Dua jam melambai tangan minta bantuan tapi semua taknak tolong hinggalah lelaki ini datang

”Saya tak sampai hati melihat pakcik itu melambai tangan meminta tolong dan berasa bersalah jika berlalu pergi tanpa membantunya,” kata Muhammad Khairunnaim Mohd Sobri, 27. Muhammad Khairunnaim memberi reaksi mengenai tindakannya membantu seorang lelaki tidak dikenali yang berdiri di bahu jalan sambil melambai tangan kepada kenderaan lalu lalang.Pengalaman membantu lelaki berkenaan dikongsikan menerusi kenyataan ringkas dan gambar di akaun Twitter miliknya, malam tadi.

Ciapan itu mengundang pelbagai reaksi dan sehingga kini mendapat lebih 600 tanda suka dan hampir 900 ulang ciap daripada warganet.

Menceritakan kejadian sebenar, Muhammad Khairunnaim berkata, kejadian berlaku semalam ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di KL Sentral ke rumahnya di Tasik Biru Kundang, Selangor.

Menurutnya, ketika menunggang motosikal di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor pada 7.15 malam, dia ternampak seorang lelaki yang sudah berusia berdiri di tepi van sambil melambai tangannya.

“Saya memberhentikan motosikal dan ketika itu, saya lihat dia tidak berseorangan sebaliknya bersama isteri dan anak perempuannya. Saya bertanya lebih lanjut dan dia menjelaskan vannya rosak ketika dalam perjalanan untuk membawa isteri dan anaknya untuk menghadiri temujanji bersama doktor di hspital berhampiran .

“Pakcik itu kata dia cuba mendapatkan pertolongan daripada pemandu lain yang lalu lalang tetapi tidak diendahkan dan akhirnya tersadai di baju jalan selama dua jam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Tanpa berfikir panjang, Muhammad Khairunnaim berkata, dia mempelawa lelaki berkenaan membonceng motosikalnya pulang ke rumahnya di Kuang kira-kira 15 minit dari lokasi itu. Menurutnya, lelaki itu kemudiannya mengambil motosikalnya sendiri untuk ke lokasi itu semula bagi membawa anak dan isterinya pulang.

Katanya, dia tidak menaruh syak wasangka kerana yakin lelaki berkenaan benar-benar dalam kesusahan dan tiada niat untuk mempermainkannya.

“Saya menawarkan pertolongan kerana simpati dan tidak sanggup membiarkan mereka dalam keadaan seperti itu. Mereka benar-benar dalam kesusahan jadi saya berasa bertanggungjawab untuk membantu kerana tidak dapat bayangkan jika ahli keluarga sendiri berada dalam keadaan seperti itu.

“Walaupun dia hanya mengucapkan terima kasih tanpa memberi upah atau ganjaran, saya puas kerana dapat meringankan bebannya kerana siapa tahu, saya pula diuji dengan nasib sama di kemudian hari,” katanya.

Muhammad Khairunnaim yang juga anak sulung daripada lapan beradik berkata, niatnya berkongsi pengalaman itu sekadar untuk mengajak orang ramai membantu individu dalam kesusahan.

Katanya, ada juga warganet yang mempersoalkan tindakannya kerana menganggap tidak boleh sembarangan membantu individu tidak dikenali tetapi lebih banyak komen positif daripada negatif.

“Bagi saya, daripada terus berburuk sangka adalah lebih baik jika kita mendoakan mereka yang dalam kesusahan,” katanya.

Antara komen ntizen,

Habibah Ismail, Alhamdullilah..ade ank muda se mulia kamu..bertuah ibu bapa yg melahirkan mu…moga kamu sekeluarga sentiasa dlm kerahmatan Allah swt..Aamiin

Mustika Hati, Syukur lah ada ank muda yg btanghungjwb mbantu insan lain yg tgh dlm kecemasan.Tabik hormat utk adik ni ya, smga diberkati.!!

Sofiah Azmi, Alhamdulillah..niat yg baik Allah balas jugk kebaikan mu.semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Dan melindungi mu sekeluarga… aaminnn

Ain Salim, Mulianya hati mu dpilih tuk mmbntu ssorg dlm ksusahn.. smg pakcik dn kluarga nya dprmudahkn sgla urusan nya.. smg Allah rahati mu dlm sgla hal.. Aamiin.

Ruslina, Alhamdulillah, Pak Cik yang kerosakan dibantu. Semoga yang membantu dilimpahi Allah dengan Rahmat, Barakah dan Rezeki halal, Allahumma Aamiin Yaa Allah.

Sumber: hmetro dan twitter via Ariana Rose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*