“Comelnya, Sebiji muka Yusuf”, Tahniah Haniz Zalikha selamat melahirkan baby girl

Tahniah hairul Azreen dan Haniz Zalikha baru dapat baby baru sebentar tadi. Alhamdulillah, Hairul kongsikan berita gembira di ruangan instagram miliknya menyatakan isterinya hanis selamat melahirkan baby girl petang tadi. Anak perempuan yang di beri nama Alisa Aisyah binti hairul azreen memiliki wajah seiras yusuf menarik perhatian netizen dan peminat mereka.

Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira, isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen
petang tadi 5.59pm ,
Dua2 anak Daddy lahir hari Jumaat,
Thank you Mommy haniszalikha
Thank you sayang
Thank you my bam bam

Alahai comeynya adik yusuf. Ramai rakan artis turut mengucapkan tahniah dan rasa syukur atas cahaya mata kedua mereka. Netizen dan peminat turut teruja menyatakan wajah adik yusuf copy paste muka yusuf.

Apa komen netizen :

lidialovedaisy, Assalamualaikum Alisa Aisyah, moga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, comelnyaaaa sebijik muka Yusuf!

chocolatesandsuch, Yaa Allah! Ingatkan throwback gmbr yusuf tadi..Alhamdulillah..congrats to both of you & big brother yusuf

umi_eiylinda ,Alhamdulillah. thaniah..kuo² muka abg dia sgt..seronoknya ada bby..doakn sy pulak ada rezeki bby.

qilla_illa, keemaaaaaaaa lawa nyaa anak keknis kecik kecik dah lawa . Ngah tengok ni nanti kenan kat anak kau hehehek boleh ke

razha1565, Alhamdulillah tahniah buat kalian berdua semoga dgn kelahiran baby girl ini akan terus membahagiakan kehidupan hingga ke jannah. Insha Allah

sis_zyzee,hairulazreen haniszalikha .. allhamdulillah.. Tahniah.. semoga menjadi anak yh soleha dunia Dan akhirat… Aamiin… Anis selamat berpantang

aicakamal, Alhamdulillah! Eh nama kita sama la aisyah pastu tarikh lahir pon dekat selang 2 hari je

nisa_or_icha Selamat awak, semoge anak tumbuh menjd anak yg sholehah,baek budi pekerti dan akhlak mulia,aamiin

Kami doakan agar haniz dan baby di beri kesihatan yang baik, dan selamat berpantang haniz.

Sebelum itu, Mstar melaporkan Yusuf Iskandar bakal dapat adik, Hanis Zalikha hamil lagi. Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen mengumumkan dia dan isteri, Hanis Zalikha bakal menimang cahaya mata kedua. Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 30, berkongsi khabar gembira itu menerusi laman Instagramnya pada Khamis.

“Alhamdulillah… Insya-Allah, Yusuf Iskandar bakal dapat adik! Rezeki milik Allah. Terima Kasih Allah,” tulisnya.

Bagaimanapun, usaha mStar Online untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut tidak berjaya kerana pasaangan itu kini berada di Tokyo, Jepun.

Sementara itu, ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Antara artis yang turut teruja dengan berita gembira itu ialah Janna Nick, Gambit Saifullah, Nad Zainal, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Siti Elizad.

Malah, ada seglintir peminat yang menganggap pasaangan itu mendapat rezeki berganda selepas kejayaan filem Paskal.

Filem tersebut berjaya mengutip RM26.1 juta selepas 28 hari tayangan dan masih ditayangkan di pawagam.

Hairul berkahwin dengan aktres Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.

Sementara itu, XTRA turut melaporkan Hamil Anak Kedua, Hanis Zalikha Asyik Mengidam Makanan Manis

Isteri kepada pelakon Hairul Azreen, Hanis Zalikha mendedahkan tabiat pelik sepanjang tempoh hamil anak kedua.Hanis yang kini hamil enam bulan berkongsi cerita pengalaman kali ini berbeza berbanding sewaktu hamil anak pertama.

“ Dulu saya mengidam makan durian dan makanan laut sewaktu mengandungkan anak pertama. Kali ini lain sikit apabila saya sukakan makanan atau minuman manis.

“ Lebih berbeza, saya mengalami morning sickness yang teruk sepanjang tempoh hamil. Malah sampai sekarang pun saya sering muntah-muntah. Mujur suami sangat memahami,” katanya kepada XTRA.

Hanis yang ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik Fayce memaklumkan dia rindu untuk kembali beraksi di kaca televisyen.“ Kali terakhir muncul dalam drama ketika sebelum bertunang. Lama dah tak berlakon.

“ Malah pengarah Micheal Ang selalu bertanya bila saya mahu kembali berlakon. Bukan tidak mahu tetapi melihat kepada komitmen sekarang, sukar untuk saya bahagikan masa.

“ Saya pula tiada pembantu di rumah. Segala urusan penjagaan anak saya lakukan seorang diri. Jika Hairul ada di rumah, kami lakukan bersama. Masih terlalu awal nak buat keputusan kerana jika dah ada anak dua nanti, berkemungkinan besar saya perlu menggunakan khidmat pembantu,” katanya teruja.

Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.

Sumber: Ig hairulazreen/mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*