Bengang tunang tak buka pintu rumah, aku tidur di hotel, tiba2 nmpak couple muka “puas” lintas dpn aku..Allahu. Tunang aku dgn lelaki lain

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum semua. Aku lelaki yang baru berkahwin, umur 27 tahun. Ni kisah aku sebelum kahwin. Aku diberi janji palsu, hanya untuk menutup kecewa seseorang yang aku gelarkan Suria.Suria ni perempuan yang berumur 2 tahun muda dari aku dan masa aku kenal dia, dia masih belajar di Universiti di sebuah negeri luar semenanjung ( Sabah dan Sarawak). Disebabkan dia belajar jauh jadi kami berjumpa bila dia cuti semester sementara aku bekerja di Selangor.

Bagaimana aku kenal dia? Haa, sebenarnya kampung aku tu kampung mak dia, jadi kenal masa raya la senang cerita. Masa aku pertama kali aku tengok dia, terus cair beb. Aku akui Suria ni pandai make up.

Bagi aku dia memang cantik lebih kurang Neelofa. Hehe. Lepas dah minta nombor dengan sepupu dia, dapat la aku mengayat Suria ni.

Niat mulanya aku nak berkawan je, tapi dia yang confess dulu. Haa, lupa nak bagitahu rupa aku ada iras-iras Izzue Islam sikit. Bukan aku cakap, tapi kawan-kawan yang cakap. Hehe. Sebab tu Si Suria FM ni terpikat kot. Haha.

Kisah bermula selepas kami couple. Aku minta nak jumpa parents Suria ni. Sebab memang niat aku nak memperisterikan dia. Mulanya dia bagi bermacam-macam alasan. Cakap parents sibuk lah, al maklum lah parents kerja besau-besau, sibuk dia tu lain macam.

Tapi aku ni cerdik, aku minta nombor telefon parents dia, aku cakap atleast mereka tahu awak tu dah berpunya. At last dia bagi. Diringkaskan cerita, mak Suria awal-awal dah letak syarat, anak dia kalau nak kahwin kena umur 25 tahun ke atas, masa belajar tak boleh kahwin.

Ok, masa tu aku boleh terima lagi. Masuk la bab hantaran, kome nak tahu berapa dia letak harga jual? 15k beb, alasan ada ijajah. Siap pesan aku simpan duit, 2 tahun lagi boleh masuk meminang.

Aku terima cabaran untuk 15k ijajah Suria. Aku sayang suria masa tu, bagi aku 15k tu pejam mata boleh dapat. Aku dah siap planning, sebulan kena simpan berapa. Sebab sayanggggg.

Bermula pendritaan menyimpan duit. Aku bukan sekadar simpan duit untuk hari berbahagia nanti, tapi bulan-bulan aku kena simpan jugak untuk Suria, rumah sewa dia, tiket flight, make up dia. Dalam masa tu aku dah tanggung dia. Tapi bagi aku its ok aku sayang dia.

Macam aku cerita sebelum ni, aku jumpa dia masa cuti semester dia je. Tapi ada satu cuti semester ni aku pelik sebab dia tak nak balik. Aku dah nak book tiket flight tapi dia mti- mti halang aku. Alasan nya dia ada kerja berkaitan dengan kajian akhir sem.

Aku jenis kalau aku nak buat, aku buat sampai jadi. Tanpa pengetahuan dia, Aku book jugak tiket flight tapi bukan untuk dia, untuk diri aku. Aku ambil cuti dari kerja, aku sanggup merentasi benua-benua untuk berjumpa dia.

Kiranya nak buat suprise. Turun dari flight, aku terus ke rumah sewa dia, tengok luar kosong. Mungkin semua housemate dia balik kampung. Aku cuba call, tak berjawab. Aku bagi salam. Sepenuh hati aku jerit, kot dia tidur. Lepas tu, krek ! Pintu terbuka.

Terbonjol satu kepala bertutup dengan tuala. Oh housemate dia. Aku terus tanya Suria Bt FM ada? Terus bagi nama penuh. Dia cakap Suria dah keluar.

Aku tanya dengan siapa? Dengan muka hairan, si housemate dia cakap Suria dengan laki, dia ingat tu BF suria sebab dia sekadar Housemate yang tak rapat dengan Suria. Haa sudah, sape pulak. Aku keep positif, rilek tarik nafas.

Kebetulan depan rumah Suria ada taman, aku tunggu situ 2 – 3 jam. Tak balik lagi. Aku pon jalan depan sikit ada surau, lepas solat aku doa sungguh-sungguh, minta Allah tunjuk semuanya.

Kalau betul dia bukan jodoh aku, aku minta Allah jauhkan aku dengan dia. Menitik jugak air mata jantan aku. Lepas solat, aku fikir lebih baik aku cari hotel dulu untuk mandi dan berehat.

Aku minta pakcik teksi bawa aku ke hotel terdekat. Ada satu tempat tu berlambak hotel, dalam hati Allah permudahkan.

Dah check in hotel, aku call lagi. Masih tak berjawab. Aku masih positif lagi. Senyum sorang-sorang sambil pegang dada tenangkan hati sendiri. Mandi, amik wudhuk solat magrib, lepas tu sekali lagi aku doa sungguh-sungguh.

Dalam pkul 10 malam, aku siap-siap nak keluar. Perut dah memanggil makanan. Last aku makan pkul 10 pagi tadi. Keluar je hotel, jalan kaki je, depan ada restoren.

Aku masuk je, malas nk fikir panjang dan aku duduk betul-betul depan jalanraya. Depan tu ada hotel. Hotel aku sebelah kanan sikit.

Sambil tunggu makanan, aku pandang je jalan. Baru je aku ambil handphone nak call Suria, aku nampak 2 orang couple keluar dari hotel. Dan memang tak silap, aku tak rabun lagi. Perempuan tu Suria !! Aku terus lari kat depa.

Dari belakang aku tarik tangan Suria, aku tak tengok langsung lelaki sebelah dia. Suria terkejut beruk engkauu. Sambil terketar-ketar aku tanya ape kau buat ni. Suria berlagak tenang. Masih cantik macam mula-mula aku kenal.

Diringkaskan cerita, aku ajak diorang berbincang. Rupanya lelaki tu ialah bekas kekaasih dia, aku gelarkan sebagai Shuib. Suria tak dapat nak lupakan Shuib tu.

Sebab mereka dah banyak kali terlnjur sebelum ni. Kira macam ketagih. Aku diam. Air mata nak menitik tapi aku tahan. Sambil sebak aku bagitahu kita dah tak de apa-apa hubungan. Suria masih tenang.

Sebenarnya korang, sebelum ni Suria dah awal-awal bagitahu dia dah tak suci. Tapi aku boleh terima dia. Dan untuk pengetahuan korang, Suria pernah g0da aku untuk buat benda tu tapi aku bagi alasan tak lama lagi kita nak kahwin dah, sabar.

Dengan apa yang berlaku ni buat aku sangat kecewa. Berbulan aku senyap, tak keluar lepak, tak keluar pegi gym. Aku rawat hati aku sendiri.

Tapi aku bersyukur, dengan semua yang berlaku ni, buat aku lebih dekat dengan pencipta kita. Apa yang berlaku kat aku dan Suria selepas itu? Suria dah tak cantik macam dulu.

Dan aku, Allah hadirkan seorang persis bidadari. Walaupon isteri ku tak seindah Suria namun dia bidadari hatiku. Nanti lah kalau aku rajin lagi aku cerita.

Pesanan aku untuk yang tengah heartbroken, ingat la Allah tak saja-saja tentukan semua ni. S4kit memang s4kit tapi korang akan tersenyum puas dengan apa yang korang akan dapat. Dan cantiknya seseorang itu bukan pada rupanya tapi pada hatinya.

” Begitulah fitrah . Kejar cinta Allah , perbaiki diri sebaiknya . Kemudian Allah akan hadirkan untuk kita pasaangan yang sebaiknya . Carilah Allah . ”

Ada la komen cakap aku pilih perempuan tak cantik sebab takde pilihan, bukan beb ko ingat bidadari aku tak cantik ke? Dia cuma tak pandai make up macam Suria je. First and last aku tengok dia bermake up masa sanding dengan akad nikah hari tu. Terkesima aku. Cantik. Kalah Suria.

Ok, sebelum aku cerita pasal pertemuan aku dengan isteri, aku nak cerita sedikit pasal Suria selepas kami dah clash. Aku tak pernah block dia kat whatsapp, facebook, hatta kt insta. Ada la lepas clash dalam sebulan gitu, dia whatsapp yang dia menyesal perbuatan dia sebelum ni.

Senang cerita nak ajak couple balik la. Aku tanya satu soalan je kat dia Shuib mana? Dia bagitahu Shuib dah menghilang macam dulu. Alasan sebab Suria ajak dia kahwin. Haihh. Lelaki ni pon satu.

Aku pon nasihat kat Suria bertaubat la, Allah maha pengampun. Aku bukan nak mengaibkan dia, kalau korang nak tahu dia dah bersama 7 lelaki sebelum ni.

Dia cerita semua kat aku. Yang paling aku tak leh terima boleh pulak dia buat benda haram ni dalam kereta. Tahu dengan sape? Dengan penjual COD barang yang dia order. Dia tak kenal pon laki tu tapi sebab laki tu pandai bodek. Dan aku rasa bersyukur Allah jauhkan aku dengan perempuan ni. Allahuakbar

Selepas aku ceramah kaw-kaw, dia senyap. Langsung tak whatsapp aku dah. Kat insta, facebook pon aku perasan takde post gambar-gmbar selfie dah. Dia sejenis insta famous jugak like ribu riban. So, kalau sehari takde gambar dia macam pelik.

Aku fikir dia dah insaf kot. Nak dijadikan cerita, masa cuti raya cina tak silap aku. Aku balik kampung. Sebelum ni kan aku pernah bagitau yang kampung mak dia tu kampung aku. Mungkin Allah dah takdirkan aku jumpa dia. Masa lepak kt warong, dia lalu depan kedai jalan kaki dengan sorang perempuan aku tak tahu sape.

Semua mata tertumpu kat dia, aku pon tertoleh dua kali. Terkejut weyy. Dia dah tak macam dulu. Aku tak tahu nak describe macam mana. Muka penuh jerawat, kening dia dah macam takde.

Balik je rumah, mak aku dah bising suruh teman dia pergi kenduri. Cuti-cuti ni jadual kenduri dia memang full. Nak tak nak aku kena jadi driver la. Dipendekkan cerita kat kenduri pulak terjumpa mak suria ni.

Dia nampak aku terus senyum macam mengejek. Aku pon tak tahu kenapa. Masa tu mak aku dah masuk ke dalam khemah. Aku je terkial-kial kat parking. So, mak Suria datang dekat aku.

Tanpa salam dan perkenalan dia terus sindir Suria dah tak cantik kamu tak nak layan dia la ye? Lepas dengar aku macam ternganga sikit haa?? Aku clash ngan dia masa dia cantik lagi kot.

Aku balas Takde jodoh cik, cik tanya la anak makcik sendiri ape jadi. Aku terus pergi. Aku tak nak aibkan anak dia. Sebab tak puas hati aku tanya kawan Suria kenapa dia jadi macam tu. Rupanya diaa tersalah pakai produk. Aku pelik la perempuan dah cantik nak pakai produk mende lagi.

Aihhh. Korang yang perempuan jangan nak mandai pakai produk tak diiktiraf, jadi macam suria, korang tanggung sendiri. Tak lama lepas tu, aku balik umah sewa, baru je nak aman. Mak aku call. Balik sekarang!! Tanpa bagitau sebab mak aku bagi arahan. Aku macam terpinga-pinga jap.

Kenapa pulak ni? Terus siap-siap, 2 jam perjalanan, sampai la aku kat kampung. Baru je mtikan enjin, adik aku jerit dari depan umah, mak kat umah makcik Nah!! Makcik Nah ni mak Suria. Aku cepat-cepat hidupkan enjin. Umah aku dengan dia dalam 5 minit je.

Sampai je depan umah Suria, aku keluar kereta dengar Suria menangis. Kuattt. Aku berlakon tenang, dalam hati cam nak pecah jantung. Bagi salam je, semua mata tengok aku. Tak abis semua jawab salam, mak aku tarik. Khairul, kau kena kahwin ngan suria.

Aku terkejut beruk. Kenapa?? Semua diam. Dengar suara Suria je teresak-esak. Ayah suria menjampuk. Suria mengandung. Tapi kenapa aku? Aku pandang Suria yang tak macam Suria dah. Aku terus jawab Sepanjang sy dengan Suria sy tak pernah sentuh dia pakcik. Semua senyap.

Tak lama lepas tu mak suria cakap kami tahu, tapi kami nak mintak tolong. Lepas dengar macam tu, aku mintak maaf, aku tak dapat tolong. Aku terus tarik tangan mak aku tinggalkan umah tu.

Rupanya mak aku ingat aku yang bertanggungjawab buat benda tu. Haihh. Mak aku pon satu lagi percaya orang luar dari anak sendiri. Tapi dalam masa yang sama aku sedih dengan ape yang jadi kat Suria. Dia cantik, pandai tapi disebabkan nfsu hidupnya musnah.

Mungkin dia sendiri pon tak tahu sape ayah kepada anak yang dia kandung. Lepas dari kejadian aku tak tahu kisah Suria sampai sekarang. Mak aku bagitau dia dah tak dibenarkan balik ke kampung tu.

Ok, sampai situ kisah Suria. Sekarang aku nak cerita pasal bidadari aku pulak. Aku gelarkan dia Cinta. Cinta ni macam aku cakap tak pandai make up. Natural beauty.

Sebenarnya cinta ni kawan kepada adik kawan aku. Haha. Macam jauh je ikatan tu. Tapi dah jodoh wey. Masa tu aku teman kawan aku pergi hantar barang kat adik dia, kebetulan adik dia pulak bawak member dia iaitu Cinta. Dipendekkan cerita 6 bulan kenal, masuk meminang, tunang sebulan terus kahwin.

Nak tahu kisah Cinta pulak? InsyaAllah kalau aku rajin aku cerita lagi. Dah penat menaip. Maaf mana yang kurang. Terima kasih sudi membaca. Membaca jambatan ilmu. Assalamualaikum.

Sumber : dunia kini via edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*