.

Iqbar turut menyifatkan kekuatan sebenar lahir saat seseorang itu diduga dengan ujian dalam kehidupan, dan pada masa sama, dia cuba untuk memperoleh kekuatan itu.

“Kekuatan sebenar lahir bila kita diuji, bukan bila kita dalam kesenangan. Itulah yang dapat saya simpulkan.

“InsyaAllah saya kuat dan reda, pemergian yang sangat baik ‘husnul khatimah’. Tenanglah wahai kek4sihku,” katanya.

Kekuatan sebenar lahir bila kita diuji, bukan bila kita dalam kesenangan. Itulah yang dapat saya simpulkan.

Terdahulu, Iqbar meluahkan bahawa apa yang berlaku ini merupakan ujian yang berat untuk dirinya, tetapi dia perlu kuat demi tujuh adik beradiknya yang lain.

Pemergian Faziani merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarganya, malah dalam industri produk kecantikan tempatan.

Iqbar turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang begitu prihatin terhadap pemergian ibunya.

Kurang seminggu lalu, Iqbar memuat naik gambar bersama Faziani di laman sosial dan menyifatkan ibunya seorang insan yang paling kuat.

“Alhamdulillah Mamiku dapat tersenyum, ketika aku cakap dia cantik, ketika aku cakap dia orang yang paling kuat. Yaa Allah, pertahankan senyuman ini kerana ianya adalah penjaga setiap malam dan kekuatan aku. You are wonderful women!,” tulisnya.

Allahyarham Faziani, 40, men1gal dunia selepas terbabit dalam kem4 langan apabila kereta yang dinaikinya merempuh sebuah lori pada pagi Sabtu.

Dalam kejadian pkul 10.30 pagi waktu tempatan, kenderaan jenis Toyota Estima yang dipandu suami Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, merempuh sebuah lori.

Akibat rempuhan itu, Faziani tersepit di bahagian penumpang hadapan dan men1gal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya ced3ra.

Jenazah Faziani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kedemit, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan kira-kira pkul 10.20 malam Sabtu.

Sumber : Ig Iqbar_hakim/BH/Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*