“Betul ke Hana tu anak sah kamu?” – trkjut dpt wasap maklong, aku blas smpi trdiam dia xberjwab

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum semua, nama aku Mira (bukan nama sebenar) umur pertengahan 20 an, dah kahwin 3 tahun dan anak aku 2 tahun.. Ye, dah 3 tahun aku kahwin and anak aku dah boleh berlari pun masih ada yang pertikaikan status anak aku..3 Tahun Lalu, Aku kahwin bulan jun 2016 secara kecil kecilan je sebab ayah aku cakap yang penting suami aku boleh jaga aku.. tapi memang aku dibawang la oleh makcik2 aku terutama maklong aku sebab sepupu2 yg lain semua majlis gah2..

Tapi aku buat pekak telinga je sebab yang nak hidup aku dengan laki aku.. Nak jadi rezeki, lepas kahwin aku bunting pelamin, maknanya lepas kahwin memang tak datang period.

Sebulan lepas kahwin aku tau yang aku mengandung 6 minggu, sebab period aku memang regular tiap bulan. Untuk makluman, usia kandungan bukan dikira dari tarikh ko bersama tapi first last date period, jadi first last period aku memang sebelum kahwin (kalau tak faham jugak mohon yang faham sama2 tarbiah kat komen ye) .

Masa tu suami aku memang happy sangat, dia tak bagi aku buat kerja langsung tambah pulak alahan aku memang teruk dari awal smpai aku bersalin, klinik dan hspital dah jadi macam rumah kedua sebab aku dehydrate, anemia, baby kurang gerak, masalah air ketuban..

Jadinya bila maklong aku tau aku mengandung awal dijaja nya cerita aku pasal kawen aku, aku faham dah point dia nak kata aku kahwin sebab mengandung luar nikah tapi aku still buat tak tau.. aku pulak bersalin awal masa 35 week sebab air ketuban aku leaking smpai kering and baby hampir lmas..

Anak aku kena tahan kat nicu hampir 2 minggu sebab on antibiotik dan kuning tinggi sampai kena tukar drah kalau tak turun juga, tapi alhmdulillah semuanya selamat, Hana kuat!

Jun 2019

Harini aku dapat whatsapp dari maklong aku.. “Mira, maklong nak tanya betul2 ni, maklong nak mira jujur sebab hal ni melibatkan hukum hakam.. betul ke Hana tu anak sah kamu? masa kamu kahwin kamu tak mengandung? sebab maklong ada baca tak sah nikah kamu kalau kamu kahwin sebab mengandung, dah dikira berzina sepanjang hayat.. Laki kamu tu tak boleh jadi wali ke Hana tu.. maklong kira anak kamu tu lahir awal sangat, jadi was2 pulak”

Hamboi2 maklong, dah 3 tahun still rajin nak kirakan untuk aku.. ni mesti fb yang ingatkan majlis aku ni.. masa aku dapat whatsapp ni memang aku berapi, rasa nak datang rumah dia baling bom je, tapi aku masih bersabar, orang tua kan..

Aku tak balas panjang, aku cuma balas dengan gambar sijil kelahiran Hana yang berbintikan nama laki aku, buku pink dan buku anak aku pasal maklumat kelahiran.. Aku hanya dapat balasan bluetick sahaja, maaf pun takde, nasib baik la orang tua dan pangkat mak saudara..

Harap2 takde dah la soalan cepu emas ni lagi, tipu la kalau aku tak makan hati, fitnah berpanjangan kot.. aku buat tak tau sebab aku ada suami dan anak yang sangat baik dan perfect bagi aku.. Semoga perkahwinan aku kekal selamanya, happy anniversary to us!

Antara komen netizen

Najmie Kamisan –Okay, komen ni bakal dikecam kot.

Mungkin maklong hanya menjalankan tugas untuk menegur ahli keluarga. Kira okay la tu dia personal WhatsApp, tak tanya atau tuduh dalam family WhatsApp group ke apa. Sebab apa yg maklong awk bgtau tu memang betul, ini isu hukum agama. Tak boleh bawak main.

Alhamdulillah awk pun jenis cool je tak sembur, dan memang awk tak buat salah dan ada bukti semuanya. Cuma maybe maklong patut ucap Alhamdulillah lega anak saudara dia tak mengandung anak luar nikah ke apa, dan kemudian minta maaf kat awk. But other than that, I think what she did was fine.

Murliana Indra –Aku pernah je kene macam ni.. Kawen 1 june 2014 then terus lekat.. Aku check kat klinik 23hb7 doc cakap dah 6 minggu.. Masa aku kawen pun setiap office aku bg kad jemputan, cuma nya satu office satu kad je lah kan..

Setelah beberapa bulan perut besar, ada beberapa pakcik bawang tempat keje, pakcik ye.. Bukan makcik.. Tanya direct kat aku, bila kawen tak jemput pun, ke mengandung tapi tak kawen lagi.. Menangis kat situ jugak aku.. Sampai m@ti aku ingat dua orang tua tak sedar diri nak mampos ni..

Iris Nur Firman –Aku pulak dulu lain pulak kes… Tgh bersanding.. Ada makcik puaka bole mengata… Kesian eh pengantin lelaki dpt bini takder rahim…. Habis geng mentara lain melopong….

Tapiiii ALLAH tu maha Kaya maha memberi. ..genap 4 bulan aku kahwin.. Aku hamil…

Di sbb kan aku alah teruk… Berita aku alah teruk sampai Ke telinga makcik bawang tu dengan geng mentara yg lain… Terdiam masing masing.. Paling terdiam mcm kerang busuk tu makcik bawang yg bawak cerita kata aku takder rahim tu..

Weh.. Aku operate buang fibroid sblm kawin.. Bukan buang rahim…. Alahai…

Salwa Suhada –Almost there…. Saya nikah gantung bulan 5, mak xnak saya tunang lama²… lgpun tunang muda sgt dia risau.. waktu tu saya umur 20.. bulan 5 saya nikah gantung, bunting pelamin.. majlis perkahwinan bulan 9..

Raya thn tu beraya dirumah mertua saya dah almost 5m… Ada jer makcik² yg dilawati memandang lain mcm… Mls nak ambil port.. x guna pun nak terangkan.. اَلْحَمْدُلِلّهِ aman bahagia jugak.. anak saya pun nama Hana

Ainnur Nazri –x boleh jugak nak salahkan maklong atau siapa2 yg berfikiran begitu sbb situasi yang berlaku pada confessor tambah2 anak lahir awal pada minggu 35, memang boleh menimbulkan syak wasangka bagi yang tidak mengetahui…

Anggap saja itu tanggungjawab dia untuk saling mengingatkan…dia pun risaukan pernikahan confessor sah atau tidak… kalau x benar abaikan saja… dah lepas bahagian masing2.

Hayyan Rayhan –Tulah.. asal buat majlis kecil kecilan je, mulalah di jaja yang orang tu dah terlanjur.

I feel you sista.. sebab hakak pun melalui benda yg sama. Akak ni lagilah, kahwin mmg sesimple simple nya. Nikah kat masjid, takde bersanding, kenduri doa selamat, hantaran pun senaskah al quran.

Bayangkan macam mana akak dibawangkan bukan setakat oleh saudara mara malah satu kampung both side.

Tapi tulah, rezeki zuriat akak lambat. Jadi mulut orang tertutup dengan sendirinya.

Buat confessor, buat tak tau je dengan mulut mulut puaka makcik bawang macam tu. Kalau dilayan sangat, kita yang stress. So, just ignore them and live your life with your love ones.Ibu Hana (Bukan nama sebenar) via iiumc via edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*