“Diam je lah, dah perangai dia mcm tu” – Abg ipar ‘pegang’, intai2 aku. Ngadu kat mak, sedih dengar jawabnya

Foto sekadar hiasan.Hai semua, aku nak kongsi kan kisah hidup aku dan aku nak korang bagi pendapat tentang hidup aku. Macam yang sedia maklum tajuk pun korang dah tahu pasal apa.Sesungguhnya bukan setakat claka, lebih teruk daripada tu. Umur aku baru 25 tahun. Ada sebab kenapa aku bagitahu umur. Nak bagitahu berapa lama aku hidup dalam sengsara.

Cerita dia bermula masa aku umur 6tahun tak silap, yang penting masa tu aku kecil lagi, tak tahu apa apa, akak aku dah kahwin dengan si claka hampir 18 tahun, si claka ni bagi aku duit. Aku ingat sebab ni permulaan kisah hitam aku. Lepas dia bagi duit, dia pegang aku punya *kemalvan*. Aku tak faham, sebab masa tu aku kecil lagi.

Lepas je jadi benda tu, aku tak ingat dah. Tapi masa aku darjah 3 atau darjah 4, ada lagi aku kena dengan dia. Aku tidur pakai seluar, lepastu bangun tak pakai seluar, aku sure aku tak bangun pergi kencing ke apa, dan sebelum ni tak pernah pun jadi. Aku bagitahu mak aku, mak aku kata. Diam je laa. Tak ada apa tu. So, aku lupa kan je laa.

Oh ye, si claka ni dan kakak aku duduk satu rumah dengan mak ayah aku, abang aku dan aku. Dulu aku tidur luar. Lepas aku cerita pasal benda seluar tu, mak aku tukar suruh tidur bilik.

Masa ni pulak masa aku sekolah menengah,

Aku tingkatan 4 tak salah aku. Aku mandi, mana lah nak perasan orang. Anak buah aku yang cakap, si claka ni intai aku, siap ckp dekat mak aku ye. Mak aku suruh DIAM. Aku bengang ye dengan mak aku. Anak perempuan kau, anak dara kau orang intai kau suruh diam? Aku sabar. Aku lebih berhati hati lepastu.

Habis spm aku sambung belajar, aku rasa tenang sangat dapat duduk jauh, kalau duduk rumah kena dengar si claka dan kakak aku gaduh. Mak sendiri tak percaya anak. Pernah aku tak balik 3bulan dekat rumah. Padahal tempat belajar tak jauh pun.

Aku punya benci nak balik rumah tu sampai tahap aku bagitahu mak aku, aku banyak assignment kena buat tak boleh balik. Derhaka jugak lah aku dekat mak aku :(, tapi aku terpaksa. Aku selalu cakap dekat mak aku, pindah lah. Taknak duduk dengan cel4ka tu. Mak aku senyap.

Lepas je habis study selama 3 tahun lebih kena balik rumah jugak. Sumpah weh aku tak nak balik rumah tu. Aku tak selesa. Tapi takde siapa faham aku. Aku trauma. Aku nampak je si claka tu mesti aku rasa nak marah.

Masa kecil aku tak tahu lah dia ada buat apa lagi. Sebab aku ingat yang dua tu je. Dia pernah intai dari tingkap luar masa aku mandi. Aku pernah jumpa dia dekat luar, belakang lorong bilik air nak intai aku. Aku jeling dia. Aku nak mengadu dengan siapa weh, orang tak layan.

Aku nak membuang pun dia intai, aku tak tahu lah, bila aku cakap dekat mak aku, mak aku kata diam je lah, dah perangai dia macamtu. What the heck. Tahun lepas aku kerja luar dan duduk menyewa rumah. Tu pun aku rasa tenang.

Tak payah nak hadap duduk rumah dengan si cel4ka tu. Dah lah kerja pemalas. Mengharapkan duit isteri je. Lepastu nfsu tak reti kawal. Gaduh dengan isteri pergi cari perempuan lain, Umur makin meningkat tapi perangai. Orang macamni nak berubah? Susah weh. Tapi tu laa, company tu bankrap. Aku pun hilang kerja. Kena lah balik dekat mak ayah.

Semalam aku s4kit perut, aku lari masuk toilet, aku perasan macam ade orang lalu depan toilet, aku ingat kan mak ayah aku ke. Aku dah selesai membuang, aku masuk bilik. Aku nak keluar dari bilik dia ada depan pintu aku.

Rumah aku papan. Pintu aku tu atas dia senget. So boleh nampak dalam. Dia intai lagi weh. Aku keluar aku jerit “kau buat apa haa setan”. Dia pura pura usap kepala anak dia. Sebab anak dia tidur dekat luar tu. Dia ingat aku bodoh agaknya.

Masa aku bukak pintu bilik aku, muka dia terkejut. Aku geram gila. Aku pergi cari mak aku, aku cakap aku nak pindah rumah abg aku, aku tak nak duduk sini. Aku cakap dekat mak aku. Elok ke perangai macam tu intai intai orang.

Macam biasa mak aku cakap DIAM JE LAH, DAH PERANGAI DIA MACAM TU. Aku dah s4kit hati sangat sampai aku tinggi suara dekat mak aku. Aku marah mak aku sebab backup claka tu. Aku nak tanya, kalau k3s macam ni boleh report polis ke ye? Sebab bukan sekali dua ye dia buat hal macam ni.

Mak aku nak aku kene rgol dulu ke baru nak menyesal. Aku taip ni dalam keadaan yang sangat tenang, sebab aku dah luah dekat abg aku dan isteri dia. Dorang cakap kalau nak buat report polis, buat lah. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

Hampir 18 tahun aku pendam. Sampai bila nak macam ni. Duduk rumah sendiri tapi dalam keadaan ketakutan.

Antara komen netizen :

Munirah Mokhtar –Abg awk dgn mak awk pn sama. I cannot brain that kind of mother who refuse to protect the children. Elok report polis.

Annisa Kharmi –kau pandai tumbuk sambal?haaa..tumbuk 10 bijik cili padi kasi lumat,tambah secawan air..kacau sebati lepastu masukkan dlm botol yg org buat buh sos tu,yg blh picit2 tu kan..tiap kali ko nmpak die ngintai ko shoot tepat ke bijik mata dia…insyaAllah menggelupur setan2 yg galak bersarang dimatanya..
selamat menchuba.

Nur Hajarul Musa –Pepper spray tu, kau spray mata dia masa mengintai. Bawak phone sambil tu. Kau buat konon2 masuk bilik air, then rakam perbuatan dia. Dapat bukti kau buat report polis. Kalau takde tindakan, kau v1ralkan je.

Kuasa v1ral lagi hebat sekarang ni. Lepas tu kau cari keje jauh2 sabah sarawak ke, kau pindah sana. Mak kau? Bab mak ni susah nak cakap, mak kau ni heran jugak aku perangainya bole diam je. Aisshhhh.

Mariam Kitchen –Report polis plssss….mak tu takut abg craikan kakak. Typical common malay minded mmg mcm tu. Takut sgt bercrai / dicraikan. Takut pada stigma masyarakat. Pergi mamp*s laa stigma2 bodoh tu. Report jer….s4kit hati plak bila tau mak awk mcm tu bila awk mengadu.

Farah Wahidah –Bila dia buat prangai trkutuk intai2 tu.. rakam vid dia yg jelas bole buktikn bhw dia ada brkelakuan intai utk disabitkn bukti. Lps tu dah rakam sembur pepper spray tu.. lps tu g buat report polis utk cover dri sbb u sembur lada mesti dia marha takut dia dndam ke apa dn tjuan report juga utk polis action ats kslhn dia pd u.

Lps tuh g cari kja luar dn tnggal sewa luar kalau bole.cpt2 bernikah jika ada jodoh. Psl mak tu.. kna fhm nape dia bgitu sbb dia fkirkn psl kakak cik. Maafkan dia ats kelemahan dia sbg seorang ibu. moga cik dipermudahkn urusan dn dilimpahkn rezeki olh Allah swt.

Thaifah Mansurah –Inilah antara masalah sosial yg kebanyakannya berlaku tetapi tak dpt diselesaikan. Kerana ahli keluarga tidak mahu bertindak mengikut undang2 sepatutnya. Mereka hanya memikirkan soal malu dan maruah keluarga semata-semata dan membiarkan mngsa terus menjadi krban dan hidup dlm keadaan trauma dan ketakutan.

Ada sesetengah k3s dh report polis. Lepas tu keluarga pujuk suroh tarik balik hanya kerana si pemngsa mempunyai pertalian drah dgn mngsa. Kalau awak nak buat report buatla. Kita kena ubah budaya ni. Sbb ianya tntg masa depan dan maruah awak.

– S (Bukan nama sebenar) via iiumc via edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*