‘Dari 2012-2017 Tak Pernah Berhenti Beranak’ – Ibu ‘H0t’ Ini Bersyukur Dikurniakan 5 Anak Seawal Usia 25 Tahun. Jgn Stress Bila ”Termengandung”

Siapa sangka seawal usia 25 tahun wanita ini mepunyai 5 orang anak yang comel. Dugaan untuk membesarkan anak ternyata mencabar dirinya. Namun ibu cantik ini bersyukur kerana dikurniakan anak yang menceriakan hidup serta dapat menikm4ti kehidupan sebagai seorang ibu. Menerusi Fb Nieyssa Hashim berkata anak merupakan rezeki kiriman Allah dan percaya bahawa terdapat hikmahnya. Jangan mengeluh apabila menguruskan anak kerana kebahagiaan ini tidak dapat dijual beli apabila dikelilingi anak-anak apabila meningkat tua.

Dari 2012-2017 tak pernah berhenti beranak

Mommy of 5 little kids.

Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun, dari 2012-2017 tak pernah berhenti beranak, selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja. Tak berkawan dengan orang. Hakikatnya bukannya mudah. Semua tak pernah tahu, tak pernah mengerti akan penatnya diri ini.

Tapi Allah sebaik-baik perancang. Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga. Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dariNya.

Sebab tu bila orang tanya tak penat ka anak ramai, penat tu memang penat. Stress marah meng4muk tu perkara biasa. Menangis waktu pagi bila kelima-lima anak nak pergi sekolah itu dah perkara wajib dah. Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.

Allah sebaik-baik pemberi

Tapi lama-lama saya enjoy saya suka saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai. Sebab tu bila orang nak beranak ramai saya sokong.

Masa untuk diri sendiri sangat terhad. Segala-galanya hanya fikir tentang anak. Tapi bila anak sedang membesar kita dah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri. Kesusahan waktu dorang kecil hanya 5 tahun sahaja. Sekarang dah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.

So bila orang yang Ter-mengandung sila jangan stress. Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat, Allah yang wujudkan. DIA sebaik-baik pemberi. Percayalah hikmah dan kebahagiaan tak dapat dijual beli dikelilingi anak-anak apabila kita meningkat tua.

Antara komen netizen:

“Alhamdulillah rezeki awak dpt zuriat byk, berkemampuan. Sronok tgk. Mmg betul nnt anak dh besa rs sunyi. Tp.. Tk semestinya anak sorg dua tu tak bahagia. Ade org tk boleh beranak byk atas faktor kesihatan. Ade org atas faktor kewangan. Ade org atas faktor keluarga dan sebagainya.”

“Alhamdulillah rezeki dia. Suami yang memahami , kewangan yang mencukupi , lengkap semua kelengkapan . Semoga terus dilimpahi rezeki”

Kalau berkemampuan X apa beranak lah sampai berapa pun rezki jg d tolak.. Tapi kalau X berkemampuan merancang lah supaya jg terbeban akhirnya anak jadi mngsa keadaan.. Saya pilih merancang cukup anak satu aje,sukuralhamdulliah bahagia juga walaupun ada satu anak aje..

Kakak sy umur skrg 35thn tpi ank dia 6 org skrg ni..smua da besar pnjg..yg sulong umur 18thn xsilap skrg ni.Msa kecik je agak ssah jaga tpi bila smua membesar,yg abg kakak da blh tlg jaga yg adik2 plak..

Klau maid jga okay la.. Klau aku tiap2 tahun pun nak, rezeki ank ramai Alhamdulillah.. Aku pun bru je lps brank tahun lps.. Tahun ni pun nak beranak jgk..rezeki Allah bagi penat tu sethn dua jaa bila dah besar tahan la sikit

Aku pun tk berhenti beranak.sampai mulut seseorang tu pun tk berhenti marah2 .padahal aku beranak ,dia panas mcm cacing.anak adalah pembawa rezeki.Alhamdulilah makin byk rezeki melimpah.

Sumber: Nieyssa Hashim via ohbulan/menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*