“Dia kata saya tidak bawa dia mandi kolam. Jadi dia terjun dlm Iopak air itu”, Ibu hiIang kata2

“DIA kata saya tidak bawa dia mandi kolam. Jadi dia terjun dalam Iopak air itu,” kata Rozita Abdul Razak, 39. Itu respons wanita itu apabila mengetahui gelagat anaknya, Putera Muhammad Shafi’e Sak’ma, 7, yang mandi di dalam lopak air menjadi tular di Fcebook Rozita berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang berdekatan dengan tempat sekolahnya mengajar di Sekolah Agama Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.

“Memang setiap hari, apabila saja pulang dari sekolahnya, pemandu bas akan memberhentikan anak saya di tempat saya mengajar.

“Ada rakan memberitahu saya yang anak saya main air di luar sekolah. Namun, saya tidak sangka yang dia mahu terjun dalam Iopak air berikutan hujan sebelum itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ibu kepada empat anak itu, berkata, anaknya bongsunya itu sememangnya aktif dan suka bermain air.

“Pantaang nampak air, dia memang orang pertama yang akan teruja terlebih dahulu. Kalau dekat kampung, air hujan yang turun dari atap rumah dia akan ‘mandi’ dulu.

“Kami tidak akan halang untuk dia bermain. Bagi kami ia adalah proses terpenting dalam proses pembesaran selagi ia tidak mendatang kemud4ratan kepada mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Rozita berkata, beliau dan suaminya bercadang untuk membawa anak-anaknya mandi ke kolam dalam masa terdekat.

Terdahulu, status yang dimuat naik Rozita itu tular di media sosial dan rata-rata netizen terhibur dengan tindakan anak Rozita itu.

Netizen turut terhibur. Antara komen mereka.

Norhafiza Azman, Best kau dik. Makcik mandi sungai belakang umah curi-curi mandi. Balik rumah basah kuyup petik nama sepupu tolak jatuh sungai. Hahahaha. Sesungguhnya Aku bersalah dan berdosa memfitnah sepupuku. Hahahaha tapi mak makcik lagi cerdik dik, berbirat belakang sebab dia tau taktik penipuan makcik.

Rock Well, Bagus dik..Pakcik dulu kalau arrwah ayah tahu terjun lopak atau mandi sungai,balik rumah siap sedia lah sesi temuduga.. selalu nya temuduga berakhir dgn tali pinggang hinggap kat blkg.. sampai skrg acik x reti berenang..sedih nya.

Nurhaniza Harun, Permainan kami dulu ni dik.. Ujan lebat bermakna raya sakan.. Siap tadah kepala kat pancoq atap.. Heaven gilerrr.. Tapi tu smua time ayah tadak ja.. Time dia ada.. Tertib lendit duk lam umah sambil mata pandang sayu.. Tengok ujan..

Khairul Nizam, tetibe teringat mase kecik2 dulu..mandi dalam longkang dgan abg aku masa hujan lebat.. mak aku cari, terjumpa aku tgah mandi dlm longkang.. dengan mak2 aku skali terjun mandi longkang skali.. siap suruh balik panggil kakak aku dtg join..

Nana, Mak aku dh siap tali pinggang kalau macam ni. Yg selalu kena adik bongsu.hr ni balik sekolah kasut kotor.esknya balik sekolah, poket baju hilang.lusa tu pulak dr sekolah,jinjing lengan baju sebelah.lengan baju blh tertanggal dr baju..bila setiap kali tny…main dgn kawan…tp bila part lengan bju hilang tu..tk tny dah knp…kena belasah terus.. lain mcm btl perangai dia..skrg dh jd bpk org dah…berkat tali pinggang,hanger..jd jgk org bdk tu.klu mak aku biarkan tak tau lh jd apa skrg

Nurul Nahida, Zaman dedulu benda ni biasa je sbb ni le permainan zaman tu.. Zaman ni je jd pelik, sbb semua lebih bnyk ngadap gajet… Dedulu mmg tgu ujan, mmg menanti lopak cmni… Indahnye zaman dulu

Sumber : Harian Metro via celotehsaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*