“Can i be you just for a day?”- Netizen

Siapa lagi tidak kenal lagi nama Yuna setelah beliau membina nama bukan sahaja di dalam negara tetapi diluar negara juga. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis binti Mat Zara’ai memulakan kariernya sejak 2006 telah berjaya membawa namanya dikenali di dalam kelompok artis international dan bekerjasama dengan mereka seperti Usher, G-eazy dan ramai lagi.

Baru-baru ini, beliau telah dijemput oleh jenama terkemuka dunia, Chanel untuk menghadiri pertunjukan Chanel Spring Summer 2020 di Grand Palais, Paris.

Pertunjukan fesyen Chanel telah menjemput ramai artis dan model luar negara terkenal seperti Cardi B, Gigi Hadid, Jennie Kim dan ramai lagi.

“Thanks for having me chanelofficial wow I still can’t believe I got invited to Chanel’s Spring Summer 2020 show. I got to go to Paris, wear a gorgeous outfit, go see a stunning show, meet wonderful people and have a great time. Congratulations to wonder woman virginieviard for another remarkable collection that is youthful and elegant, with that wondrous backdrop its not everyday you see a fashion show on Parisian rooftops.”

Terima kasih kerana menjemput saya, Chanel. Wah! saya masih tak percaya saya dijemput untuk hadir ke Pertunjukan Chanel Spring Summer 2020. Saya dapat ke Paris, memakai pakaian yang cantik, berjumpa dengan orang yang hebat dan meluangkan masa yang terbaik. Tahniah kepada wanita hebat Virginie Viard untuk pertunjukan koleksi yang begitu elegan dan muda dan belakang tabir yang menakjubkan, bukan selalu dapat lihat pertunjukan fesyen di atas bumbung” kata Yuna di laman instagramnya.

Beliau juga berkongsi momen beliau bergambar bersama Cardi B, penyanyi US yang juga sedang semakin popular disana.

Dilihat para netizen kelihatan sangat teruja dan bangga Yuna mendapat jemputan dari Chanel dan teringin menjadi Yuna untuk sehari untuk merasai apa yang Yuna rasai menghadiri pertunjukan tersebut.

Kami sangat bangga untuk kejayaan yang diperoleh Yuna. Kami mengharapkan Yuna dapat mengharumkan lagi nama negara dan menjadi penyanyi profesional yang dikenali seluruh dunia.

Sumber : Ig yuna

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*