Baru Berpisah Dengan Fizo Omar, Mawar Ditegur Oleh Netizen Gara-Gara Perkara Ini

Ahli perniagaan tudung, Mawar Abdul Karim ditegur warganet gara-gara memuat naik gambar dirinya sedang berseronok bersama anak, Wan Maryam di sebuah pusat membeli-belah malam tadi. Rata-rata warganet mempertikaikan tindakannya yang seolah-olah langsung tidak menghiraukan status dirinya yang sedang dalam tempoh edah selepas bercrai dengan pelakon  dan usahawan Fizo Omar enam hari lalu.

Atas sebab itu, Mawar kemudiannya ‘ditegur’ warganet yang merasakan dia tidak wajar untuk berkongsi kegembiraan itu kepada pengguna sosial media.

Walaupun sekadar mahu menggembirakan anak, Mawar sepatutnya arif tentang batas hukum yang perlu dipatuhi sepanjang dalam tempoh tersebut. Tindakannya itu sebenarnya mengundang fitnah.

Antara Teguran Orang Ramai

“Di rumah pun boleh membahagiakan anak. Tidak perlu sampai keluar rumah”.

“Dalam tempoh edah kan, jadi beringatlah,” antara komen pedas warganet yang dilemparkan dalam ruangan Instagram Mawar.

Mawar berkahwin dengan Fizo pada 2013 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 10 Julai lalu. Perkahwinan pasaangan itu menjadi perbualan selepas Fizo dikatakan menyambut Aidilfitri secara berasingan.Hak penjagaan Wan Maryam yang kini berusia dua bulan diberikan kepada Mawar.

Maksud Iddah (sumber wikipedia)

Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap telah menyusun secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan nikah, crai dan rujuk sebagai satu panduan hukum yang wajib dipatuhi oleh umat Islam.Bagi isu yang melibatkan percraian, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian seperti nafkah `iddah, mut`ah, hak penjagaan anak dan pembahagian harta sepencarian. Selain daripada itu, satu lagi perkara penting bagi seorang isteri yang dicraikan ialah tempoh `iddah yang wajib ditempuh oleh mereka.

Iddah (Bahasa Arab: العدة‎; tempoh menunggu) ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas percraian atau kem4tian suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Tujuannya untuk memastikan kekosongan rahimnya dari mengandung dan tempohnya bergantung kepada berapa kali dia mengalami haid. Biasanya, tempoh iddah bagi wanita sesudah crainya dengan bekas suaminya yang dulu adalah tiga kali datang bersih kitaran haid dan wanita yang sesudah mngalnya suaminya tempoh iddah adalah selama 4 bulan dan 10 hari (dikira mengikut tahun Hijrah) .

Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku.

Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah Raj’ie.

Jenis-Jenis Iddah

Ia terbahagi kepada 2 iaitu :

a) Iddah Raj’ie iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja.

b) Iddah Bain iaitu iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya melainkan dengan akad nikah yang baru. Ia merangkumi :

1) Talak Tiga
2) Lian
3) Fasakh
4) Khuluk (Tebus Talak)
5) Ila’
6) Isteri yang belum disetubuhi

Iddah Perempuan Yang Dicraikan

Iddah bercrai masa hidup
1) Perempuan yang masih ada haid, eddahnya 3 kali suci haid
2) Perempuan yang belum datang haid atau belum cukup umur atau telah putus haid, iddahnya 3 bulan
3) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak

Iddah bagi perempuan kem4tian suami
1) Perempuan yang tidak mengandung, iddahnya 4 bulan 10 hari
2) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak

T1PS TAMBAHAN

Sekiranya perempuan tersebut dicraikan dengan iddah raj’ie, kemudian bekas suaminya mngal dalam tempoh eddah tersebut, maka eddahnya bertukar kepada iddah kem4tian suami.

Perempuan yang dicraikan sebelum disetubuhi tiada iddah. Sementara wanita yang kem4tian suami wajib iddah walaupun belum disetubuhi.

Bagi persetubuhan syubhah (tersilap menyangka isterinya tetapi orang lain) iddahnya adalah sama seperti perempuan yang dicraikan sama ada ditalak atau kem4tian suami.

Orang yang berzina, tiada iddah kerana iddah bertujuan untuk memelihara nasab sementara zina tidak sah taraf nasabnya berdasarkan pendapat Abu Bakar, Umar dan pengikut Mazhab Syafie dan Hanafi.

Hak-Hak Isteri Yang Dicraikan

a) Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah

b) Isteri yang berada dalam iddah Bain adalah seperti berikut :

1) Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal
2) Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah
3) Isteri yang kem4tian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kem4tian suaminya

T1PS TAMBAHAN

Perempuan yang nusyuz (derhaka) tidak layak mendapat nafkah dan tempat tinggal.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa.

Sumber :MHETV via monyethijau via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*