“Begitu hebat dan mulianya kak nie sehinggakan org berebut2 utk memberikan yg terbaik buat kak nie” – Adik ipar Arrwah Faziani

Sudah 7 hari pengasas Dnars Faziani Rohban pergi menghadap ilahi kerana kem4langan yang berlaku di pattani tetapi seluruh malaysia bahkan di indonesia tidak berhenti henti menceritakan kebaikannya dan sikap baik hatinya, sikap pemurahnya sehinggakan kisahnya tular di laman sosial sehingga ke hari ini. Wanita hebatnya telah memberi inspirasi juga kepada rakyat malaysia untuk mencontohi peribadinya.

Banyak juga keajaiban berlaku sepanjang majlis tahlilnya yang di kongsikan adik iparnya saudari Norbaizura Ibrahim yang menceritakan begitu ramai yang ingin bersedekah di majlis tahlilnya sehinggakan banyak juadah yang di hidangkan di majlis tahlil arrwah Faziani, dia tidak tahu dari mana dan dari siapa.

Begitu ramai yang sayangkan arrwah faziani, subhanaAllah arrwah sangat baik terhadap orang lain sepanjang hidupnya sehinggakan pada 7 hari tahlilnya begitu ramai yang ingin membalas kebaikannya dan ingin sedekahkan juadah2 yang ingin di hidangkan kepada tetamu. Jom kita baca perkongsian dari adik iparnya di bawah.

Alhamdulillah,,, selesai sudah 7 hari tahlil utk arrwah kak nie (HJH FAZIANI ROHBAN AHMAD) semoga dirimu tenang disana. Tiada kata yg nak diungkapkan dgn kehilangan kak nie dlm sekelip mata.. hari ini sy dh laksanakan tanggungjawab yg selalu kak nie bg pd sy setiap kali ada majlis keraian di rumah kak nie ketika kak nie masih ada.. dan insyaallah sy akn sentiasa buat yg terbaik utk kak nie dan juga kelapan2 org ank kak nie..

kak nie selalu berpesan layan tetamu kita sebagai raja, sediakan makanan secukupnya bg sempurna tetamu yg dtg makan.. dan alhamdulillah, selama 7 hari majlis, sy dh jalankan sebaik mungkin. Sya juga ingin berterima kasih kepada TEAM HAJI HALIM CATERING yg sanggup utk sediakan juadah berbuka puasa utk tetamu2 yg datang tahlil selama 7 hri dan memberikan servis yang terbaik buat kami..

Terima kasih juga buat cik sue Ma ShEma yg menjadi org kanan sy dlm bab melayan tetamu2 yg hadir dan kpda seluruh ahli keluarga besar kami.. tidak lupa juga kpd sponsor2 makanan yg dihidangkan utk di jamu kpd tetamu yg hadir.. Aswidawati Wanda MOHD Mohd Ridzuan terima kasih di atas pemberian #jusmanggawanda yg terbaik.. Wan Normaizatul Nisya tq dik utk kek marble yg sedap dan tidak lupa kpd semua yg memberi kan juadah2 lain sepanjang 7 hari majlis tahlil ini..

Begitu murah rezeki kak nie sehingga kan ada juadah yg sy tidak tahu dr siapa yg smpai utk dihidangkan pd tetamu.. terlalu ramai yg ingin sedekah di majlis tahlil kak nie.. begitu hebat dan mulia nya kak nie sehinggakan org berebut2 utk memberikan yg terbaik buat kak nie… dan terima kasih terhingga buat abang arjuna Faizul Rohban yg ada di belakang sy dan adik beradik yg lain, team bibik2 dlm menjayakan majlis tahlil ini..Sesungguhnya kak nie adalah insan terpilih yg diutuskan oleh ALLAH SWT utk memberikan kesenangan pd org lain..

Semoga arrwah di tempatkan dalam golongan orang beriman dan tenang di sana.

Baru baru ini, Berita harian melaporkan Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, sempat menjemput pelajar dari Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah, Kampung Menjual untuk mengaji di kediamannya selama 40 hari bermula hari ini.

Setiausaha Suulit mudir madrasah berkenaan, Al Fatas Yasmi, berkata selain mengimarahkan bulan Ramadan, ia juga sebagai tahlil untuk arrwah bapanya yang mn1gal dunia pada bulan Ramadan lebih 15 tahun lalu.

“Arrwah menjemput seramai 30 pelajar dari madrasah ini untuk mengaji di rumahnya di sini selama 40 hari bermula hari ini di samping mengadakan majlis tahlil.

“Rupa-rupanya tahlil ini nanti bukan saja untuk bapanya yang mn1ggal di bulan Ramadan lama dulu tapi dirinya sendiri (Faziani),” katanya ketika ditemui di rumah arr wah di Kampung Paloh, di sini hari ini.

Al Fatas berkata sudah empat tahun pengasas kosmetik itu memberi sumbangan kepada madrasahnya dalam bentuk makanan, keperluan serta kewangan.

Katanya, Faziani dilihat agak kelam kabut menyelesaikan urusan sedekah membabitkan beberapa pondok seperti sudah dapat mengagak ajalnya bakal tiba.

“Saya ada berbual dengan pembantu arr wah yang memberitahu Faziani ingin mempercepatkan segala urusan sedekahnya kepada semua badan kebajikan, pondok dan individu.

“Beberapa hari kebelakangan ini arr wah dilihat berkelakuan agak pelik dari biasa di mana ingin selesaikan segala urusan sedekah dan infaq sekali gus.

“Kami memang sangat terkejut dengan musibah yang melanda beliau, bagaimanapun pemergiannya adalah pada bulan yang baik,” katanya.

Jen4zah Fauzani yang dibawa dari Hspital Pattani, Thailand tiba di kediamannya pada jam 6 petang diiringi suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dengan menaiki van jen4zah.

Jen4zahnya akan dimandi dan disolat jen4zah di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit di sini.

Sumber : FB Norbaizura Ibrahim/ BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*