“Cantik sangat Elvina, rugilah husband kalau tak pandai hargai” – Netizen

Pelakon Datin Elvina Mohamad telah selamat bersalin putera sulungnya pada(1 Disember 2018). Di beri nama Karl Mateen. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di ibu kota.”Dengan penuh rasa ke syukuran kerana Allah memberi rezeki yang termahal dalam hidup saya dan isteri, Elvina Mohamad iaitu kelahiran putera kami yang selamat dilahirkan dalam keadaan normal pada 1 Disember 2018 pukul 12.30 tengah hari dan berat 2.9 kilogram.

“Terima kasih atas doa kalian dan semoga anakanda kami menjadi manusia dalam golongan yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara,” tulis suami Elvina, Datuk Haniff Borhan menerusi Instagramnya.

Baru baru ini, Elvina menyambut majlis akikah anaknya. Rata rata peminatnya terpegun dengan kecantikan Elvina di lihat berseri seri cantik seperti pengantin.

Elvina bersama suami

Cantiknya macam pengantin

Comelnya Karl Mateen

Elvina di makeup oleh makeup artis Yna sakinah sangat cantik Elvina di majlis tersebut.

” macam pengantin baru ” – Fasha Sandha

“Cantik sangat Elvina, rugilah hubs kalau tak pandai hargai” – netizen

Sebelum ini kecoh dakwaan rumah tangga Datin Elvina Mohamad diganggu pihak ketiga. Suami, Datuk Haniff Borhan mengakui kekecohan yang berlaku diantara isterinya dan wanita itu adalah berpunca darinya sendiri.

“Isteri saya dan wanita itu tidak salah dan yang salah adalah saya kerana tidak menerangkan betul-betul perkara yang berlaku. Selepas kees ini kecoh di media, saya ada menghubungi pihak wanita itu untuk menjernihkan ketegangan”

Pada awalnya, Haniff menyangka wanita itu mendengar permohonannya untuk berdiam diri namun sebaliknya berlaku. Haniff juga mengaku menghubungi wanita itu untuk mengambil insurans untuk anaknya yang baru lahir.

“Tetapi bila kawan-kawannya mendesak, mengeluarkan kenyataan yang bodoh, membakar lagi sentimen membenci antara kami. Isteri saya sudah menerima permohonan maaf saya kerana masalah ini saya yang cipta”

“Ya, saya ada DM (direct message) dengan wanita itu dan boss dia juga kenalan saya. Rumusannya, saya mudah rapat dan mesra dengan sesiapa pun,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai dakwaan itu.

Wah cantiknya dah macam majlis kahwin dah. Bertuah baby Karl. Min doakan semoga Karl Marteen menjadi anak soleh dan anak yang baik untuk Datin Elvina dan suami.

Sumber : Ig Elvinamohamad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*