Dipersenda tak pandai siang ikan, Akhirnya ini respon Elfira Loy buat ramai terkedu

PELAKON Elfira Loy menganggap isu tidak pandai siang ikan apabila meminta bantuan suaminya ketika sedang memasak bukanlah satu masalah besar.Elfira berkata, perkara itu hanya dibesar-besarkan oleh netizen yang gemar mencari kesalahan dan mengkritik tentang kekurangan seseorang.”Itu bukan sesuatu isu yang besar pun tapi anda kenal netizen. Mereka suka bila anda tak tahu sesuatu daripada anda tahu semuanya.

“Kalau hari itu saya tak tahu, tiba-tiba hari ini saya dah tahu, anda ingat mereka nak kisah? Tidak.

“Lebih baik saya tidak berdebat atau melakukan apa-apa dengan orang macam tu sebab dia akan merosakkan minda dan perangai kita,” katanya menerusi Instagram.

Sebelum ini, Elfira Loy menerima kecaman netizen apabila meminta bantuan suaminya, Faris Khairol Anuar menyiang ikan yang ingin dimasak berikutan tidak tahu melakukan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Elfira menjelaskan dia sebanarnya bukan tidak pandai, sebaliknya tidak pernah tahu cara untuk menyiang ikan berikutan kerja-kerja itu selalu dilakukan oleh pekerja di kedainya.

“Saya tidak cakap yang saya tak pandai, saya cuma kata tidak tahu sebab tak pernah tahu. Selaluukan kedai yang siangkan.

“Kenapa ada beza ke kedai siang ke kita siang. Kejap lagi nak cuba gorenglah nak rasa ada beza atau tak beza. Tak pandai jaga mulut tu ada beza,” ujarnya.

Elfira dan Faris Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan bakal timang cahaya mata pertama.

Elfira dan suami bakal timang kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Apa komen ntizen :

Norhayati Misrani : Kalau bulan depan nk kahwin. Bulan ni masih ade masa nk belajar masak.kalau 5 bulan dh khwin tak tau bende basic. Tu maksudnya apa. Sorry elfira

Mekju : Masalahnye..bukan kami yg pi dapur beliau pi tngok beliau pandai ke idok siang ikan..beliau sendiri yg tunjuk kat insta beliau..Hawauuu

Selasiah : Dok Bli Ikn Kat Pasar ke Kat Shopping mall ke Msti Deorg Siap Siang Ikan.. Kekadang Ikn Size Kcil X Nk Singkan, Aku Merayu kat Bangla Tu Siang Juga Sudah nya

Awa Salchin : Suka cari salah amende nya. Dah terpampang dia yg tunjuk. Tunjuk kat family and friends jer tak leh ker. Hiiii geram aku budak ni. Dia je yg betul org lain semua salah.

Haliza Jaafar : Zmn dlu nk popular kna ade bakat mcm tan sri p.ramlee..zmn skrg kontroversi da cukup bole bukak restoran..mcm mne industri nk maju..pastu bts nk dtg Malaysia bising…

Ahmad Taufik : Sepandai2 wanita..sehebat2 wanita…kedapur jua….lumrah kehidupan…..

Fieya Razak : Suka hti lah nk post kt ig dy, x kcau org pun.. sibuk lah netizen Malaysia ni.. bnda tu pn nk viral..cri la bnda faedah skit.

Shah Sam : Mak kau xajar kau masak dlu ke?? Nk laki org kaya.. Buat ikan pun xbole.. Wat anak tahu.. Ruginy llki tu dpt bini mcm tu.. Klau aku dh lama cerrai

Hasanah Ghazali : Dah dah la tu.. Pasal siang ikan pon korang nak bgaduh ke ng dia ni.. Biarlah dia pny hidup… Laki dia yg nak kat dia ni.. Lantak diorg la nk hidup mcm mna pn.. X membina masa depan pn kalo asik2 benda ni nk dibuat isu besar… Lgpn dia tgh mgandung tu… Biarkan je lah dia… Kang dia tertekan nanti baby dlm perut kurg gerak la x aktif la mcm ex bini PU Abu tu mcm mna??? Sudah2 lah tu…

Sumber : mstar via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*