“Bila abang sendiri datang UiTM bagi ceramah”- Adik Nadzmi Adhwa

Bagai air dicincang tidak akan putus! Begitulah peribahasa yang boleh menggambarkan hubungan adik beradik antara pelakon dan penyanyi, Nadzmi Adhwa serta adik lelakinya, Nadzmin Adam. Gelagat adik Nadzmi Adhwa yang merakam videonya menghadiri ceramah sempena Festival Kesenian Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah baru-baru ini ternyata mencuit hati netizen menerusi laman Twitter.

Menerusi posting video yang dimuatnaik Nadzmin Adam melalui laman Twitter menjadi perhatian netizen sehingga meraih hampir 22,600 Retweets dan 26,500 Likes.

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan gelagat dua beradik ini di dalam video berkenaan.

Netizen juga sempat memberi komen-komen nakal menyakat mereka dua beradik yang kelihatan comel dan lucu.

Bukan itu sahaja, Nadzmi Adhwa pun tidak terlepas peluang memberi komen dengan kapsyen ‘Aku perhati je kau ni’ pada posting adiknya yang telah viral sejak semalam.

Video yang berdurasi tujuh saat itu kelihatan Nadzmi Adhwa datang bersama isterinya, Ardell Aryana yang dijemput sebagai penceramah jemputan sempena Festival Kesenian Islam yang berlangsung pada 29 hingga 30 September 2019.

Sementara itu, perkahwinan pasaangan Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana pernah menggmparkan warga netizen selepas hubungan sahabat baik yang dianggap ‘friendzone’ itu akhirnya telah mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.

Semoga hubungan adik beradik antara Nadzmi Adhwa dan Nadzmin Adam baik-baik je okay! Nampak comel gitu.

Sumber: Twitter Nadzmin Adam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*