“Doakan semoga ia datang dari hati yg ikhlas” – Lisa Surihani dipuji anggun bertudung selepas pulang dari Umrah

Penampilan terbaharu pelakon Lisa Surihani selepas pulang daripada menunaikan Umrah menarik perhatian umum apabila dia kini sudah berhijab. Lisa hadir pada sebuah majlis dengan imej tersebut mendapat pujian dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto-foto terbaharunya di laman sosial Instagram. Malah Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, turut meminta orang ramai berdoakan yang terbaik buat dirinya terus istiqomah.

“Hai sayang, terima kasih. Berdoa dan berharap ianya perkara baik dilakukan, datang dari hati yang ikhlas,” tulisnya. Lisa berkata demikian selepas membalas komen salah seorang peminat yang memuji keayuannya mengenakan hijab.

Lisa menunaikan Umrah pada Syawal lalu bersama suaminya Yusry Abdul Halim dan dua cahaya matanya. Perkara itu menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji dan berharap aktres cantik itu mengekalkan imej terbaharunya itu.

Sebelum ini, pada 23 Februari lalu, genap tujuh tahun pasaangan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah ketika itu.Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka, Yusry dalam ucapan singkatnya kepada Lisa mengucapkan terima kasih kerana sentiasa berada di sisinya dan anak-anak mereka.

Kata Yusry, 46, sepanjang tempoh itu, sudah banyak yang dilalui namun dia bersyukur dapat mengharunginya bersama-sama tidak kira dalam keadaan baik atau pun sukar.

“Sayang, sudah tujuh tahun kita bersama. Sudah tentu dalam mana-mana perkahwinan akan ada masa yang baik dan buruk.”Tetapi melihat kembali, saya sangat bersyukur kita dapat mengharunginya bersama-sama dan bertambah kuat setiap hari.

“Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya dan anak-anak. I love you so much. Selamat Hari Kita 7!,” katanya di Instagram. Lisa, 33 dan Yusry berkahwin pada 23 Februari 2012 dan pasaangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, empat tahun dan Yusof Leonne, dua tahun.

Antara komen ntizen

ummfateh79, lepas balik Dr umrah terus berhijab.. umrah mabrur.. May Allah swt ease everything for you dear.. Alhamdulillah

maliza_razali, Sy antara peminat awk. Sejujurnya sy suka awk krn xbyk kontroversi dan setiap kali tgk awk sy akan berdoa semoga suatu hr nnti awk akan bertudung dan trs istiqamah. Alhamdulillah Allah kabulkn doa sy. Awk manis sgt bila bertudung

azurasamsuddin masha Allah love sgt semoga terus istiqamah, stay strong utk segala dugaan yg mmg akan selalu mendatang, love u lisasurihani

Ida khamis, Alhamdulillah. Tak ikhlas pun tak pe sbb apa2 pun hati kita, aurat wajib ditutup. Ustaz saya kata, biarlah kita dipaksa masuk syurga jgn kita sukarela masuk neraka.

farahallyssa Yong!!! Haiii aunty wanna say you r blossoming yong!! Cantik la awk muke manis je..bole kenan x muke manis tu utk baby akan dtg.

finaz.saedun, lisasurihani u’ve done great sis.. Keep istiqamah.May we always istiqamah with the journey. Naik turun iman itu biasa, challenges will always be there but it is part and partial of life . Lawa selalu bertambah lawa Alhamdulillah..

njthebagempire,U already cantik, no one can beats you already. So with or without tudung, forever cantik you will be. Please be istiqamah Lisa! Do it for the sake of Allah and Yusry, insyaAllah. Will pray the best for u!

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*