Bru nk selak baju nk nyusukn ank,tiba2 mak tendang along berusia 6bulan,dia tunjuk good guna tangan smbil ketawa

Foto sekadar hiasan.Salam semua, aku Zaharah. aku dah berkahwin lebih kurang setahun lebih dgn suami tercinta. Awal perkahwinan kami meyewa rumah sewa dikawasan berdekatan dengan tempat kerja suami. Senang utk suami ulang alik ke tempat kerja dia setiap hari. Untuk menjimatkan kos dgn gaji suami basic RM 3,000, suami putuskan untuk ulang alik naik motosikal peninggalan arwh ayah dia ke tempat kerja, memandangkan adik beradik suami mempunyai motosikal baru, so motosikal tu mmg jd hak milik suami. Kereta viva ditinggalkan dekat aku di rumah utk urusan aku di rumah kalau tiba2 ada kcmasan di rumah.

Sebelum terlupa aku adalah suri rumah sepanjang msa selepas berkahwin. Suami tak izinkan aku bekerja sebab aku boleh tengok2 mak dia iaitu mak mertua aku di rumah. Mak mertua aku ni kadang ok kadang tak. Adik beradik suami pernah cerita yg mak mertua aku ni terkena pnykit meroyan selepas melahirkan siti, iaitu adik bongsu suami aku.

Adik beradik sebelah suami ada 5 orang, dan suami aku anak yang ke 3 dari 5. Ada abang 2 orang atas suami dan 2 orang adik perempuan. Masing2 da bekerja. Yang masih bujang Siti, tapi bekerja wangsamaju dan meyewa di sana. Oleh kerana abg Long dan abg Ngah masing jauh dari kampung. Suami putuskan untuk jaga.

Abg Long kerja di Sabah tentera laut, manakala abg ngah bekerja di Terengganu, oil n gas tak salah aku. Abg Long pernah cerita waktu tu umur dia 14 tahun melahirkan Siti, ayah mereka terlibat dlm kmlangan sewaktu balik kerja. Time tu mak mertua tnggu due untuk bersalin dalam w4d.

Memang terkejut sangat bila dpat berita yg arwh ayh kmlangan langgar lari. Arwh ayah mennggal di tempat kejadian. Mak pada mulanya tak tahu apa yg terjadi pd ayah. Selepas selamat bersalin kan Siti, baru mak dpt tahu dari adik beradik dia mengatakan suami dia sudah tiada. Hari kelahiran Siti sama dgn hari pemergian ayah mereka buat selamanya.

So, memang sedih sgt la mak dapat berita macam tu time menunggu ayah mereka di hspital. Mak tak dapat terima kenyataan yg hari bahagia menyambut anak bongsu sama dgn pemergian suami tersayang. Mak menjerit kuat dalam hspital sepeti orng gla.

Pak ngah suami la yg bawa dan ambil mak pulang ke rumah. Mak mertua sempat lihat wajah ayah buat kali terakhir dgn tangisan Siti time tu. Menurut along lagi, time tu Siti menangis tak henti2 seperti paham pemergian ayah. Mak tak dapat ikut kebumikan ayah atas faktor kesihatan mak yg baru lepas bersalin.

Sejak dari hari tu, mak murung, skejap menagis, sekejap ketawa . kadang2 mak tunggu kepulangan ayah dekat tangga waktu magrib. Along cakap mak mmg suka tnggu ayh kt tangga tu, selalu sandarkan muka dekat pemegang tangg kayu tu. Siti time tu tak sampai sebulan memmang mak tak jaga.

Along yg paksa mak susukan Siti, sbb mak tak nak susu kan Siti dek kerana terlalu sedih waktu. Dia seperti menyalahkan kelahiran Siti penyebab suami dia pergi buat selamanya. Along dan adik beradik time tula jaga mak dan Siti yg masih kecil.

Along juga lah tukarkan pampers Siti, susukan siti, tidurkan Siti lpas balik sekolah. Hari demi hari pnyakit mak makin teruk. Kadang2 dia bercakap sorang diri. Nasib adik2 along termasuk suami aku bekerjasama jaga mak wlaupun time tu mereka masih di bangku sekolah.

Abg mak, yg dikenali Pak Teh bnyk hulurkan sumbangan semasa mereka bersekolah hingga lah masuk universiti sambung pelajaran. Adik beradik suami semua berpelajaran tinggi hingga ke menara gading. Masing2 mempunyai diploma dan dgree termasuk juga la suami aku.

So, lps along dan angah kahwin, mak dijaga sepenuhnya oleh suami dan adik perempuan. Along dan angah akan pulang sebulan sekali melawat mak. Hinggalah aku dan suami selamt diijab kabulkan, suami berbincang dgn aku agar aku dpt membantunya menjaga mak dirumah.

Aku tidak menolak permintaan suami, kerana aku anggap mak dia juga adlah mak aku. Malah aku lebih sayang mak mertua aku sbb kadang2 mak mertua aku ni kelakar kalau pandai layan dia. Aku tak kisah kawan2 cakap aku ni menghabiskan duit mak bapa je study tinggi2 tapi duduk rumah jaga mak. Aku tak kisah sbb ini adalah tanggung jawab aku terhadap suami.

Genap 3 bulan kami berkahwin, aku disahkan mengandung. Syukur sangat rezeki kami dimurahkan. Sewaktu mengandung aku kurang alami alahan. Malah tenaga aku lebih kuat utk jaga mak sambil membawa baby dlm perut kami. Mak mertua selalu main2 perut aku. Letak telinga dia dekat perut, dia selalu buat lawak baby da keluar nanti nak ajak main masak2.

Memang lawak dan menghiburkan hati aku la waktu. Time tu mak adalah peneman aku dikala sunyi, mak mertua aku juga kawan aku gaduh, kawan aku berbaik time suami keluar mencari nafkah. Paling aku tak dapat lupakan dia nk pakai baju mengandung aku.. hahaha.. dia cakap ” mak nk mengandung juga”.. Aku pon blur2 nk cakap apa kt mak time tu.

Cukup 9 bulan 2 hari bukaan aku sudah 6cm dan aku diw4dkan. Nasib baik time tu da pkul 10 malam, suami da ada kt rumah. suami yg hantar aku ke hspital ditemani mak, aku c1um tangan mak mertua dan suami sebelum masuk ke labor room. Aku pohon doa dari mereka tak lupa juga pada ibu bapa aku yg jauh di kampung, utara tanah air agar mendoakan aku dan baby selamat di lahirkan.

Syukur alhamdullilah, tepat jam 4.15 pagi, aku selamat melahirkan baby boy.

So,bermula lah episod aku berpantang dirumah. Aku decide nk berpantang dirumah sendiri sbb nk jaga mak sekali. Suami setuju dgn permintaan aku. Cuma mak dan ayah aku agk kurang setuju sbb yelah mana nk jaga baby dan mak mertua yg skit lagi kan. Aku kuatkan semngat dan aku cekalkan hati untuk cuba.

Alhamdullilah baby pertama kami yg aku panggil along membesar dan kurang terkena demam. Hari demi hari aku seronok jaga mak dan along dalam rumah. Untuk pengetahuan aku memang menyusukan badan pd along, sbb nk jimat kos. Along da masuk usia 6 bulan.

Suatu hari aku tgh masak, mak mertua pula asyik leka bermain dgn along. Tiba2 aku dgr tangisan along. Cepat2 aku pergi ke hall dan aku rasa along haus. Mak mertua di tepi along sambil main tepuk2 nk snyapkan along dr menangis.

Aku angkat along kt atas riba, baru nk selak baju, tiba mak mertua bangun sepak badan along. Allah!! Memang aku terkejut dgn tindakan mak. Secara tiba2 memang tak jangka mak nk tendang badan along yg dalam dakapan aku. Bukan sekali tapi lebih dari 3 kali mak sepak along.

Nasib baik aku pangku along dgn kuat, kalau tak memang tercampak along dari riba aku. Aku jerit ‘ MAK!! MAK!! APA NI!! BAWA MENUGUCAP MAK ‘ Mak mertua aku lari sambil tunjuk good dan ckap ‘ padan muka ko along, tula nk nangis sangat kan, ko mak ko pluk ko diam, bila aku ajak main ko nangis!’

Allahu memang aku menagis jerit mak time tu, aku bangun masuk bilik terus call suami bg tao tindakan mak tadi. Suami terkejut mengucap panjang balik terus ambil cuti half day. Sampai je dirumah suami pluk mak dan tnya kan kenapa mak buat mcm ni. Mak gelengkan kepala dan cakap ” aku benci along, bawa dia keluar”

Malam tu juga suami call abg long dan abg ngah, serta adik dia yg perempuan. Keesokan nya mereka pulang kerumah unutk lihat mak. Mereka berbincang sesama adik beradik termasuk aku sekali. Suami berbincang untk hantar merawat di rumah orang2 tua. Biar ada kaunselor yg merawat mak

Suami tak sanggup tinggalkan aku dan along dirumah bersama mak, takot tindakan mak di luar jangkaan nanti. Mula abg long agak keberatan, sbb itu kan mak. Tapi atas faktor kerja yg jauh, Abg long terpaksa akur juga. Adik beradik suami yg lain turut bersetuju sbb masing2 ada komitmen dan tiada masa untuk jaga mak.

Aku memang rasa serba salah sgt, pasal aku mak terpaksa dihantar kerumah orang tua yg ada rawatan utk mak. Aku memberi cadangan pd mereka agr mak dihantar tapi bukan selamanya. Aku mampu jaga mak mertua tapi bukan pada masa sekarang.

Aku minta kalau along berusia 4 tahun, aku rela jaga mak kembali, biar along besar dan pandai sikit. Adik beradik suami setuju dgn cadangan aku berikan. Maka bermulalah sesi menghantar, mendaftar dan merawat mak di pusat jagaan ornag tua2. Semua adik beradik suami pergi hantar mak di pusat jagaan tu termsuk aku.

Masing2 menangis menitis kan air mata lihat mak, sayu je mak lambai seperti seronok duduk disana. Aku paham dia tak mengerti apa2 lagi. Aku minta maaf sgt pada suami sbb aku mereka terpaksa hantar mak di rumah jagaan orng tua.

Buat mak, maafkan Zaharah mak. Zaharah janji akan ambil mak semula lpas along umur 4 tahun. Maafkan Zaharah mak….

Sumber : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*