Dia tak de class punya isteri la yangg, asyik cari duit je, B diabaikan. Kalau ayang jadi isteri ke dua B, benda ni semua takkan terjadi kan

Foto sekadar hiasan. Hai salam semua..Ramadhan kali ni memberi aku erti dan seribu makna hubungan aku dan suami. Nama aku Yani. Aku berasal dari negeri Kedah. Orang utara terkenal lagu dgn pantai merdeka, yaa situ lah kampung suami aku. Aku pula berasal dari Petaling Jaya.Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suami berasal dari kampung, aku memang budak bandar sejati.

Aku memang dibesarkan dalam keadaan selesa. Tak terlalu kaya, tapi bukan orang susah. Berbeza dengan suami yang memang bukan orang senang. Nak dipendekkan cerita, kami ni memang berbeza serba serbi, bagaikan bumi dengan pluto.

Dulu suami nak hanya tahu makan nasi je, makan mcD tu kira da mahal sgt bg dia. Tapi itu dulu… Setelah berkahwin dengan dia, kami berpindah di kawasan Cheras Kl atas faktor kerja utama kami dikawasan Kl. Dia bekerja pembantu pegawai perubatan di hspital kerajaan. Mana kala aku pula bekerja sebagai manager rangkaian telekomunikasi tebesar di Malaysia.

Waktu sekarang adalah 4.42 ptg. Kepala aku ligat berpusing lagi memikirkan macam-macam. Nak buat luahan pasal suami, orang cakap buka aib. Tapi kalau cerita kat member, memang betul-betul buka aib dah tu. Tujuan aku murni je, dengan harapan perempuan luar sana dapat cari kekuatan jika ada masalah rumahtangga.

Bermula perkenalan kami sungguh indah, semua serba serbi di penuhi dengan janji dan kasih sayang orang bercinta. Alhamdullilah perkenalan kami selama 3 tahun membuahkan hasil sehingga kami sah diijab kabulkan sebagai suami isteri.

Saat paling indah bila kali 3 suami laffaz baru kami sah sebagai pasngan suami isteri. Suami memang cepat gabra (nervous, kalau utara cakap gabra). Ayah aku yg akad nikah kami time tu sebab aku sorang je anak perempuan dalam keluarga. Aku lebih manja dengan ayah berbanding ibu.

Syukur sepanjang perkahwinan suami mengamalkan sikap tolak ansur dan menghormti orang tua. Kalau balik cuti tu, dia lah yang akan sapu sampah di halaman rumah orang tua aku. Memang sejuk je mata kalau pandang sikap suami. Pandai ambil hati orang tua.

Untuk pengetahuan semua, aku dan suami dah berkahwin lebih kurang 2 tahun plus. Takde anak. Dua2 bekerja bidang professional. Income isi rumah 6k+ & duduk dibandar. Da alang tak de rezki anak lagi, kami di murahkan rezeki dari segi harta di mana suami mampu pakai kereta honda civic, manakala aku menggunakan vellfire.

Opss sebelum terlupa td kan aku ada mention suami sebagai pembantu perubatan manakala aku manager di syarikat telekomunikasi. So, korang da boleh expect tangga gaji aku jauh lebih tinggi dari suami. So, point aku disini. Nnt aku ceritakn dibawah.

Sepanjang perkahwinan yg singkat ini, aku banyak berkrban duit aku untuk bermacam-macam event. Contohnya waktu masuk rumah, waktu suami nak belikan hadiah dekat mak mentua aku, waktu nak travel ke luar negara.

Sampaikan duit yang sepatutnya jadi duit hantaran aku, aku halalkan untuk suami aku amik dan bayar untuk kenduri belah suami. Sebab kami mula bekerja lepas degree dan ada masa dalam masa setahun je sebelum majlis kahwin. Suami pulak memang start savings daripada zero, jadi aku takde expectations utk duit hantaran tu.

Maybe disebabkan hal ini, Allah murahkan rezeki aku bab2 duit. Memang betul hati aku lapang bab-bab duit dengan suami ni. Sampaikan satu masa, gaji aku plus gaji dia pastu split dua dalam segala komitmen kami. Betul2 memahami habis dah lah aku ni haha.

Bila aku terlalu murah rezki dgn suami, semua urusan aku di permudahkan dengan kenaikan pangkat dan gaji yg mudah. Selama 2 tahun perkahwinan ini juga da lebih kurang 4 kali kami pergi ke specialist unutk uji kadar kesuburan kami sebab masih belum dikurniakan cahaya mata.

Alhamdullilah, ke empat empat result menunkukkan kami dalam keadaan normal. Cuma rezeki sahaja belum ada untuk menimang cahaya mata. So, hidup kami lebih kepada enjoy berdua. Kami lebih suka shopping, beli gadjet, tapi itu semua guna duit. Yaa, aku yang tanggung suami.

Tapi terjadinya satu incident yg memberi kesan cukup mendalam untuk mengajar aku macam-macam. Sewaktu aku sibuk bekerja outstation, aku tangkap suami aku bermesej dengan ex dia zaman sekolah. Memang aku mengamuuk bagaikan nak runtuh rumah walaupun cuma mesej aje.

Dalam mesej tu bersayang bagai. Memang suami ada mention dekat ex gf dia yg aku ni mandul, tak boleh berikan dia zuriat. Dia kutuk aku dalam mesej mengatakan aku lebih penting kerjaya dari dia. Hanya tahu cari duit sehingga masa bersama dgn dia tiada. Tapi itu semua TIPU. Suami aku FITNAH aku..

Suami: Dia tak de class punya isteri la yanggggg, asyik cari duit je, B diabaikan.. Kalau yangg jadi isteri ke dua B, benda ni semua takkan terjadi kan..

Ex GF: Ayang akan layan B sepenuh jiwa raga kalau B ambil ayang sbgai wife. Ayanggg akan layan B 24 jam non stop.. I LOVE U B…

Hati isteri mana yang tak hncur tengok perbualan whastapp suami dgn ex gf dia mcm tu. Semua kehendak suami aku turutkan dengan keihlasan hati aku tanpa paksa. Tak sangka ini yang suami balas.

Aku baca whatsapp suami aku time dia tertinggal hp di rumah sewaktu nk keluar kerja pagi kebetulan aku cuti pd hari tu. Aku menangis sepuas2nya lepas baca mesej macam tu. Aku tunggu kepulangan suami lpas habis waktu kerja. Aku nk penjelasan dia!! Apa semua ni!!

Memang angin puting beliung petang tu, kami gduh besar petang tu, dan yang paling best suami mengaku depan aku dia yg hantar semua cmtu dekat ex GF dia sbab apa? Sebab rasa syang dia dekat ex Gf masih ada. Dia juga ada bagi hint dekat aku kalau 3 tahun lagi kami tak dikurniakan anak, dia nak ambil ex gf dia tu sebagai isteri nmbor 2.

Berani sungguh dia ckap depan aku camtu, mmg hati aku macam dicarik2 dituang air panas yg mendidih. Korang bayangkan dari dia susah sampai dia ada harta sekarang, semua ats rasa ihsan dan sayang aku dekat dia. Berhempas pulas aku kerja ini balsan dia kt aku.

Aku nak crai, tu je dalam fikiran aku. Tapi suami minta maaf dan minta peluang kedua. After much thinking & solat, aku beri peluang kedua tapi bersyarat. Aku tak nak tanggung dia dah, tanggungjawab dia yg bab rumah & makan minum tu dia tanggung.

Lepas buat mcm tu, memang gaji dia tinggal sikit je utk savings sikit dan belanja. Baru dia mengerti kemampuan dia tanpa aku support dia.

Aku pun cakap camni…

Aku: clearly abang memang tak mampu utk beristeri dua mahupun berscandal dgn balance gaji banyak ni. Kalau nak jugak buat hal, pegi la. Semoga Allah sempitkan rezeki abg sebagai balasan.

Korang apa suami aku buat?? Dia hanya mampu tersenyum je, aku rasa dia teringat masa aku terbalikkan rumah macam puting beliung semasa dia ditangkap cvrang tu. Mungkin dia tengah menyesal. Kahkahkah padan muka.

Setelah kejadian tu, aku positif je la walaupun ada masa hati bagai dicarik2. Hati suami aku, Allah pegang. Aku usaha la macam mana pun, tapi kalau aku tak jaga hubungan aku dgn Allah, habis lah semua nya.

Aku reflect balik mana2 kekurangan dalam ibadah aku disamping bersikap jaga-jaga. Itu je effort aku utk jaga hati suami agar sentiasa tetap dengan aku. Ye lah, apa lah sangat aku boleh buat. Zaman yg serba mudah ni, memang mudah sangat2 nak cvrang.

Kau main wechat yg bodo-bodo tu pun boleh cvrang. Nak kata aku ni tak layan laki, rasa mcm dah terlebih layan. Dlm masa terdekat ni kami nak pi honeymoon kat luar negara, aku dahulu kan duit aku utk segalanya. Tp bulan2 lepas ni aku claim balik la hak aku secara ansuran. Hahah.

Apa kau igt sesenang je aku nak belanja dia? Ish kalau nak cerita bab duit ni, memang tak boleh kira berapa bnyk aku bantu dia. Aku bukan kedekut dan berkira, tapi bila kau bermurah hati, lepas tu suami buat hal…memang kau akan ungkit semuanya weh.

Da masuk 10 ramadhan terakhir ni, tiap tiap malam aku bermohon agar diberi kekuatan agr jodoh kami panjang. Dua minggu lepas kami balik ke kpg suami. 3 malam tu lpas terawih dia asyik pulang lewat je. Aku syak dia pergi ex gf dia lepas solat.

Tapi aku buang perasaan itu, aku fikir dia hanya pergi jumpa kawan2 lama dia minum lepas terawih. Tapi dia SILAP. Aku lebih pendai dan berhati2 walaupun alasan bnyk diberikan dia balik lewat mlam tu. Korang kalau nk tahu apa yang terjadi. Nnti aku sambung lagi, sbb aku nk siap2 pergi bazar jap. Assalamualaikum…

Sumber : dunia kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*