Eyka Farhana kongsi foto di Bali tapi “Objek” di tangannya jadi tumpuan ntizen

Tidak dinafikan, pelakon Eyka Farhana antara selebriti yang mempunyai pakej lengkap. Memang cantik dan berbakat orangnya. Lumrah sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang dipakai dan ditayang di Instagram pasti akan menjadi perhatian netizen.Baru-baru ini, pelakon drama Bukan Cinta Aku ini terbang ke kepulauan Bali, Indonesia. Eyka sempat mengabadikan memori dengan merakam beberapa gambar berlatarkan pemandangan indah di pulau itu.

Memperlihatkan keindahan Pandai Mertasari Sanur sebagai objek latar, pelakon, Eyka Farhana yang kini berada di Bali memuat naik sekeping foto yang menjadi bahan bualan netizen.

Semuanya gara-gara objek yang terdapat di tangannya.“I Love You 3000,” tulisnya.

Lantas, netizen mengandaikan pelakon berusia 24 tahun ini sedang memegang nanostix atau sejenis r0kok elektronik. Namun, rata-rata menyambut kembali salam sayang yang diucapkan pelakon Bukan Cinta Aku itu.

Eyka kini sedang menikmti percutian menenangkan di Bali. Jom layan foto sekitar yang dikongsikan di Instagram.

Eyka di beach finns beach club

Sementara itu, Pelakon, Eyka Farhana, 24, belum mahu memikirkan soal jodoh biarpun mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka.

Pelakon kecil molek yang mula dikenali menerusi filem Juvana 2 dan 3 itu berkata, dia belum bersedia menjalinkan hubungan lebih serius.

“Saya bukannya mahu mempermainkan perasaan lelaki, tetapi saya tiada masa untuk memikirkan soal hati dan perasaan.

“Saya bimbang si dia tidak tahan jika menjalinkan hubungan berikutan jadual kerjaya saya yang terlalu padat. Jangankan nak keluar dengan kekaasih, mahu meluangkan masa bersama keluarga juga saya tiada masa.

“Yaa, saya ada berkawan dengan seorang lelaki dan sudah tiga tahun juga kami berkenalan, tetapi ia masih pada peringkat mengenali hati budinya. Hubungan kami ketika ini boleh dianggap sebagai ‘teman tapi mesra’,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya, Mind Order.

Gadis kelahiran Ampang, Selangor itu berkata, dia sentiasa mengingati pesanan ibunya supaya mencari lelaki yang boleh membimbingnya ke arah kebaikan.

“Jika diikutkan, saya sukakan lelaki tinggi, sedap mata memandang dan berkulit putih. Bagaimanapun, tiada gunanya jika hanya saya yang suka, tetapi keluarga tidak merestuinya.

“Saya percaya, restu keluarga cukup penting dalam mencari keberkatan hidup. Jika sesuatu hubungan mendapat halangan keluarga, saya sanggup mengundurkan diri,” kata bintang filem Autumn In Wales arahan Rahila Ali ini.

Eyka berkata, dia bukannya tidak membuka hati untuk bercinta, sebaliknya enggan membiarkan wujud sebarang gangguan ketika kerjayanya sedang berkembang.

“Saya yakin, pasti timbul perasaan cemburu dan tidak puas hati dalam diri si dia apabila saya sentiasa sibuk. Saya pula akan jadi rimas apabila sering diganggu.

“Jadi, buat masa ini, rasanya lebih baik saya tidak menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Saya takut orang tidak faham dengan tuntutan kerja saya,” katanya.

Selain itu, Eyka Farhana melangkah setapak lagi dalam kerjayanya apabila mencuba nasib sebagai penyanyi. Eyka, 24, atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi diberi peluang menyanyikan lagu tema drama Dia Adelia berjudul Laki Laki yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi.

Walaupun lagu ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna itu percubaan pertama Eyka menjadi penyanyi, ia bukan masalah besar untuknya.

Eyka yang juga pelakon filem Polis Evo berkata, tidak salah untuknya mencuba sesuatu yang baharu selain ingin menonjolkan bakat dan sisi lain dalam dirinya.

“Pengalaman ketika merakamkan lagu ini sangat menyeronokkan. Walaupun gementar sebab pertama

kali masuk studio, Omar K dan Ikhwan banyak membantu dan ajar saya menyanyi dengan sebaik mungkin.

“Bukan mudah nak menjadi penyanyi. Malah, banyak lagi perlu saya pelajari dan ilmu yang perlu digali untuk menjadi penyanyi yang bagus.

“Cuma, ingin ditegaskan keputusan menyanyi ini bukan nak menjadi penyanyi profesional. Ia sekadar suka-suka. Kalau saya tidak mencuba, kita tidak tahu apa maklum balas diterima. Pada masa sama, penulis lirik dan wartawan hiburan, Rudy Imran juga minta saya cuba,” katanya.

Menurut Eyka, single itu sebagai portfolio baharu dalam kerjayanya yang dianggap sesuatu yang istimewa dan pengalaman berharga.

Bagaimanapun, Eyka mengakui fokus utamanya masih pada lakonan dan pengacaraan.

“Saya bukan nak buat semua benda, tapi ini peluang yang diberikan. Pada masa sama, dapatlah juga saya kembangkan bakat.

“Fokus saya masih pada lakonan dan pengacaraan. Bagi saya, jika ada cabang seni lain yang boleh dibuat, apa salahnya mencuba,” katanya.

BERLAKON DI INDONESIA

Selain menyanyi, Eyka juga mampu tersenyum lebar apabila satu lagi impiannya bakal tercapai iaitu berlakon di bawah syarikat produksi dari Indonesia. Eyka berkata, dia akan terbabit dalam penggambaran drama web bersiri, VIU yang memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat ini saya akan ke Jakarta untuk proses bacaan skrip. Selepas itu, baru saya diberikan butiran lanjut. Saya dimaklumkan penggambaran akan dibuat di Bali selama 45 hari.

“Saya bersyukur dengan tawaran diberikan. Apaatah lagi selama ini saya memang mengimpikan dan selalu bercakap pada diri nak berlakon dengan syarikat produksi luar. Apabila dapat peluang ini, saya berasa sangat teruja.

“Sekurang-kurangnya, saya dapat belajar macam mana mereka bekerja di sana dan melihat cara kerja mereka,” katanya.

Eyka berkata, pengalaman berlakon dengan pelakon Indonesia, Muhammad Ikhsan Saleh dalam drama Cinta Itu Fairytale baru-baru ini dijadikan asas untuknya membiasakan diri sebelum berlakon dengan pelakon lain di sana.

“Saya sudah ada pengalaman sebelum ini, jadi selepas ini tidaklah berasa kekok dan terkejut sangat. Saya ada juga bertanya pada rakan pelakon lain yang pernah berlakon di sana, mereka cakap tidak ada banyak perbezaan. Mereka berpesan kena pandai bergaul. Jadi, untuk lebih memahami dan bertutur dalam bahasa Indonesia, saya kena belajar. Ini persediaan yang saya buat daripada sekarang,” katanya.

Eyka berkata, tidak salah untuknya melebarkan sayap lakonan di sana sekiranya itu adalah rezeki yang sudah tertulis untuknya.

“Kalau ada lagi peluang selepas ini, saya okey saja. Lagipun, tak salah nak kembangkan bakat di sana. Alhamdulillah, apabila orang nampak bakat saya di sini, mereka cuba bekerjasama dengan saya. Saya bersyukur sangat,” katanya yang bakal terbabit dalam filem Polis Evo 3.

Sumber : MH via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*