Dekat sekolah kerja byk penat sgt, bila blik rumah je, sikap suami mnjadi jadi bila suruh layani dia tiap2 malam

Foto sekadar hiasan.Hai salam semua, perkenalkan diri nama aku Hani, seorang isteri yang berusia 30an. Mempunyai seorang suami bernama Hazran yang berusia 32 tahun.Saya juga mempunyai tiga orang cahaya mata. Saya dan suami bekerja dalam sektor kerajaan di mana saya berkhidmat dalam bidang pendidikan dan berjawatan DG41. Suami pula under JPA dengan memegang jawatan N17. So, untuk gred gaji memang jauh beza sgt saya dan dia.

Gaji saya lebih besar 3 kali ganda dari suami. Dan saya tak kisah bukan nak bangga diri pun even gaji saya lebih besar dari suami. Saya dah niat dalam hati, mana yg boleh sy bantu, sy akan bantu agar keluarga kami saling mencukupi. Tapi itu sekadar bagi menyenangkan hati, bnyk benda di sebalik berlaku antara saya dan dia.

Tujuan saya tulis luahan ini juga bagi buka mata semua isteri dan suami diluar sana supaya jngan kena ” game ” mcm saya, ambil kesempatan atas orang lain even dia suami ko ke, bini ko ke.. Please la.. rasa bertanggungjawab sikit dekat keluarga.

Kisah bermula ketika saya mula berkhidmat dalam bidang pendidikan. Sewaktu kami tinggal di rumah sewa dua tingkat, suami menyatakan beliau tidak mahu duduk menyewa. Beliau mahu membeli rumah sendiri, lalu beliau meminta saya membuat pinjaman perumahan kerajaan atas nama saya (kami tidak join loan, kerana waktu itu gaji saya lepas untuk memiliki rumah tersebut).

Beliau mengatakan tidak mahu rumah teres (rumah teres rapat2 katanya) Beliau mahu rumah yang ada tanah sikit. Lalu kami bersetuju membeli rumah berkembar. Suami memang demand kuat, mcm dia sendiri punya loan. Tapi ingt ni semua atas nama saya.

Setelah dapat kunci, mestilah kami mahu ubah suai rumah dan beli keperluan untuk masuk rumah baru. Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses untuk hias rumah, suami sekali lagi suruh saya buat personal loan. Maka saya buat personal loan.

Kemudian suami kata tidak cukup. Maka saya terpaksa buat pinjaman sekali lagi. Sewaktu itu, suami berjanji akan menampung separuh bayaran bulanan tersebut.

Personal loan sebelum ini, bulanannya RM400, kemudian yang terbaru jadi RM700. Suami berjanji akan topup sebanyak RM300. Saya bersetuju.

Tapi setelah menduduki rumah baharu, saya seolah terkejut terlalu banyak komitmen dalam slip gaji saya . Ansuran rumah tiap bulan sebanyak RM1400, Personal Loan RM700 dan kereta RM800. Total kt situ saja dah RM2,900 untuk sebulan.

Hari demi hari, hutang tersebut akan ditolak dari gaji saya. Suami masih tidak memberikan topup RM300 utk back up komitmen saya. Saya juga tidak mintak. Saya hanya beranggapan dia faham. Tapi makin lama makin melampau, dia buat dont know je.

Saya tahu dia bergaji kecik. Kadang-kadang kami tidak ada duit nak makan. Sampai satu tahap, kita orang makan nasi lauk telur dengan kicap je. Harap rumah je besar dan cantik, tapi duit makan pon tak cukup. Sampai makanan tu kami terpaksa catu kot.

Itu baru bab makan, belum masuk bab bil air dan elektrik pon saya terpaksa tanggung. Kadang2 tu sampai da nk kena potong baru saya akan bayar. Suami ? Jangan tnya lah.. Selagi dia boleh buat dont know, selagi tu la dia buat tak tahu. Lagipun saya pon tak nak bermasam muka dengan suami.

Untuk pengetahuan, saya juga buat potongan gaji untuk insurans anak-anak. Kadang-kadang saya terfikir untuk jual sahaja rumah ini. Saya betul2 terbeban dengan hutang piutang yg diletakkan atas nama saya. Semua tu atas kerelaan saya , bukan paksaan suami. Mulanya memang saya nk bantu, tapi tak tahu ending nya akan macam ni.

Setelah 7 tahun berkahwin, suami kadang-kadang sahaja menghulurkan duit bulanan kepada sy. Dia tidak bertanya sama ada gaji sy cukup atau tidak, dia tidak bertanya sama ada saya memerluukan duit untuk membeli barang peribadi atau tidak. Dia beranggapan saya banyak duit. Sedangkan saya cukup-cukup makan.

Yang paling sedih bila suami saya hanya tahu minta saya melayaninya. Tiap tiap malam dia nak jgk. Beliau langsung tidak memahami penat saya bekerja seharian. Setiap hari saya balik lewat dari sekolah. Apabila saya tolak, beliau terus dingin dan tidak tidur bersama saya.

Beliau akan tidur diluar atau dibilik lain. Beliau akan terus menyalahkan saya, dan tidak tidur bersama saya. Dengan beban komitmen dan penat otak, saya tertidur bersama anak kecil sy kerana menunggunya masuk ke dalam bilik. Beliau akan terus diam dan tidak bercakap hanya kerana saya tidak melayaninya.

Time tu saya hnya fikir adakah saya tersalah pilih haluan hidup atau adakah ini semua dugaan bagi saya? Yelah dengan hutang bebanan tiap2 bulan yg perlu sy tanggung, bila balik rumah suami suruh saya “layan” dia tiap2 malam. Saya betul terasa penat sgt. Belum campur hal anak2 lagi.

Kemuncaknya, kami bergaduh. Saya tidak bayar kereta selama tiga bulan dengan harapan dia akan bayar kereta itu. Sehinggalah suatu hari ada orang datang tanya pasal kereta, saya tahu dia nak tarik kereta saya.

Saya maklumkan pada suami, suami hanya mengutuk sy kenapa beri orang itu masuk ke parking. Beliau mengatakan saya bodoh kerana saya membenarkan orang tersebut masuk ke pagar sy.

Padahal ketika itu saya tahu orang itu dari pihak bank, yang membawa segala bukti mengatakan saya tidak bayar kereta. Dan waktu berlaku kejadian tu dalam pkul 1 tengah hari.

Saya meminta suami jelaskan, tetapi beliau senang menjawab abang takde duit. Nak tarik, tariklah. Saya sangat marah kerana suami tidak ada rasa bertanggungjawab. Sikap acuh tak acuh suami yang tidak bertanggung jawab buat hati saya semakin tawar untk bersama dgn nya lagi. Serius saya rasa seperti dipergunakan walaupun da bertahun kami berumah tangga.

Akhirnya, saya usaha keluarkan simpanan saya dan saya bayar sendiri. Kemudian barulah suami seolah-olah mahu berbaik dengan saya. Tapi apabila kami bergaduh, saya akan ungkit semuanya.

Suami cakap saya asyik mengungkit, dan bertanya kepada saya sama ada saya ingin berpisah dengannya. Suami langsung tak beri kesenangan pada saya. Saya cemburu melihat orang lain dilimpahi kemewahan oleh suami mereka. Sedangkan sy berusaha sekerasnya untuk puaskan diri sendiri.

Saya lihat kebanyakkan suami, menyenangkan isteri. Saya seolah menyesal dengan kehidupan saya bersama suami.Saya ingin bercrai, tetapi memikirkan anak dan saya tidak pandai membawa diri seorang diri tanpa suami. Entahlah, saya buntu dengan keadaan sekarang.

Suami langsung tak faham saya. Apa yang dia tahu hanya melayaninya. Sedangkan otak saya penat memikirkan kerja dan komitmen lain. Dan apabila saya tidak layan, dia akan terus menghukum saya dan menyalahkan sy dan bersikap dingin. Saya sedih.

Apa lah yang perlu saya lakukan untuk puaskan hati dia, berhenti kerja layan dia 24 jam? tapi komitmen siapa nak bayar? Dia? Hmmm Jangan harap lah.. Para pembaca luahan ini, saya mohon korang doakan saya semoga lebih tabah menghadapai duggan ini.

Sumber : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*