Fariz tbaring atas katil tersenyum,tiba2 dia cakap sesuatu, bdegup kuat jntungku dgn pkaian tak berapa manis tercegat depannya

Foto sekadar hiasan.Salam semua. Perkenalkan diri nama aku Farzana (nama samaran) ramai sangat yang panggil aku guna nama tu so aku gunakan sebagai nama pena.Aku nk kongsi sejarah hitam aku gara gara keprihatinan ibu nak sangat menolong orang.Ibu aku berusia 55 tahun dan bekerja sebagai tukang sapu dibawah anak syarikat environment idaman.

Hendak dijadikan cerita ada seorang lelaki ni umur lingkungan aku jugak, maybe tua dalam dua tiga tahun macam tu, actually umur aku baru 19 tahun. Aku kenal kan lelaki ni dgn nama Fariz. Lelaki tu pun bekerja sekali dengan ibu aku dan dia “mengambil kesempatan ” diatas kebaikan ibu aku.

Fazli ni orang merantau, bekerja saja disni, tapi kampung nya di Jengka, Pahang. Aku tak ingat Jengka berapa. Kan Jengka bnyk bilangan kan. Oh, ok dia ni kulit kuning langsat, rambut pon agak segak, keterampilan kemas even dia kerja cleaner sama dgn mak aku.

Ceritanya bermula apabila dia kerap ke rumah aku atas alasan nak tumpang basuh baju sebab rumah dia jauh nak berulang alik so dia tinggal dekat stor tempat kerja. Jadi tak ada tempat nak basuh baju dan dia malas nak basuh guna tangan so dia pun mai la basuh kat rumah aku.

At first aku tak kisah sebab bagi aku ok lah sekadar basuh baju, lepas tu perangai lelaki tu makin menjadi bila dia kerap makan nasik kat rumah kami.

Aku bukan berkira, tapi gaji aku dengan ibu aku pun tidaklah besar mana nak menjamu dia makan, dia pun makan besar, bukan biasa biasa. Lelaki nama pun.

Aku boleh bersabar lagi. Sampai part yang paling menguji kesabaran aku bila dia dah pandai nak bangun tidur kat rumah aku. Yaa Allah! Aku ni perempuan dia tu lelaki, tak manis bila jiran jiran pandang.

Aku dah start membebel kat mak aku, tapi mak aku cakap kesian so mak aku cakap kalau dia datang aku stay ja dalam bilik. Yaa Allah rumah sendiri rasa macam rumah orang, tak bebas langsung. Aku dah start ignore dia. Buat tak tahu.

Tapi dia punya perangai demand kalah artis, makan nak berkuah, baju dia aku basuhkan. Kalau aku biar baju dia tu pakai tak berbasuh la. Lagipun kalau aku biar, mak aku yang akan basuh. Aku just kesiankan mak aku so aku basuhkan lah!

Aku start menyampah dah bila dia dah pandai arah arah aku. Semuanya nak aku lakukan untuk dia. Charge handphone pun suruh aku. Lailahaillallah! Tahap kesabaran aku hampir sampai klimaks dah!

Aku tak tahu macam mana dia boleh start berkampung kat rumah aku sedangkan ibu aku ataupun aku tak pernah jemput dia tinggal sekali dengan kami. Serius aku rasa terbeban. Gaji aku tak sempat nak simpan sebab nak kena beli makanan untuk dia makan hari hari. Kalau dia tak ada jimat sikit bajet, start dia ada ni rm20 pun x cukup sehari.

Suatu hari, mak aku balik kampung. Aku pula sorang2 dalam rumah, biasalah takde sape dalam rumah, aku pon pakai short dan singlet je. Ye la rumah aku ni tak de aircond, so selesa skit mcm ni. Sejuk sikit. Lpas aku masak2 dekat dapur, masuk bilik untuk baring2 kejap.

Tiba2 aku dgr pintu depan mcm da kena tolak terbuka, Allahu… Takkan si Fariz ni datang, kan mak aku da bg tao yg mak aku balik kampung mnggu ni. Aku bangun la nk pastikan betul ke Fariz ke tak. Tengok pintu depan tu tertutup rapi. Elok je.. Sangkaan aku ni..

Aku pun masuk bilik balik la.. Terkejut aku tengok Fariz da terbaring atas katil aku sambil ckap ” HAI, DA LAMA SAYA TUNGGU NI”. Jantung aku berdegup kuat tiba2 takut punya pasal dengan pakaian tak berapa manis tercegat depan Fariz yg boleh naikkan nfsu dia.

Aku: Ko buat ape ha! Ko keluar sekarang sebelum aku jerit !

Fariz: Ahhh.. Relax la. Mak takde pon. Kau dan aku je sayang !!

Aku: Ape kau nak! Menyesal kalau mak aku tahu kau tiba cakap cmni tao tak.

Fariz: Kau bertenang la, aku datang ni nk pinjam moto je.. aku da call mak, mak bagi green light..

Aku: Kau jgn merepek! Kau keluar sekarang, kau nk kunci, kunci kt depan! Kau keluar!

Fariz pun bangun dari katil aku sambil tersenyum sempat dia menepuk bntot aku time melepasi aku tu. KURANG AJAR KO!! Kau siap, tnggu mak aku balik aku cerita semua apa yg terjadi. Nak tolong orang sangat kan.

So dia pon amek kunci dan keluar dari rumah, bodohnya aku tak periksa dulu motor dia yang dia tinggal kan kat aku tu, esok pagi tu aku siap siap nak pergi kerja aku start motor, masuk gear tayar rasa berat beb, rupanya dia punya tayar motor pancit beb! Yaa Allah…

Aku call dia tak jawap maklum lah pkul 5:30 pagi, mananya nak bangun kan. Aku call boss aku tak leh pergi kerja sebab ada hal, nasib baik boss aku faham. Tengahhari dalam pkul 12:00 aku call mintak dia hantar motor dia cakap nak hantar, aku tunggu sampai pkul 2:00 petang, tak hantar jugak.

Aku call lagi dia cakap dia ikut kawan. Aku start angin la sebab aku x makan apa apa lagi. Kat rumah pun stock makanan tak ada. Kucing aku pun dah kebulur. Aku cakap kat dia hantar cepat aku nak pergi beli makanan dia cakap ok.

Aku tunggu sampai pkul 5:00 petang dia still tak hantar jugak, aku call mak aku suruh balik. Aku cakap kat mak aku, aku x makan lagi, dia tak hantar motor, mak aku pun bergegas la balik. Semua pasal dia.

Aku call dia cakap tak payah hantar la motor sebab mak aku nak balik dah bawak makanan, dia punya perangai munafik dia memang terbaikk! Sekelip mata dia sampai. Dia cakap jangan bagitahu mak aku. Dia takut kena marah.

Lepas tu pandai buat muka kesian. Aku geram aku masuk rumah aku ambik baju dia yang mana aku sidai semua aku ambik, aku Baling keluar rumah.

Aku cakap jangan jejak kaki lagi kat sini, aku bukan hamba hang. Dia buat muka kesian dia cakap nak tunggu mak sampai dulu. Nak mintak maaf. LOL!

Mak aku pun sampai la dengan muka ketat dan marahnya. Dia buat muka kesian. Dia cakap kalau dia tak tumpang kami dia tak tahu nak duduk mana. Aku cakap aku tak kisah. Yang aku tau aku nak dia keluar dari rumah aku.

Time tu jugak aku cerita dekat mak apa yang terjadi dalam bilik, siap tepuk bntot aku lagi, aku takot sgt benda ni berulang. Sbb dia ada kunci rumah yg mak aku berikan dlu.

Mak aku pun diam ja. Cuma mak halau dia keluar dan jgn datang sini lagi. Dia pun pergi la dengan muka kesian. Dua hari dia tak datang. Lepas tu datang lagi. Dia cakap nak jumpa sebab dia dah nak berhenti kerja.

Aku sikit pun tak pandang muka dia. Sebab aku tau kalau aku bagi muka dia akan buat rumah aku ni jadi rumah tumpangan dia lagi. Banyak cantik.

Moral of the story aku ni, aku nak pesan pada korang semua, nak buat baik biar berpada pada jangan jadi macam mak aku. Tanggung biawak hidup. Dah tu buat rumah aku macam rumah dia. Aku bukan kjam sampai tak mahu tolong orang, tapi tu lah aku baik mak aku baik, dia pijak kepala kami.

Kalau kita pun susah nak survive, tak perlulah bantu orang lain. Fikir diri kita dulu. Jangan jadi macam aku, senang dia ambik kesempatan dah tak pasal pasal aku jadi bibik dia pula dan nyaris jadi mngsa dia.

Kata akhir dari aku, sebelum tolong orang, tolong diri sendiri dulu. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa. Assalamua’laikum.

Apa komen ntizen :

Sharifah Khansak : Emak awak kasihankan org tak bertempat tak berfikir yg didalam rumah ada anak dara nasib baik dia tak makan adek klu tidak menyesal saumor hidup jgn ajak org yg bukan tanggong jawab kita sifat ihsan betul ada tetapi ditempat yg betul

Fariza Halim : mcm mna ni..sng2 ajk orng luar dok ngn kita. dh tau ada ank gadis kt rumh..Suami tk ada..adik bradik lelaki tk ada..boleh plk biar mcm tu aje…ishh2 macm2 perangai mnusia..sbenarnye yg ditlong tu trng2 harimau jdian…nsib baik selamt..

Wan Aisah : Hram jadah betul perangai budak laki tu! Eloklah halau pon! Mendatgkan masalah ja.

Sumber : Dunia Kini via edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*